Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Resepi Donut Gebu - Belajar Semasa PKP

Banyak yang aku belajar semasa kita semua terkurung dalam tempoh PKP 2020. Antaranya donut. Nampak mudah resepinya, tapi jika tak kena cara donut tidak akan menjadi, keras dan tak sedap. Selepas beberapa kali mencuba, aku rasa teknik dan resepi ini yang terbaik dan confirm akan menjadi. DONUT GEBU TANPA ULI Bahan asas donut: 1 paket yis kering 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam ( air jangan terlalu panas @ sejuk, nanti yis akan mati atau tak diaktifkan ) 1 sudu gula - campur air suam, susu dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan yis dan biarkan selama 10 minit. Yis akan mula mengembang sekiranya yis hidup. Dalam tempoh menunggu yis diaktifkan, kita sediakan bahan-bahan kering. 4 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam satukan semua bahan kering dalam bekas ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Yis yang telah aktif dimasuk dan boleh mula menguli perlahan doh. Biarkan doh selama 1/2 jam - 1 jam. Pastikan bekas ditutup. D