Secara logiknya mudah saja. Bila kerajaan umumkan bahawa kanak-kanak enam tahun boleh mula masuk sekolah, kebanyakan ibu bapa memang akan rasa gembira. Tak perlu sentuh soal akademik dulu. Kos sara hidup sekarang tinggi. Hantar anak ke taska, Montessori atau tadika swasta bukan murah. Untuk seorang anak, penjimatan sebulan boleh mencecah ratusan ringgit, malah ada yang sampai ribuan. Jadi bila wujud pilihan sekolah kerajaan, reaksi awal ramai ibu bapa memang rasa lega. Itu cerita di atas kertas. Bila masuk ke realiti di lapangan, mula timbul persoalan. Soalan yang biasa-biasa sahaja. Bukan melawan, bukan membantah. Tapi lumrah, bila ada ibu bapa bertanya atau mengkritik sedikit, terus dilabel macam-macam. Katanya cerewet. Tak pandang jauh. Tak faham hala tuju pendidikan. Kemudian muncullah hujah-hujah besar: “Kita kena ikut piawaian global.” “OECD dah lama buat.” “Negara-negara EU semua dah mula umur enam tahun.” “Minda kena ke depan.” Cuma “minda yang ke depan” itu sendiri k...
Cerita Tukang Karut — Malam Asrama Durjana Cerita Tukang Karut — Malem Asrama Durjana Gaya: Tukang karut moden · Naratif: Suasana seram, realistik, tempo perlahan Cetak Muat turun (.html) Cerita Pendek — Tukang Karut Orang kampung sini masih ingat lagi — kisah malam tu. Malam yang tak sepatutnya berlaku. Malam bila seorang ibu, Mak Lina , dapat panggilan dari anaknya di asrama. Anak tu namanya Irdina . Baru tingkatan satu. Suara dia menangis, tersekat-sekat, macam tengah sembunyi dari sesuatu. “Mak... mak tolong Irdina. Warden kunci semua pintu dorm. Dia kata jangan keluar. Tapi... tapi mak, dia nampak pelik.” Dalam perjalanan ke asrama, telefon Mak Lina berbunyi semula. Nama Irdina tertera. Dia terus jawab, tangan menggigil. “Irdina, mak dah on the way. Kamu kat mana sekarang?” “Mak... ada orang berdiri...