2014/12/31

Kalau tak boleh nak tolong, 
tolong duduk diam boleh tak?

“MEMBACA komen-ko­men di Facebook (FB) boleh buat kita rasa sedih dan marah. Nampak sungguh ada kalangan rakyat Malaysia yang tak tahu erti bersyukur langsung. Ada saja yang tak kena. Bila sudah diberi cuti... tanya perlu ke bagi cuti... tak cukup seminggu cuti patut sebulan...kenapa tak sebulan... kenapa cuti untuk semua? Bila tak bagi cuti... mengata pula menteri bebal, tak sensitif... tak tahu kesusahan mangsa (banjir). Bila dah turun padang, tanya pula kenapa nak datang... kenapa tak naik bot... kenapa cuma datang Kelantan... kenapa tak mere­dah air... kenapa tak guna kapal selam (arghh). Cukup-cukuplah...” 

Berita Penuh di sini. 

2014/12/27

Hancur hatiku...

Hancur hatiku...
Melihat dikau...
Menjadi keping keping...
Yang tak berharga...

RM melayang layang terbang...

2014/12/26

Pantun Banjir.

Orang lain makan nangka,
Lain orang kena getah,
Orang lain yang ditimpa bencana,
Lain orang pulak yang melatah.

Dunia tua akhir zaman,
Hanya tunggu Arahan Tuhan,
Fitnah berleluasa menjadi mainan,
Nyawa manusia jadi taruhan.

Masih tak sedar kesalahan diri,
Menjadi penyebab turunnya bala,
Daripada leka berbalah sesama sendiri,
Mari bermuhasabah perbanyak pahala.

Kenapa fitnah dan khabar angin menjadi mainan?

Wira jari menonjol bangga,
Menyebar khabar yang tak tahu punca,
Nak hulur seringgit dua,
Punyalah payah macam berjuta.

Pos Laju... Bikin Hati Panas...




2014/12/24

Banjir? Apa Yang Perlu Dilakukan.

P. Ramlee dah buat dulu lagi dah...


Iklan Nuffnang

2014/12/18

Suami Isteri Tengok Bola...

Isu sensitif dan panas di FB & Tweeter sekarang bila perempuan tengok bola...
Ok... Aku setuju dengan semua komen tu... Perempuan kalau tengok bola, bukannya dida tnegok bola pun... Dia nak tengok player yang kacak bergaya jea... Ada yang nak bangkang ke???

Berbalik ke tajuk atas.

(Minit ke 25)
Suami : Syukor malam ni tak boleh main... 
Isteri: Abang ni... pandai je...
Suami: Ye la... Dia buat clearance pun ke laut...
Isteri: Ha... Hujung minggu ni Nichi ada buat clearance SALE!

(Minit ke 30)
Suami: Fadli pun hancur malam ni... Tak ada fokus...
Isteri: Abang ni... Orang tu dah main bermati matian dah...
Suami: Haihhhhhh...

(Minit ke 65)
Suami: Dollah kena tukar midfield ni... Hancur... Tak ada defensive midfielder... Syafiq tak ada output pun... 
Isteri: Biar la syafiq main... Hensem apa!
Suami: Haihhhh...

(Minit ke 70)
Goal...

Sunyi...





Aku amik kunci motor...






Dan tengok kat kedai...
lagi aman....


Haihhhhhhh...

2014/12/16

Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi.

Perkara pertama yang aku buat bila nak masuk rumah baru adalah menyiapkan dapur.
Bukan apa... ini la tempat yang paling aku suka...
So... kebanyakan barang @ kabinet adalah pilihan aku... lepas ni aku belanja sikit gambar... tapi ntah bila la...

Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi.


Entry ni pun patut aku buat 3bulan yg lepas.
Ok... berbalik ke pangkal jalan...
Nak cari hood murah?
Pening nak survey hoob murah...
Oven built in???

Ok. Tak payah merapu sangat.
Pi je kat kedai ni..

JF Home Appliances Sdn Bhd

23-1, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-8023 6299


Ko nak apa? Dapur. Bilik mandi... semua ada.
Dan yang paling best...

MURAH DAN BERBALOI BALOI....

