Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Sia Sia...

Hai... Amacam di hari raya kedua? Ada yang dah mabuk kuih raya ke? Hohoho... Sebulan berusaha... Menahan diri lapar dan dahaga... Dan hasilnya... 6kg lemak lemak degil dapat dinyahbasmikan... Tapi usaha sebulan terasa tak berbaloi baloi... Ngeri tengok timbang tadi... Sikit lagi nak atasi berat sebulan berpuasa... Sia sia!!! Terasa seperti mahu berlari dalam keadaan berbogel berteriak menjerit jerit kerasukan sambil mahu tarik tarik rambut je rasanya! Serba salah dibuatnya... Tak dijamah makan kang, dikatanya tuan rumah kita tak beradab... Dah dipelawa tapi tak makan!!! Sombong... Kalau tak berjalan beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai, lagi la dikatakan sombong! Katak bawah tempurung la, kedekut la itu la ini la... Aduyai... Dah tu? Takkan nak tengok je makan depan mata? Nak nak lagi kalau makanan tu sedap sedap yang memang menjadi pujaan hatiku sejak azali lagi... Siapa boleh tahan beb... Itu yang rasa makin sendat jea... Dah tak boleh masuk pun di tolak

Selamat Hari Raya...

Mudik sungai di pagi hari, Menebar jala menangkap ikan, Tukang Karut menyusun sepuluh jari, Terpincang kata harap maafkan… Salam AidilFitri... Di hari hari baik... hari kemenangan.. hari raya ini... Aku, a.k.a Tukang Karut @ Nasriq @ cabiman @ Acip @ eyrique, dengan rendah diri, menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki, memohon maaf sekiranya terdapat mana mana isi entry entry aku atau komen komen aku di blog anda yang mengguris, menyentuh hati dan menyinggung perasaan sehingga terpalit rasa menyampah dan memualkan... Sekian... Tulus Ikhlas... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Lemang Dah Siap..

Hai... Assalamualaikum... Tak jawab dosa... hoho... InsyaAllah, esok kita akan beraya... Cuma tunggu pengumuman pengesahan dari Atok Kita, penyimpan mohor besar raja raja jea... Apa yang dah di masak di kampung korang??? Aku tengah kepenatan ni... Dipanggang api dari pagi hingga ke petang... Dari masak lemang, hinggalah merebus ketupat... Suma siap... Hoho... Bukan sedikit ooo... Tak caya? Ermmm Korang ni... Tengok gambar jea la berapa banyaknya aku lemang aku bakar hari ni... Mak dan Mak Achik sedang memasaukkan beras pulut ke dalam buluh... Sambil diperhatikan supervisor a.k.a Uwan aku... Hoho... Tengok dan fokus pada pipi diorang tu... Hoho... Sudah terang lagikan bersuluh, gen pipi cabi tu aku dapat dari siapa... Hoho... Panjang tak deretan lemang ni? Ini baru 1batch yang dimasak... Ada 3 kali sebenarnya... Jumlahnya? Tak banyak la... Ada la dalam 500 lebih batang lemang... Hoho... Eh... Bukan aku nak melantak sorang sorang jea... Memang tiap tiap tahun aku buat lemang dan

Skema Jawapan Soalan Cepuk Cemas Raya...

Assalamualaikum... Hallooo... Hai... Aku tau kebanyakkan dari kita dah pun berada di kampung halaman masing masing... ( ini bagi perantau yang mencari sesuap rezeki di kota kota metropolitan...) Sama ada sedang bersenang lenang bergoyang kaki kerana semua mengharapkan mak yang tolong buatkan atau bersama sama bergotong royong bersama sama menyediakan persiapan hari raya... Bak kata ayah aku, semuanya tak cukup selagi belum tok imam mengalunkan takbir memuji muji kebesaran Ilahi... Dah lepas solat sunat AidilFitri tu, semua yang tak cukup tadi automatik menjadi cukup dan kadang kadang menjadi terlebih hingga pembaziran berlaku! Adakah anda seorang yang berumur 20tahun ke atas dan setiap kali beraya, atau sanak saudara berkunjung menziarahi, antara soalan soalan cepukcemas yang biasa didengar seperti "kerja di mana sekarang" atau "bila lagi nak raya berdua"... Atau adakah anda seorang yang telah berkahwin dan kerap juga ditanya soalan soalan cepuk cemas... Ber

Menu Wajib Di Pagi Raya...

Hai... Ada di mana sekarang? Di Ibukota yang mengosong... Atau berada di atas jalan yang menyesakkan? Atau lebih tepat di pangkuan ibubapa (itu pun kalau korang tak malu la... Dah besar panjang bergetah pun nak memangku dekat mak ayah gak... huhu) Taadi mak tanya nak masak apa raya ni... Huhuhu... Kalau ikut selera aku memang terbaik la... Selera cerewet! PERMINTAAN pertama... Gulai ayam kampung campur maman... terbaik la... Makanan tradisi orang Moncheh... Orang N9 lain tak reti makan dan masak maman ni... Kalau orang pantai timur, maman dibuat jeruk... tak lupa jua, rendang pelanduk... huhu... tengok la kalau ada rezeki orang menembak dapat la makan... PERMINTAAN kedua... Lemang... Dodol... Tapai... (ini aku buat sendiri semua ni...) ketupat ori... mak aku tolong anyamkan... Kalau aku anyam, confirm raya tahun depan pun tak dapat maka pasal sokmo teranyam terikat tangan sendiri... PERMINTAAN ketiga... Wajik sirat... Hohoho... Tapi tak sempat buat kot pasal leceh nak buat... B

Ramadhan Terakhir...

