Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan

Hari 1st - Ho Chi Minh City, Vietnam.

Sampai je hotel lebih kurang pukul 7.00 waktu Vietnam (8.00 malam Malaysia) Check in di Kelly Hotel. Hotel ni 3 bintang je.,.. Dan hotel2 di vietnam memang kebanyakkannya 3 bintang sahaja... Semua urusan checkin dilakukan oleh Tour Guide dan Group leader dari Tabung Haji Travel. Acara yang dinantikan semua orang... Makan time... Yang bagusnya ikut pakej Tabung Haji Travel ni, semua masalah pasal mencari makanan halal di Ho Chi Minh akan diselesaikan Tabung Haji Travel... Tak payah pening kepala nak fikir makan dekat mana... Restoren halal yang Tabung Haji Travel pilih pulak memang yang terkenal di Restoren Halal yang terkenal di Ho Chi Minh ni... Malam pertama, kami makan di restoren Kampung Melayu...

Itinenary Vietnam 9 Disember 2016 - 12 Disember 2016

Pakej: Tabung Haji Travel  Lokasi : Ho Chi Minh Harga : RM 1650.00 per pax. Full Board: Pakej termasuk tiket kapal terbang, makan di restoren halal, tiket masuk ke tempat lawatan termasuk sekali tip tip kepada yang berkenaan. Group: 20 orang. Hotel: Kelly Hotel Bilik: Twin Sharing, Queen bed atau triple sharing... Waktu berlepas dari KLIA sepatutnya 2.45 petang. Waktu berlepas sebenar 3.45 petang... Hampeh punya MAS!!! Buang masa dekat airport... Waktu tiba 4.45petang waktu vietnam (5.45 petang waktu Malaysia) Keluar je airport lebih kurang pukul 6.00 petang (waktu vietnam)... Dah gelap gelita... Malam dah wei... Bersambung Vietnam Part 2.