Serius wa cakap lu... aku dah buat survey kat 4expo deco & 4 kedai kitchen appliance & 2kedai elektrik...
Jauh gila beza harga...
Lurus kepada titik la ye... Aku jimat 2500 benda yang sama aku beli dengan kat luar +++dapat free 4 item... bukan cikai punya free gift tau...
Serius... wa tak kencing sama lu...
Apa barang yang aku beli... tunggu la next entry... mungkin tahun depan... hahaha...

2014/12/15

Apa Ciri Ciri Email Scam?

Hai... Assalamualaikum...

Kaku sikit nak mula menaip pagi ni...
Almaklum la... Dah berkarat dek lama tak update blog yang sepi dan sunyi ini...


Nasihat: Berhati hati jika mendapat scam email seperti ini. Ini salah satu email yang aku dapat pagi tadi... Kalau ikut nafsu, memang akan melompat kegembiraan... Ye la... Siapa yang tak gembira bila dapat hadiah kan kan kan??? Atau yang dapat email daripada bank yang suruh update data peribadi...

Ni nasihat aku bila dapat email macam ni... SILA ABAIKAN EMAIL MACAM INI WALAUPUN NAMPAK MACAM SANGAT MENYAKINKAN DAN MENARIK PERHATIAN!
  • Jangan klik pada mana-mana pautan dalam e-mel penipuan itu.
  • Jangan balas e-mel atau hubungi penghantar dalam mana-mana cara.
  • Jika anda klik pada pautan dalam e-mel, tidak membekalkan apa-apa maklumat di laman web yang boleh dibuka.
  • Jangan buka sebarang lampiran yang tiba dengan e-mel.

Scam email selalunya (tetapi tidak semestinya) memaparkan beberapa ciri-ciri berikut:
  • Alamat e-mel penghantar tidak sama dengan alamat laman web organisasi yang dipercayai itu.
  • E-mel yang dihantar daripada alamat yang sama sekali berbeza atau alamat mel web percuma.
  • E-mel yang tidak menggunakan nama betul anda, tetapi menggunakan ucapan tidak spesifik seperti "sayang pelanggan".
  • Bertindak segera; contohnya ancaman itu melainkan jika anda bertindak segera akaun anda ditutup.
  • Pautan laman web terkemuka. Ini boleh dipalsukan atau seolah-olah hampir sama dengan alamat yang betul, tetapi perbezaan walaupun yang bersifat tunggal bermakna laman web yang lain.
  • Permintaan bagi maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan atau maklumat bank.
  • E-mel yang mengandungi ejaan dan kesilapan tatabahasa.
  • Anda tidak mengharapkan untuk mendapatkan e-mel dari syarikat yang muncul kepada kitab itu.
  • Keseluruhan teks daripada e-mel yang terkandung dalam imej daripada format teks biasa.
  • Gambar mengandungi hyperlink terbenam ke laman web yang palsu.

2014/11/25

Kisah Bunga, Romantik Dan Amoi...

Kisah 19.11.2014

Suri: Wuaaaaa... Romantiknya abang ni...

TK: Ha? Awat?

Suri: Diam diam je letak bunga dalam bilik... Sorok sorok lak ek... Suprise la tuh!

TK: Ehmmm...

Suri: Selamat Ulang Tahun perkahwinan abang... Tak sangka abang ingat... Romatik sangat...

TK: Hmmmmmmm...

Suri: Tapi kan... Kenapa ada 6 kuntum je bunga ni...

TK: Hmmmmmm... Tak ada maksud deh...

Suri: Ni mesti ada apa apa ni ni kan? Sweet ni...

TK: Dok aik... Tu je yang mampu beli... Gaji lambat lagi...



Kisah amoi...

Ini amoi sulah gunting lambut...

Ayakkkk... Aku pun tak tau dia ikut siapa... Bapak kulit manggis... Mak kulit melayu...

Dapat anak macam kulit amoi...


2014/11/18

Orang Perak...


TK : Awak ni orang Johor kan?

Awek Perak : Ye, ada masalah ngan Perak???

TK : Amboi... Garangnya orang Perak... Bahasa korang berbeza sikit kan???

Awek Perak: Ada le sikit sikit je berbeza...

TK: Kalau terbakar, korang panggil apa?