Salam... Hai semua... Lagi 3 hari lagi kita untuk beramal di bulan penuh keberkatan ini... Jika diberi umur yang panjang... Mungkin kita akan bertemu dengan hari kemenangan... Atau lebih tepat lagi, hari pembebasan hantu syaitan iblis yang menghasut manusia selama ini ke jalan kesesatan... Hari ini... Hari terakhir berbuka seorang diri... Atau lebih tepat, hari terakhir berbuka sebagai bujang terang tang tang tang... InsyaAllah... Masuk tahun ke 3 berbuka seorang diri... Di umah sewa yang penghuninya buat hal masing masing... Akan aku simpan kenangan ni... NotaKarut: Jom kemas baju... Esok sebelum subuh... Eh... Sesudah subuh nak gerak balik kampung owho balik kampung, hati girang...

Penat!

Aduyai... Pejabat dah kosong bak dilanda garuda! Bosan! Mana semuanya menghilang??? Penat la... Kenapa? Tengok sini la. .. NotaKarut: Ada yang dah balik kampung ke?

Berita Pagi...

"Asssalamualaikum..... Nak bagi tau Dato' Aidid telah selamat pulang ke Rahmatullah. Sedekahkan AlFatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Tolong sampaikan kepada sesiapa yang mengenali Arwah Dato..." sms diterima jam 5.00am 26 Ogos 2011... Terkedu... Alangkah baiknya waktu kematianmu... Di pagi Jumaat bulan Ramadhan... My 1st bigboss dalam kenangan... Perunding Aidid Sdn Bhd... Tempat jatuh lagikan dikenang... Inikan pula tempat mendalami ilmu kejuruteraan... "A good civil engineer is know everything, structure, infrasructure, geotech and maritim! That meaning of "jurutera awam"...Tiada yang mustahil dalam dunia ni..." Ayat Arwah yang akan aku ingat sampai mati.... Walaupun ada cerita di sebalik kenapa aku tinggalkan dunia merekabentuk dan terjun ke dunia construction da akhirnya terjun lagi dunia perkhidmatan awam... Tapi biar la hanya dalam kenangan... NotaKarut: sentiasa teringat kisah tahun lepas pada 28 Ramadhan, Kepulangan Arwah atok y

Tu Baru Tak ada Mood Tu!

Hallooo... Ha! Korek hidung ek! Kantoi... Oppsss... Aku baru balik dari menghabiskan duit ni... Hoho... Aduyai... Pilih punya pilih tak sedar pulak dah TERbanyak pulak di tangan... Itu baru tak ada mood raya lagi tu... baca Sini dan sini ... Itu pun dah habis lapanbelaskepingduitlimapuluh... Senyum jea muka Agung dalam kertas tu tadi... Kalau datang mood gila raya atau hantu raya meresap merasuk masuk dalam badan ni... Tak tau la apa jadi... Mungkin aku bawak balik juruwang yang cun melecun tu kat Jusco WangsaMaju tu kot! Eh???? Aduyai... Kenapa la barang barang lelaki mesti mahal mahal ek? Ce bagi dekat perempuan jumlah duit yang sama... Confirm penuh selori si perempuan boleh beli barang... NotaKarut: Kira Hutang... Tepuk dahi... Tersandar!

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Di Bulan Puasa...

Halloooooooo... Grüß Gott! Wie geht es Ihnen? Hoho... Ok... Cukup itu sahaja pembelajaran Bahasa German hari ni... Lurus kepada titik... Berbalik kepada tajuk entry di atas... Mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat... Kita akan memulakan perjalanan balik ke kampung oowwhooo balik kampung balik kampung hati girang!... Mungkin ada antara korang yang akan memandu berseorangan dan mungkin ada jugak di antaranya menjadi pengganggu pemandu... Mungkin ada antara korang yang akan memulakan perjalanan di waktu siang yakni waktu tengah berpuasa... Memandu jarak jauh dalam masa yang lama dalam keadaan berpuasa berkemungkinan akan menyebabkan kelopak mata menjadi berat a.k.a mengantuk! Owh... Ini sangat bahaya kerana kemungkinan korang beraya di hospital atau di tapak perkuburan adalah sangat tinggi... Mintak dijauhkan! Tip #1 ---> Sediakan cd cd lagu karaoke kegemaran atau boleh juga lagu raya untuk menaikkan mood raya atau takbir raya!... Sila sediakan volume suara radio anda di ta

Terseksa...

Halloooo... Masih ada orang lagikah di dunia blog ini? Atau kamu kamu dan kamu sudah pun nampak anak bulan dah? Ekzos serombong kapal aku ni tersumbat... Penat dah menghembus... Tersumbat dan berair! Terseksa... Nak baring kanan, sesak nafas... Nak baring kiri, terasa tersumbatnya hidung... Nak telentang... humpp... Nak tidur pun tak selesa ni... NotaKarut: Kenapa mood nak raya tak mai lagi ni... Baju pun tak beli lagi ni...

