Langkau ke kandungan utama

Catatan

LAW OF THE GARBAGE TRUCK

As salam... Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut. Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan horn berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi. Member saya sorang ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.  Saya tanya beliau, “Ko tak rasa panas ke? Bro tadi tu duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dan balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?” Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak 'Law of The Garbage Truck'?" Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada 'Law of Garbage Truck', saya kata. Beliau senyum dan teruskan. &quo

Perlu atau tak ambil Suntikan Booster Vaksin Covid-19

Siapa nak ambil suntikan booster vaksin covid-19, ambillah.  Siapa yang tak nak ambil suntikan booster vaksin covid -19, sukatilah.  Yang penting saya sekeluarga dah ambil booster.  Rakan-rakan saya pun dah ramai dah ambil booster. Sebagai persediaan bagi sebarang kemungkinan gelombang. Tahun ini kami nak beraya tanpa gangguan PKP, PKPD. PKPB, PKPKPK, PKPKPKAPADADAHJADI dan sebagainya. InsyaAllah. Memanglah kes Covid kritikal masuk hospital dan ICU dah tak banyak. Tapi check-in atau beraya di MAEP pun tak seronok juga.

Adakah kita nak jadi seperti Bani Israil yang kufur nikmat itu

Dua tahun lepas, ramai antara kita diuji dengan ketakutan, kerisauan, hilang mata pencarian. Tak kurang dengan kematian ribuan manusia termasuk orang tersayang. Dah berapa ramai kita yang kehilangan ahli keluarga? Dah berapa ramai anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata? Masjid kosong, bandar sepi. Kemudian Tuhan tunjuk dan bukakan jalan. Diberi ilham dan ilmu supaya kita dapat melawan segala ketakutan secara perlahan-lahan. Akhirnya sinar cahaya mulai muncul dan kita kembali berkumpul dengan sanak saudara dan rakan taulan. Masjid mulai penuh. Bandar mulai hidup. Namun sekejap saja kita lupa dan kufur nikmat. Kita kembali bongkak seolah tak pernah susah. Kita tabur fitnah kepada institusi yang separuh mati membantu kita sebelum ini. Lupakah kita pada kisah Bani Israil yang dibantu Nabi Musa dari kehidupan getir disiksa Firaun. Mereka lupa Tuhan yang menyelamatkan mereka, lalu menyembah patung lembu emas sebaik saja berjaya merentas Laut Merah. Dah diberi nikmat makanan istime

Kisah-Kisah Viral

Sangat menarik macamana media memainkan peranan dalam memainkan isu. Baru-baru isu curi duit tabung masjid dan dimandikan sebagai jenazah. Media 'menyediakan' kepada khalayak satu sisi yang membangkitkan emosi kepada pelaku. Namun sudut mereka yang berada di sana pulak lain. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

Cabaran tahun 2021.

Kurang 14 hari lagi akan berkahir la tahun 2021. Tahun yang mencabar semua manusia di dunia ini. Dihimpit dengan pelbagai masalah, karenah birokrasi, penyakit berjangkit, kekurangan pendapatan dan kesempitan hidup. Dalam 12 bulan ni, hanya 5-6 bulan sahaja yang ebanr benar bebas untuk kita lakukan apa-apa sahaja. Itu pun bukan la bererti kebebasan sepenuhnya, masih diikit dengan perkara -perkara yang dibataskan SOP terutamanya kita sebagai rakyat marhain ni. Sudah ramai peniaga yang tumbang. Sudah ramai yang dahulunya bergelar pekerja sekarang bertukar gelaran pengganggur! Anak-anak yang dahulu seronok belajar di sekolah, kina hanya mampu memandang kosong skrinskrin sahaja. Ntah masuk pelajaran di otaknya atau tak, ntah la...

Penapis air.

Ada orang telelefon aku. Katanya nak jual penapis air. Aku bagitau la dah ada dah kat rumah . Dia tanya jenama apa. Aku jawab aku pun tak pasti. Dia suruh ambik gambar. Dan bila aku dah sent gambar dia terus block aku. Dah kenapa? Apa salah aku?