Awek Perak: Terbako, terbako...

TK: Hmm.. Memang lain bunyinya... Kalau orang KL panggil lain...

Awek Perak : Korang panggil ape???

TK : Kalau terbakar, kitorang  panggil Bomba je..

2014/11/17

Suami Suka Kentut.

TK: Yang... ooo Yang... Sejuk kan aircond kereta ni... Abang baru servis...

Suri: Patut la sejuk semacam je... Sedap ooo tidur dalam kereta...

TK: Yang... Oooo Yang...


Suri: Apa??? Orang nak tidur pun tak senang la...

TK: Kalau kita buat sesuatu... Tanpa sengaja... Kita tak salah kan...

Suri: Erm... Ye la kot...

TK: Yang... Abang kan... Abang terkentut tadi...

2014/10/31

Tanda Tanda Isteri Nak Bersama.

Tanda Tanda Isteri Nak Bersama.


Isteri: apa isi perut papa?
Suami: usus2 dan makanan.

Isteri: salaaahh... Isinya gajah.
Suami: kenapa gajah?

Isteri: ye lah. Tu ada belalai dia ( smbil pegang belalai suami)
Suami: papa tau jugak isi perut mama. Isteri: ada apa pa?

Suami: public phone... Hahahaha!!!!
Isteri: kenapa?

Suami: tuuu!! Kan nampak lubang syiling. (Suami ketawa smbil berguling).
Isteri: benci!! Papa jahat!!! ( Katanya smbil menutup pintu bilik)

Suami: alamak!!! Dia mengamuk la...!!!

2 minit kemudian si isteri buka pintu bilik dan tanya kepada suami. " Gajah nak pakai public phone x...?

Suami: yeeehaaaaa.

NotaKarut: entry salin dan tampal...

2014/10/15

Bonus penjawat awam dibayar bersama gaji Januari

PUTRAJAYA 15 Okt. - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam akan dibayar bersama dengan gaji bulan Januari 2015.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, bonus yang telah diluluskan dalam Bajet 2015 itu perlu mengikut peraturan kewangan iaitu bermula 1 Januari 2015.

"Bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini. Bonus seperti mana yang diumumkan akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Persidangan Serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (CAPAM) 2014. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: Utusan.

NotaKarut: Cehhhhh!!! Pertama kali aku dengar kena ikut peraturan kewangan...

2014/10/11

Komen Bajet 2015...

Assalamualaikum...

Gegak gempita bumi Malaysia semalam... Dek keriuhan pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Malaysia...

Ramainya orang mengutarakan pendapat... Meluahkan rasa keluh kesah... Di FB, di tweet... Dan di kedai kopi...

Bila aku baca komen komen yang ditulis Rakyat Malaysia... Aku perasan satu perkara...
Rakyat Malaysia TIDAK FAHAM apa tujuan sebenar pembentangan bajet ini...

Bajet kerajaan dibentang bertujuan menggunakan wang untuk tujuan pentadbiran kerajaan dan pembangunan... Kerajan yang bermaksud di sini bukan kerajaan BN... Bukan PR... Tapi kerajaan Malaysia...

Dan bukan juga untuk rakyat...

Terutama... Bukan Pekerja swasta...

TAPI... Ada sedikit gula gula yang tempiasnya dapat kepada sebahagian Rakyat Malaysia dan penjawat awam...

Bila aku selidik, ramai yang duk kutuk sebenarnya Kebanyakannya timbul rasa dengki... Kerana mereka tak dapat gula gula daripada kerajaan...

Aku jua tak layat dapat BR1M... PP1AM... Dan lain lagi... Tapi aku tak timbul rasa dengki...

Ingatlah satu pesanan...

Bila kita tengok bayi, alangkah untungnya mereka kerana mereka tak ada dosa...
Bila kita melihat orang tua, alangkah beruntungnya mereka kerana pahala yang banyak mereka dapat sepanjang usia mereka...
Bila kita tengok orang miskin, beruntungnya mereka kerana kurang tanggungjawab dan beban zakat ke atas mereka... Kurangnya beban mereka untuk menjawab di akhirat setiap sen mereka ke mana mereka belanjakan...
Bila kita melihat orang kaya, alangkah beruntungnya mereka mempunyai banyak wang untuk dihitung di akhirat sekiranya dibelanjakan dengan jalan yang betul...