Jadual Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Plus.

NotaKarut: Errr... Aku rasa aku tak nak ikut jadual ni boleh? Nak balik sesudah subuh sabtu la... huhu... Korang balik kampung bila ek? Mesti sunyi dunia blog nanti kan? Sekarang ni pun jalan jalan KL dah menjadi lengang dah...

Rabu Tanpa Kata Kata V11...

NotaKarut: Mood masih lagi sibuk... Nak ke Raub... Aduyai... Kerja kerja kerja... Sampai mati pun tak habis habis kerja... NotaKarut V2: Hoho... Jom balik kampung... ohohoho balik kampung...

Guten Nacht...

Orang tanya aku... Menatang apa guten nacht tu? Aduyai... Aku lupa lak... Ikut sedap jari ni je menaip... Guten nacht tu bahasa german yang bermaksud selamat malam... Ok? Itu je entry penutup malama ni... Lepas ni jangan tanya aku lagi menatang apa apakah itu! NotaKarut:Kalau aku cakap aku lahir dekat german korang percaya ke tak ek? ke nak aku tunjuk bukti?

Hallo Jep!!!

Hallo Jepp!! Yo brader... Apahal lu? Kucing lu nak beranak tak ada orang nak bidankan ke? Eh... Tak ada la bro... Gua saja saja jea calling calling lu ni... Nak tanya khabar dah mati ke belum... Rasanya dah 4,5 tahun gak gua tak dengar khabar lu... Errrmmm... Ye la tu... Dah cukup cukup la tu... Gua bukan tak kenal lu... Ha... Apehal lu ? Err... Bro... Gua dengar kerajaan ada bagi bonus setengah bulan ga............. Tutttt... Tutttttt... Tutttt... Nombor yang anda dial telah tamat perkhidmatannya baru je sebentar tadi... Haktuihhhh berkahak la... Ni tak ada la kerja lain... Nak sumbangan pemberian ikhlas la tu a.k.a hutang tak berbayar... Masa nak pinjam, lidah lagi lembut dari gigi buaya... Hutang lama pun dah berkepuk kepuk tak berbayar... NotaKarut: Aduyai... Kenapa la agaknya bazar ramadhan dah bertukar menjadi bazar kuih raya... Orang orang bujang terang tang tang macam aku ni, confirm la dapurnya di bazar... Di mana nak mengadu ni kalau ramai peniaga lauk pauk

Batal Tak?

Kalau kita puasa... Lepas tu kita termuntah... Rasa rasanya batal puasa kita tu kan kan kan??? Owhh... Jahilnya aku... NotaKarut: Penat menahan rasa nak termuntah... Aku tengah kusyuk melihat bintang bintang sedang berputar ligat di atas kepala aku ni... Siap boleh nampak Anak Bulan AidilFitri lagi ni... Aduyai... Banyaknya kerja...

Umangggaihhhh!

Hari ni Isnin ke Selasa ek? Aduyai...Parah dah aku ni... Sampai hari pun dah lupa... Masuk jea pejabat hari ni tengok atas meja berlambak lambak surat... Semua nak segera jea... Wuaaa... Ni la padahnya kalau dah lama tak masuk pejabat... Ni mana satu nak buat dulu pun agak kepeningan jugak ni... Mata ni pun satu... Macam ada pemberat yang melekap kelopak mata ni jea... NotaKarut:Mood Sibuk!

Tak Boleh Fikir Tajuk....

Hoho... Halloooo... Guten morgen... Selamat Pagi... Korang kerja ke hari ni? Kerja la rajin rajin ek... Jangan nak ngulo jea... Aku tau la kalau dah masuk minggu terakhir sebelum raya ni, kebiasaannya mood berkerja sangat la merudum... Aku offday hari ni... Agung bagi cuti... Hoho... Ada Urusan Sang Puteri yang perlu diselesaikan... Copppp!!!... Aku terkesima sekejab... Aduyai... Terdengar pulak lagu raya yang... Humpppppp... Sedihnya... Kenapa la lagu raya hanya terkesan di hati ini sebelum raya sahaja... Tapi bila masa hari raya... Atau lebih tepat di pagi raya, lagu raya ni macam tak membawa erti pun... Terasa nak dengar lagu Wings dan Search jea... Atau aku sorang je yang rasa macam tu? Seminggu jea lagi nak raya... Dah beli ke apa apa yang patut dan tak patut? Asyik tanya orang jea kan... Nyibuk jea... Lantak pi la... Duit dema... Pandai pandai dema la... Aku? Satu benda pun aku tak beli lagi... Muhahaha... Aduyai... Mood nak membeli tu tak kesampaian lagi... Copppp!!!

Aku Tak Pernah Memaksa...

Jangan kau mengharap... Aku tak pernah memberi harapan... Jangan kau mencari ilmu di sini... Kerana aku tak pernah menulis satu fakta pun melainkan karutan semata mata yang mungkin tidak lebih, melangkaui batas tatatusila adab Melayu... Jangan kau percayai aku... Kerana aku pun manusia yang mempunyai seribu satu helah... Jangan kau mengkhinzirbuta mengikuti aku... Kerana aku tidak pernah memaksa kau mengikuti aku... NotaKarut: Di sini tiada budaya i follow you, you follow i... Aku baru perasan dah lebih sebelah tangan rupanya angka itu... Ada tak silent reader yang nak memunculkan diri? Atau aku yang terperasan lebih?