Pokok pangkalnya... Bersyukur...

2014/10/09

Bina Kabinet Dapur, Apa Yang Perlu Diketahui.

Beli rumah baru?
Perkara apa yang pertama di fikirkan?

Ubahsuai dapur??? Yup...

Dapur, ruangan rumah yang menjadi nadi ibarat jantung kepada sesebuah rumah...
Namun, kos yang besar untuk mengubahsuai dapur menjadi ruangan impian sering menjadi halangan sekaligus membantutkan hasrat.

Di sini aku coretkan beberapa perkara yang aku buat dalam usaha mendapatkan kontraktor dengan harga yang aku mampu dengan material yang berkualiti.

1. BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO

Rajin rajinkan diri mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman. Di sini aku mendapat banyak idea, ilmu dan peluang untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Tapi awas, jangan percaya bulat bulat, buat sedikit kajian tentang material yang digunakan.

2. BUAT PENAWARAN

Pernah dengar 'free quoatation'? Jangan segan jangan malu untuk emel kan 'need statement' anda kepada kontraktor. Kontraktor akan membalas emel anda dengan anggaran harga berdasarkan 'need statement' anda tanpa sebarang kos.

Apa yang perlu dalam 'need statment'? Ukuran dapur -panjang dan lebar (Lebih baik hantar sekali dengan floor plan dapur), ketinggian dapur (standard height/full height), jenis material pintu kabinet (kenapa pintu sahaja akan diterangkan dalam entry yang akan datang), jenis material 'table top' dan jenis shape dapur (I, L or island).

3. JANGAN TERIKAT PADA JENAMA

Rajin rajinkan diri untuk mendapatkan seberapa banyak quotation. Dari situ anda akan dapat menilai perbezaan sesuatu tawaran. masa aku cari, aku hantar emel tak kurang daripada 20 kontraktor. Dan 15 daripadanya membalas dengan memberikan quotation yang menarik. Harga yang menarik datangnya dari syarikat yang kecil kecil. kesimpulannya, jangan sesekali terikat dengan jenama, tak semestinya yang ada nama itu berkualiti.


2014/10/08

Bila orang tua berbicara...

Kejadian di ruang tamu raya itu hari. Aku dengan ditemani bantal empuk a.k.a bantal bucuk tengah sedap terbongkang ralit tengok tv...

Uwan baru keluar bilik air. Almaklumlah, orang tua, jalan pun perlahan-lahan... Menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Tiba di hadapan bilik, Uwan berhenti berjalan... Tegak berdiri je...

Apahal lak orang tua ni... Sakit ke? Kenapa tiba-tiba berhenti jalan? Sedang menahan sakit ke?

"Ngah... Oh Ngah... Long... O Long... Depan bilik mak ni dah sapu ke belum?" Nenek bertanya separa menjerit...

"Dah siap sapu semua tadi.Along sapu" Mak datang dari dapur ke ruang tamu. Kehairanan. 

"Kenapa mak?"

"Ni ada kayu balak mati tengah jalan ni... Elok bakar je dari jadi bahan bakar kat neraka sok?" Kata Uwan sambil senyum-senyum melihat aku... 

Bingkas bangkit... Gila ko... Pedas tu... Tau la dah masuk waktu...


Nuffnang ni saje je tau...

Nuffnang ni saje je tau...
Membeli jiwa menulis yang dah semakin luntur...

Tau la i malas nak update blog...
Saje je bagi iklan banyak banyak time kita malas dan tak reti nak update apa...

Tak pe la... Orang dah bagi...
Kita terima je la...

Korang pun rajin rajin la klik apa apa yang patut ek...

2014/10/05

Selamat hari raya Qurban...

Saya mengucapkan selamat hari raya...
Dan selamat bercuti...

2014/10/03

Bermula projek deco rumah...

Assalamualaikum.

Sekian lama blog ini terbiar...
Dek kerana tuan blog sibuk...

Mencari... Survey... Menggali idea...
Konon nak mencantikan rumah baru...
Expo sana... Survey sini...
InsyaAllah... Akan dicoretkan serbas sedikit disini...