Sakit Hati...

Eiii... Ntah la... Ntah berapa kali ntah... Bukannya aku tak nak renovate blog ni... Tapi... Tu la... Ada je yang tak kena... Aduyai... Buang masa dekat 4jam lebih untuk sia sia... Pakai je la yang lama ek... NotaKarut: Nampaknya harapan nak pakai "baju raya baru" tahun ni rasanya tak kesampaian la...

Baju Raya...

Holllooooo... Ada orang ke tak di hujung minggu ni? Ke ramai yang keluar membeli dan belah? Eh... Korang perasan tak sesuatu tak??? Apa!!! Tak perasan!!! Huh!!! Apa punya tur daaa... Kalau tak nampak... Mengikut amalam patik pacal yang hina ni... Orang itu pendek umur... Huhu... So... Nampak tak? NotaKarut: Amacam "baju raya" aku??? Ok tak??? Kalau tak ok, sekarang jugak aku tukar... Komen la mana mana yang tak berkenan... Sementara aku masih berada dalam mood rajin lagi ni... Penat oooowh.. 3jam pilih "baju raya baru ni"... Pening...

Manisnya Mulut Itu...

Assalamualaikum... Hai... Guten tag... Kabare? Bahasa melambangkan peribadi seseorang itu... Betul tak? Betulkan aku kalau aku salah... Kalau aku cakap aku seorang yang pendiam di alam nyata... Agak agak korang percaya ke tak? Sila angguk kalau percaya... Dan geleng jika tak! (Macam la aku nampak kan? huhu...) Jika seseorang itu bermulut manis... Setiap bait patah perkataan yang keluar dari mulut manis itu pasti berbau harum dan menyenangkan hati... Walaupun perkara itu tak benar atau ditokok tambah supaya apa setiap perkataan yang keluar itu sedap didengar... Contohnya... Jika lelaki yang bermulut manis... Berjumpa dengan si perempuan yang jelita... Memang jelita tahap Lisa Surihani la... Tapi ada suatu kekurangan pada si gadis... Iaitu bulu hidungnya terkeluar dan sedikit berserabut mungkin tak mapu nak beli gunting kecil agaknya... Pasti si lelaki bermulut manis itu akan berkata... "bulu hidung you comel la... macam jerami padi halusnya..." Haha... Aduyai... Cont

Mood Mengarut Ke Laut...

Hai... Guten morgen... Good Morning... Selamat pagi... Dah mandi ke? Atau masih lagi berlingkar di atas tilam yang empuk? Atau bercadang nak tidur hingga lewat Zuhur? Aku nak mengarut... Tapi tak ada idea... Jadi berjalan jalan ke blog orang lain mencari idea... Yea... Aku tahu, blog korang menag tak ada menjual idea... Tapi... Kadang kadang idea tu memang muncul... Dan paling aku tak suka idea itu muncul di waktu aku sedang mandi dan sedang enak bermimpikan berpelukan dengan "LisaSurihani"... Aduyaiii... Bila aku terbaca satu kisah ni... Korag baca la sini ek... Terus aku pun nak menulis jugak... Tapi... Aku taip... Aku tekan button delete... Taip panjang... Delete pun panjang jugak... Aduyai... Emosi terganggu... NotaKarut: .....................................................................................................................................................................................................................................................

Sumbangkah Kera Itu?

Dulu... Masa zaman zaman hingusan pun belum kering lagi... Dia la teman... Dia la saudara... Dia la abang... Dia la adik... Semua dilakukan bersama... Dari kerja kerja yang berfaedah menyekodeng kereta kereta rosak di Tanjung Harapan Klang, Lepak mencuci mata di depan Hard Rock Cafe, hanya di depan pintu sahaja sebab tak reti dan tak ada duit nak masuk menari terkinja kinja mencucuk langit di dalam... Hanya mampu melihat dari jauh kelibat "kucing kucing seksi" bermesra dengan harimau jantan tua tak bertaring yang berjalan terhoyong hayang... Hinggalah kerja kerja yang tak berfaedah bersama sama ke kuliah dan ke masjid untuk bersolat... Semuanya dilakukan bersama... Tapi... Hari ni... Semua dah membawa haluan masing masing... Yang dah berkahwin dengan ragam perkahwinannya... Yang bujang dengan lagak bujangnya... Yang single sibuk mencari pengisi hatinya... Aduyai... Kera itu... Kera yang sumbang itu adalah aku... Aku dah tak bercampur lagi dengan mereka mereka...

Kembang Kempis Hidung...

"Beliau berkata, Majlis Kewangan Negara juga mengambil maklum dan berpuas hati dengan pelaksanaan penyelenggaraan cerun-cerun jalan di negeri-negeri dengan peruntukan sebanyak RM60 juta yang disediakan mulai tahun lepas. “Perkara ini dapat membantu negeri-negeri untuk menyelenggara cerun-cerun jalan dengan lebih baik demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya." Sumber: Utusan di sini ... Hohoho... Terasa bangga la pulak... Walaupun PM tak kata kata kepada siapa... Tapi aku tau siapa yang menguruskannya... Hoho... Aku la tu... Muahahahaha... Gila gelak rakus! NotaKarut: Hoho... Dah terjawab ke persoalan kenapa aku selalu sangat outstation? Tu dia... Baca la link tu kalau nak tau... Menjawab terus kepada MOF... Siapa menteri di MOF? Dah tentu la PM... hoho... Kembang kempis hidung... Tetiba rasa nak call big boss...

Puasa Oh Puasa...

Ada orang mengaku puasa tapi yang wajib lain xbuat... Ada orang mengaku puasa tapi baju yang dipakai tak tutup pusat... Ada orang mengaku puasa tapi mata duk tengok pusat orang yang tak tutup pusat... Ada orang mengaku puasa tapi kat belakang duk ngumpat2... Ada orang mengaku puasa tapi mulut tetap jahat... Ada orang mengaku puasa tapi mulut bau kari ayam... Ada orang mengaku puasa tapi................. Aduyai... Banyaknya karenah puasa..... Bazar ramadan memang meriah... Apatah lagi kalau yang datang tu yang mengaku puasa.... Nak2 pulak yang datang tu baju yang jenis tak cukup kain... Sana terbonjol... Sini terdedah...sinun terkoyak... Mata pun x ikut puasa dah... Pandang kiri nampak "betik", pandang kanan nampak "jambu", pandang depan nampak "mangga"... Ada macam2 buah buahan tempatan ada lak tu... Ada jugak tu buah buahan yang berbalut kain merah terjojol menghairahkan... Mata ni pun jahat gak... Duk tenung betik masak jea la... Setan dah kene i

Lagu Raya...

Cerita semalam... Duduk lepak lepak di lobi Parkcity Everly hotel, Bintulu... Tak tahan... Berdesing desing telinga ni... Cerita Hari ini... Duduk lepak lepak jua di lobi Imperial International Hotel, Kota Kinabalu... Tak tahan jugak... Berair cair taik telinga ni mendengarnya... Terus badmood... Mood meroyan datang bertimpa timpa... Aduyai... Di hari raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku Di tepian mandi Danauku hijau yang aman damai selalu Nun di sanalah tempat aku bertemu Aku dan dia Apakan daya Masa tak akan kembali Hancur musnahlah semuanya Impian yang murni Tinggal menjadi kenang-kenanganku Hanya rangkaian kata dan lagu Dendang perantau Dendang Perantau... P. Ramlee NotaKarut: Apa lagu raya kesukaan korang ek? NotaKarut2: Eh... Lupa la pulak nak tulis apa... Aduyai... Republic ... Sorry la... Ayat tergantung lagi... Jiwa kacau... Selamat berbuka puasa... Hari ni berbuka pukul 6.30pm... Jangan jeles... Dah dah.. Ka

Kitar Semula...

Ada masanya kadang-kadang hati kita suka sangat kat sesuatu... Ada ketikanya kadang-kadang hati kita membenci sesuatu... Ada masanya kadang-kadang kita suka berkerja... Ada ketikanya kadang-kadang kita malas berkerja... Kadang-kadang kalau datang rajin... Habis semua kita nak buat... Kadang-kadang kalau datang malas... Satu kerja pun tak menjadi... Kadang-kadang kalau datang gila meroyan... Habis semua kena bambu... Kadang-kadang kalau datang baik hati... Habis semua kena jamu... Bila hari datang hari isnin, sedar-sedar kita dah berjumpa dengan hari jumaat dah... Bila tiba sabtu, kita tak sedar dah pun hari isnin... Sedar-sedar kita dah di penghujung tahun dah... Cepatnya masa berlalu... Aku lupa hari ini adalah hari Khamis... Owh... Apakah??? NotaKarut: Hoho... Kitar semula entry lama... Beku... Sel sel otak dah terputus...

Ikhlas...

Assalamualaikum... Hai... Guten Tag... Wie geht's? Ah... Sudah... Bahasa apa pulak aku pakai ni... Siapa dapat jawab kang... Aku rasa rasa nak bagi hadiah la... Huhu... Itu pun kalau aku baik hati la... Aku rasa En Orlando Ahmad tak ada masalah kot kalau nak jawab... Pasal dia kata dia lahir di Negara Bahasa tersebut! Ikhlas... Apa yang ikhlas ni? Tanya kepada diri sendiri... Ikhlaskah anda berblogging? Aku rasa aku dah sedikit tersasar dari sebab kenapa aku mula menulis dulu... Eh... Kejab... Aku rasa aku tak ada sebab pun kenapa aku menulis dulu... Aku menulis ni pun sebab terjebak jea! Aku rasa aku dah terlebih mengarut sudah! Menjadi mata duitan... Eh... Bukan... Habis tu apa perkataan yang lebih sesuai? Aduyai... Aku nak menulis serius tadi... Tapi kenapa la selalu tersasar... Dah la... En Boss Dah tunggu dekat lobby hotel kot... Hoho... Hari ni aku berbuka awal... Jangan jelous yea kawan2 dekat semenanjung tu... Selamat berbuka... NotaKarut: Aku semakin membek

1,2,3,4&5! End...