NotaKarut: hai... Salam Jumaat... Amacam malam Jumaat semalam... Puas sampai ke telinga tak?

2014/10/02

CPUV bulan Oktober

Rezeki yang tak disangka sangka...
Walaupun dah tak berapa aktif menulis...
Termia kasih...

Apa Yang Berlaku Apabila Harga Minyak Naik?

"Fikir positif. Kalau dulu buat 2 kerja, kini buat 9 kerja," - Pakar Motivasi.

"Ini semua ketentuan Illahi. Tetap taat pada pemerintah," Ulama Umno.

"Biar minyak naik. Janji tanah melayu tak digadai Anwar," Brahim Ali.

"Orang miskin pakai RON95 lah," Menteri Jaga Duit.

"Tukar kereta kepada motor," Menteri Jaga Jalan.

"Minyak dinaikkan sebab nak rakyat berjalan supaya lebih sihat," Menteri Jaga Kesihatan.

"Minyak kita lagi murah berbanding kutub utara," Menteri Jaga Bisnes.

"Rakyat masih ke stesen minyak, maknanya rakyat sokong kenaikan harga minyak," Menteri yang pergi tengok Maharaja Lawak.

"Halal darahnya bagi sesiapa yang bantah harga minyak naik," Mufti.

"Tak suka minyak naik, sila keluar negara," Wanita Umno.

"Kami tak naikkan harga minyak, kami tarik subsidi saja," Jibby.



2014/09/18

Kalau Nak Jadi...

Suri: Abang ni...

TK: Awat?????

Suri: Abang ni la...

TK: Awatnyaaaaaaaaa???

Suri: Asyik main handphone je...

TK: Abis tu?

Suri: Baik sayang je yang jadi handphone tu... Boleh gak dibelek belek dibelai belai digomol gomol(Ok... Yang ni aku tambah buat penyedap...)

TK: Ehmmmm...

Suri: Abang...

TK: Kalau nak jadi, jadi la handphone IPhone 6 plus yeaaaaa...

2014/08/26

Mohon Bantuan, Cadangan, Tips masuk rumah baru..

Assalamualaikum.

Mohon bantuan tuan/puan/cik, jika mengenali kontraktor yang boleh dipercayai dan mempunyai kualiti kerja yang baik untuk mengubahsuai rumah, terutama bahagian kitchen cabinet, plaster ceiling dan sebagainya...

Mohon komen di sini... Saya akan menghubungi terus kepada kontraktor tersebut.

Lokasi rumah: Bandar Saujana Putra, Jenjarom. (Berdekatan Putra Height)

Sekian terima kasih.

Stroller Baby Murah.





Stroller Baby atau Stroller Bayi ini adalah antara barangan yang wajib dibeli. Sebab dengan ada stroller baby ini memudahkan ketika ingin bersiar-siar.

Ok.. kat sini saya ingin kongsi tips membeli stroller baby berdasarkan pengalaman saya. Pertama kita kene tahu jenis, fungsi dan kesesuaian dengan kita.

Budget


Ini paling penting.. Kita kene tahu berapa budget kita. Selalunya kalau jenama mampu milik yang ada dalam pasaran adalah jenama HALFORD. Banyak model dari HALFORD dibawah RM1000 dan ada bawah RM500 juga. Kalau jenama seperti QUINNY harga dia pasti lebih dari RM1000. So... ikut budget anda.

Kalau nak power lagi jenama STOKKE.. memang stylo.

Keselamatan


Kebanyakkan stroller baby memang ada ciri keselamatan seperti 5-point harness yang ada di tempat duduk baby dan boleh dilaraskan.

Satu lagi, pastikan tidak ada sharp or rough edges yang boleh mencederakan baby kita. Pastikan juga stroller kukuh dan cukup kuat dan mempunyai sistem brek pada roda stroller tersebut.

Fungsi Recline


Fungsi ini sangat penting jika anda beli stroller. Saya cadangkan supaya anda hanya membeli stroller yang boleh recline iaitu boleh baring jika bayi anda tertidur.

Tambahan pula jika newborn baby. Sudah pasti stroller anda perlu dibaringkan sebab newborn baby tidak dapat duduk.