Satu... Kemudian dua... Kemudian tiga... Empat selepas itu... Dan tiba tiba menjelmanya lima... Tapi sayang... Nombor satu telah tiada... Tinggallah mereka berempat... NotaKarut: Menatap jauh ke pantai dari jendela hotel... Lambatnya pukul 6...

Masalah Problem V2...

Haihhhh... Hari itu dah semakin dekat dah... Dah tak berapa lama dah.. Takut? Ada la terselit sikit perasaan tu... Masuk hari ni... Dah 16 hari kita berpuasa... Mana mana lemak tepu yang degil tu, rasanya dah berkurang sikit kot... Betul tak? Atau pun makin bertambah??? Pelik tu... Apa yang masalah problemnya di sini? Hoho... Aduyai... Perut yang boroi boleh di enam pax kan... Kaki yang robokop boleh dilangsingkan... Lemak yang degil boleh disingkirkan... Tapi pipi yang cabi??? Aduyai... Susah betul nak trim pipi cabi ni... Tak berkurang sikit pun ni... Susah hati... NotaKarut: Tak terkata...

Rabu Tanpa Kata Kata V10...

NotaKarut: pukul8kangnakkeKLIAbelonjam11.35paginikeBintuluadakeorangbintuludisinikalauadajanganlupabelanjakuakumakanberbukakangesoknakterbangkeKotaKinabalupulakaduyaikopakbonusakuasyikterbangkesanasinijea...

Selepas Berbuka...

Hai... Dah berbuka? Kenyang ke? Ke perut tu dah bengkak dah? Meh aku kasi picit sikit... Nak tengok apa yang ada dalam perut tu... Apa aktiviti yang paling korang suka lepas berbuka ni? Bagi yang hisap rokok tu... Benda pertama yang dicari selepas makan kurma atau minum air... Adalah memberi makan kepada makhluk belaan... Tak faham? Hanya jin jea yang suka makan asap ni... Bagi aku... Benda yang nak buat sangat... Hoho... Korang semua dah kenyang kan? So... tak kan muntah kan kan? Aku kan... Aku suka korek hidung... Muahahahaha... Nikmat oooo... Lagi dalam lagi nikmat... Bertan tan bijih besi dapat dikumpulkan... Lepas tu lagi syok dapat gentel bulat bulat... Hoho... Lepas tu gentel lagi sampai jadi kecik... Hitam likat! Pengotor? Eleh!!! Macam la korang tak buat... Tak baik tau menipu bulan puasa ni... NotaKarut: Huhu... Nikmat kan? Huhu... Eiiii... Hahaha... Elehhhh!!!... Konon konon tak pernah buat la tuh! Suci la konon tuh!

Kira Kira...

Ambil kalkulator... Tekan punat punat yang ada... Garu garu dagu yang tak gatal... Tulis... Tulis... Tekan lagi punat kalkulator... Garu garu lagi dagu yang tak gatal... Wooowwww!!! Kertas yang ada dalam wallet aku... Ala... Yang ada muka Agung yang pertama tu dah tak senyum la... Cam mana ni ek? NotaKarut: Aduyai... Mana nak korek lagi ni? Nak mintak dengan penyimpan mohor besar raja raja la, nak mintak tangguh raya sampai awal tahun depan... Agak agak boleh tak ek?

Perjalanan...

Dalam kereta... Perjalanan balik ke Kuala Lumpur... Pasang radio kuat kuat... Tetiba terkeluar lagu raya... Semua terdiam... Syahdu... Terasa jauhnya perjalanan Penang ke Kuala Lumpur... Mak... Nak balik raya... Walaupun raya lambat lagi... NotaKarut: Masih lagi sibuk... Ntah bila dapat menjenguk kalian...

Aku... Kau... Aku...

Aku faham aku... Kau faham aku??? Kadang kadang aku faham kau... Banyak kali jua aku tak faham kau... Aku rasa kita sama jea... Sama ada faham memahami atau sama sama tak faham... Korang faham? Ntah la... Aku pun tak faham... NotaKarut: Dunia syok sendiri... Dunia blog...

Konon Konon Sibuk...

15-16 Ogos... Outstation di Penang... Nak panjat Bukit Bendera... Katanya ada masalah kestabilan cerun di projek baru landasan keretapi Bukit Bendera... 17-18 Ogos... Di Bintulu... Menyelesaikan masalah negara... Petang 18 Ogos terbang ke Kota Kinabalu... 19 Ogos... Destinasi berikutnya... Kundasang, Ranau... Memantau kerja kerja seismic... Apa itu seismic? Ce try google... Aku nak terangkan pun, bukan semua sini adalah engineer yang faham bahasa teknikal... Kang macam bercakap dengan itik jea... 20 Ogos... Destinasi seterusya... KLIA! NotaKarut: Ini baru la satu Malaysia... Dari Penang membawa ke Sarawak dan Sabah... Sibuk tak engineer cabuk ni? Macam mengalahkan PM pulak... Tunang sendiri nak jumpa pun kena buat appointment... Aduyai... Macam mana la kalau dah kahwin nanti... Asyik kena tinggal je la... Maaf jika tak berkesempatan nak melawat...

Masalah Problem...

Hari ni gila entry... Idea datang mencurah curah bagaikan hujan coklat mencurah curah turun ke ladang gandum... Dan akhirnya menjadi cococrunch!... Aduyai... Ah... Lantak la... Ikut suka aku la kan... Jika di kampung... Tidur sesorang... Ye la... Anak lelaki tunggal la katakan... Manja! Jadi tidak ada masalah itu... Masa di asrama... Tidur dengan lelaki... Bukan tidur bersama lelaki... Ayat yang lebih kurang sama tapi membawa maksud yang berlainan... Memang la kan... Tak kan nak sebilik dengan perempuan pulak kan... Juga tiada masalah itu... Masa ambil diploma, tinggal di Kolej Jati... Rakan sebilik juga lelaki... Confirm la kan... Tak kan gila pentadbiran nak bagi sebilik dengan gadis gadis pulak... Mau aku yang tak tidur malam nanti... Merayap satu katil ke satu katil... Naya! Jadi... Tiadalah masalah itu jugak! Masa belajar ijazah pulak... Dah mula berdikari.. Duduk di rumah sewa bersama sama 5 orang lagi rakan... Semuanya lelaki... Jadi dan jadi... Memang tiadalah masalah

Elehhh... Korang Ada Ke?

Hik hik hik... Apa tengok tengok? Tak puas hati la tu... Jeles la tu... Tau la korang tak ada... Huhu... Ayat... Berlagak gila... Padahal ini pun orang yang tolong buatkan... Percuma lak tu... Tukang karut memang sangat suka benda benda percuma ni... Terima Kasih Cik Scya Lollita ... NotaKarut: huhu... Aku tak pakai cermin mata sebenarnya... Dan aku akui doodle ni lebih kacak bergaya dari empunya diri... Tapi lantak la... Korang ada? Hahaha...

Semangat...

Ntah kenapa... Walaupun dah masuk hari ke14 berpuasa... Maknanya ada lagi 15 hari lagi nak berpuasa... Aku belum ada semangat lagi nak bershopping sakan... Di mana nak cari semangat? NotaKarut: menghitung hari... 99 hari lagi... Tetiba bertambah lagi tak bersemangat... Aduyai... Takut mak...

Ada Sebabnya...

Assalamualaikum... Hai... Selamat hujung minggu... Wuarggggghhh... Mengantuk la... Huhu... Nasib baik ada suri rumah robot... Boleh jugak tolong basuh apa apa yang patut... Kalau tak... Habis la tenaga di awal pagi ni nak menyental daki dan segala kekotoran yang ada... Wuarghhhhhhhhh... Sebijik macam badak berendam bila menguap... Mengantuknya... Aku pelik la... Kenapa la ada orang boleh tidur di waktu pagi2 ni membawak ke petang... Aku paling lewat pun pukul 8... Lepas tu dah tak boleh tidur dah... Boleh tak beri tunjuk ajar sikit... Dah la malam tadi tidur lewat... Malam tadi pun jumpa Liyana Jasmay pun sekejab jea... Tau tau dah waktu bersahur dah... Tak sempat nak buat apa apa pun... Opppppss... Aku kan... Aku nak cerita lain sebenarnya... Tapi dah terlajak pulak... Macam biasa la kan... Termengarut banyak la pulak kan... Semalam masa dalam proses nak memujuk si mata untuk tidur... Pergi la mengadap Cik Dill ... Mengacau anak dara orang di tengah malam... hoho... Ada pul

Pujuk...

Hati: Kau ni kenapa mata... Dah tengah malam dah ni... Kenapa tak tutup lagi wahai mata... Esok nak kena bangun awal untuk berahur tau tak mata... Mata: Aku bukannya tak mau tutup... Tapi otak tu... Duk masih berkerja lagi... Ntah apa yang difiirkan ntah aku pun tak tau la... Otak: Itu la korang tak tau... Dah kerja aku berfikir... Kalau aku tak berfikir, nanti korang korang jugak yang merana... Mengadu cepat tua la... Lemah badan la... Lemah tenaga batin la... Tangan: agak2 la masa kau nak berfikir pun... Esok, bangun pagi2 kau fiir la sampai ke malam pun wahai otak... Perut: erkkk! aku dah kenyang makan roti nan tandori... hoho.... kegumbiraan... Otak: tu la kerja kau... Nak diisi je tempolok kau tu perut! Perut: dah tu? Kau nak ambil alih kerja aku ke? Mata: oit!!!! dah dah... Nak bergaduh pulak memalam buta ni... Dah! aku nak shutdown ni... Esok je kita jumpa lagi kalau berkesempatan... Aku mintak maaf dulu biarpun raya lambat lagi... NotaKarut: memujuk si mata untu

~Contest Raya bersama Cik Eda~

Kalau nak tau... Masuk la... Klik sini ... Dengarnya tuan punya blog nak bagi kuih raya... Seramai 4 orang pemenang dicari... Ha... Tunggu apa lagi bagi korang yang tak ada bajet nak beli kuih raya tu... Tak kan nak tengok je... Masuk la... Boleh dapat kuih raya dan bagi dekat mak... Aku? Aku tak masuk kot... Hoho... Hanya tolong menolong menyebarkan contest kawan kawan jea... Huhu... NotaKarut: Hik hik hik... teringat pulak maa kecik kecik dulu... Masa belum baligh pun lagi... Sanggup ni berjalan kaki untuk beraya dari satu rumah ke satu rumah... Tak kira la rumah siapa pun... asal terbukak je pintu, bagi salam dan bersahut, melangkah terus naik la aku and the gang... Dari pagi pagi buta hingga la membawa ke senja... Gigih mencari duit raya... Dulu... Dapat seposen pun dah kira besar sangat dah... Last last... SESAT... Tak jumpa jalan balik... Aduyai... Satu kerja pulak ayah aku pergi mencari waktu waktu senja tu... Huhuhu... dan ayah aku bagi hadiah... baik punya hadiah... W

Aduyai...