Mudah Dilipat


Ini antara perkara yang perlu diambil kira. Pastikan senang untuk dibuka dan dilipat kembali. Paling cantik beli stroller yang ada lipatan yang dinamakan "Umbrella Fold" ... apabila dilipat akan senang disimpan dan kurang makan ruang.

Saiz Stroller


Kebanyakkan yang pertama kali beli stroller pasti akan beli stroller kali kedua. Sebab stroller pertama ibu-bapa akan memilih faktor kecantikkan design stroller dan nampak stylo apabila dibawa jalan-jalan. Kebanyakkan stroller macam ini lelagi stroller yang  beroda 3 apabila dilipat akan sukar dimasukkan di dalam kereta dan seterusnya bonet kereta penuh.

Jadi akan beli stroller yang kedua yang mempunyai lipatan seperti "Umbrella Fold"

Adjustable Handle


Perkara ini tidak kurang penting juga. Jika anda tinggi, pastikan stroller anda mempunyai fungsi ini supaya memberi keselesaan kepada anda ketika menolak stroller anda kerana boleh adjust panjang handle tersebut.

Selain itu, ada juga adjustable handle yg berfungsi untuk foward facing dan rear facing terhadap anak anda. Baby yang dibawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan foward facing sebab baby ini akan rasa lebih selamat apabila melihat wajah ibu bapa sementara baby yang telah 6 bulan keatas sesuai guna rear facing supaya mereka dapat menikmati pemandangan.

Canopy


Yang ini sangat penting.. pastikan canopy dia boleh extend lebih supaya dapat cover baby kita jika kita berjalan tengah panas. Kebanyakkan canopy stroller tidak cover sangat.

Berat dan Material


Berat sesuatu stroller juga penting supaya memudahkan anda mengangkat stroller dari kerata. Material perlulah selesa untuk baby kita dan tahan lasak.


Diatas adalah antara fungsi-fungsi asas yang penting ketika memilih stroller selain fungsi tambahan seperti bakul, tempat letak botol air, umbrella, jaring nyamuk.


Saya rekemen anda untuk memilih stroller baby ini di The Baby Store Malaysia atau www.thebabystore.com.my . Banyak pilihan dengan harga yang terbaik dan anda boleh bertanya terus dan meminta cadangan dan pendapat dekat sales person mereka. Mereka akan layan anda.


Nota Penting : 


  • Pastikan stroller baby ini sesuai dengan umur dan berat baby anda.
  • Jangan lupa mengunci roda stroller baby ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller. Akan menyebabkan stroller tidak stabil.


2014/08/25

Aku Terasa Dinodai...

Sambungann Cerita Massage...

TK: Saya mau clean punya massage...

TK: Boleh???

Awek Thai: Boleh bos...

Awek Thai: Sini bos... Bukak baju... Seluar... Pakai towel ini...

TK: Semua?

Awek Thai: Iyea bos...

Cisss... Ni clean ke tak ni? Nak suruh bukak semua lak ni... Sejuk oooo... Pakai towel je lak ni...

Awek Thai: Bos... Buka seluar kecil...

TK: Ayak... Kena bukak ka? Abis semua nampak la???

Awek Thai: Pakai ini bos... (Sambil menunjukkan underwear disposal punya...)

Cisss!!! Dah la underwear disposal murah... Transparent lak tu... Nampak hutan belukar... Sambil menggaya kan ala ala model depan cermin besar... Sambil mengempiskan perut yang terlambak!  Gatal doh pakai underwear tu!

Sesi urut pun mula...

10 minit... Urut belakang... Ok lagi...
Leganya...

20 Minit... Urut kaki... Ok sangat lagi... Penat berjalan kan...
Ahhhh!!! Sedapnya...

40 minit... Oit!!! Oit!!! Apsal uli uli bontot aku!!! ingat doh roti canai ke?

50 minit... Oit!!! Oit!!!!!!! Apsal ko gentel puting tetek aku!!!!!!! Stim tau dak!!!!

Ah... Malas nak sambung lagi daaaaaa....

2014/08/22

MH17

Pertama kali dalam sejarah...
Menonton buletin utama... Sambil menangis...

Sebak...

Betapa beruntungnya mereka...
Disembahyangkan ribuan orang...
Disedekahkan Al-Fatihah oleh orang ramai...
Didoakan ramai orang...

Bertambah sebak melihat si anak kecil berusia 9 bulan...

2014/08/20

Penyambung Nyawa...



NotaKarut: Penyambung nyawa... Nyawa nyawa ikan... Menghitung hari... Detik demi detik...
Lamanya terasa... 5 hari ditunggu ibarat 5 tahun lamanya... Owh... Gaji... 

P palang s: Akibat raya... Dan... Berkerja luar di Pulau bebas cukai... Pokai... Pokai... Ada sesiapa nak bagi sedekah? Sekupang pun jadi la... 

Barangan Bayi Yang Wajib Ada Iaitu Baby Bouncer

Jika anda sudah ada senarai barang bayi yang akan dibeli untuk bayi anda yang akan dilahirkan nanti. Jangan lupa senaraikan juga Produk ini! Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker . Ianya SANGAT BERBALOI untuk dibeli. Boleh digunakan dari bayi hingga 18kg. WOW !!


Ini antara produk SUPER LARIS di The Baby Store Malaysia . Anak anda pasti suka dan selesa.


Harga hanya RM190.00 Sahaja 

Antara Fungsi-fungsi Menarik!


  • Tempat ?istirehat? utk baby comel anda.
  • Boleh diubah untuk pelbagai fungsi (Baring atau Duduk).
  • Lapisan span & fabric cotton yg lembut dan menyejukkan. Anak anda pasti selesa.
  • Alas span & fabric cotton ini boleh dibuka dan dicuci.
  • Mempunyai pemegang khas utk mengelakkan baby dari terjatuh.
  • Fungsi alunan muzik & getaran halus utk memberikan keselesaan buat baby kesayangan anda. Ia juga dpt merangsangkan minda baby. (Warna Biru sahaja)
  • Dilengkapi mainan bunga-bunga & rama-rama utk menceriakan si comel anda.
  • Rekabentuk yg fleksibel & boleh diubah mengikut kesesuaian umur si kecil anda.
  • Boleh menampung bebanan sehingga 18kg !
  • Cara pemasangan toddler portable rocker ini sgt lah mudah. Manual telah disediakan. Tak sampai 5 minit dah siap pasang ..
Terdapat 3 Pilihan Warna


Berminat??

Boleh klik Order Dibawah ini




2014/08/19

Abang Nak Urut Batin...

Alkisah...

Di satu pulau... Pulau bebas cukai...

Selepas penat berjalan... Mencuci mata... Sambil sambil menghabiskan sisa sisa baki duit yang ada lepas kemaruk beraya... Terlalu dan termasuk la kedai urut...

Niat di hati nak hilangkan lenguh lenguh kaki...

Awek Thai (Aku pun tak tau dia awek Thai yang sebenar atau tiruan): Abangggg... Massage... Mau...

TK: Berapa sejam...

Awek Thai: 90 Ringgit satu jam bang...

TK: Mahalnya... Apa yang best?

Awek Thai:  Abang penat kan... Sakit sakit badan... Belikat sakit... Boleh kasi kurang... Mana mana urat tegang boleh kasi kendur...

TK: Ermmm... Saya tak mau... Saya mau kasi 'urat yang kendur bagi tegang'... ada??? Boleh???

...........................................................................................................................

Sila buat sambungan sendiri... Sekian...

2014/08/18

Terima Kasih Nuffnang...

Walaupun dah lama tak menulis dengan aktif...

Ada juga iklan yang melekat...

Terima kasih kepada yang memberi... Terima kasih kepada yang meng'klik'... Terima kasih kepada yang membaca...

Bila Lama Sangat Duduk Pulau...

Bila lama sangat duduk kat pulau...

Yang tak sedap jadi sedap...

Yang tak cantik jadi cantik...

Bila lama sangat duduk kat pulau...

Pandang yang ni...

Tapi nampak macam yang ini...

NotaKarut: Air dalam kepala dah meleleh beb!!!

2014/08/13

Saya Berada Di Sini...



2014/08/09

Gambar Hari Raya Saya...