Pagi sabtu yang ermmm.... Yang... Ntah la... Tak dapat digambarkan perasaan ini... Bercampur campur... Termenung... Baru balik dari kedai tayar... Persoalan kenapa stereng kereta bergegar bila mencapai kelajuan 120km/j akhirnya terjawab... Rupanya tayar belakang belah kanan dan depan belah kiri dah makan sebelah... Atau dalam bahasa mudahnya... Dah botak sebelah... Aduyai... Rasanya baru 2 bulan buat alignment tayar... Tak mungkin la kot... Check punya check... Rupanya chamber yang salah... Dah lari... Mungkin tak sempat kejar... Atau mungkin kerana tayar belakang tak berkesempatan mengejar tayar depan... Jangan tanya aku... Aku pun tak tau menatang apa camber tu... Kalau dulu masa kecik2 belum baligh lagi, camber tu susu cap gantung... Huhu... NotaKarut: Aduyai... Melayang lima keping n9te limapuluh... Tapi duit plastik dulu la... huhu... Sekarang berkira kira semula... Downgrade semula la duit raya untuk anak buah... Jadi seposen balik... Baju melayu pun, rasa rasanya pakai

Ermmm... Tak Suka...

Aduyai... Ini hali manyak susah oooo... Ala saja talak kina... Itu tak kina... Ini tak kina... Aduyai... Tak suka betul mencari barang yang tak jumpa... Lagi lagi kalau barang tu kecik dan comel... Aduyai... Penat dah berfikir mana letak menatang bendaalah tu... Di mana dia... Anak kambing saya... Eh... Di mana dia pendrive kesayangan saya... (Macam gei la pulak beraya saya... rasa macam nak muntah pulak...) Tak suka betul la nak mencari... Haihhhh... Terseksa... Ingat... Ingatan... Pulih lah dikau wahai ingatan... NotaKarut: Ini la akibatnya kalau banyak sangat makan semut! Aduyai... Dah la... guten nacht...

Ye La... Siapalah Aku...

Ermmm... Nampak macam sedap je murtabak maggi ni... Cacing cacing perut bertepuk kegirangan... Kalau sebelum ni, hanya nasi dan 2 jenis lauk sahaja yang menjadi santapan sicacing cacing... Bang... Murtabak maggi satu yea... Tunggu seminit... Brader tu sibuk membungkus... Sambil membalik balikkan murtabak maggi yang ada atas kuali... Tiga minit berlalu... Brader tu tanya kali kedua... Abang nak satu tadi kan... Ok ok ok... Brader tu sibuk membungkus untuk awek yang mintak dua keping murtabak... Yang aku perasan kemudian datang dari aku... Sabar sabar... Bulan puasa ni... Ujian je ni.... Tak apa la... Awek kan... Kalau aku pun sama jugak... Mendahulukan awek dulu... Lepas tu dah habis... Terus buat murtabak yang baru... Enam minit berlalu... Brader tu sibuk membalik balikkan murtabak... Sambil bertanya kali ketiga... Abang nak satu tadi kan... Ok ok ok... Jab ye... Brader tu membungkus sekeping untuk seorang makcik yang kemudian datang dari aku... Erm... Ok la... Orang tua... Hor

Penambah Semangat...

NotaKarut: Ha! takkan nak tengok je... Klik klik la apa apa yang patut... Buat bekalan di hari tua nanti... Huhu... Buffred Earning yang ke tiga dan empat... Standad Chartered Liverpool (walaupun aku peminat Chelsea... Tak apa la... Kira ok la ni...) dan Iskandar Malaysia...

Dilema...

Hallooooo... Eh... Assalamualaikum... Hari ni hari Jumaat... Ye adik adik... Hari Jumaat... Yang lelaki tu kang, tengahari kang jangan nak ngulo tak nak pergi sembahyang Jumaat... Aku tengah dalam dilema ni... Keputusan antara hidup dan mati... Aduyai... Diluah mati emak... Aduyai... Berat... Susah nak buat keputusan di persimpangan ni... Apa salahku Kau buat ku begini Dalam dilema Di antara jalan derita Tidak pernah ku duga Ini semua terjadi oh.. oh… Janganlah engkau Menghancurkan segala Setelah lama Kita mengharungi bersama... Aduyai... Nak potong... Sayang... Kang bila lemak lemak dah bertimbun, tak cukup panjang dan ketat pulak seluar nanti... Tak nak potong... Dah tak tergigit dah tali pinggang ni dekat seluar... Longgar... Tergantung jea... Tak cantik pulak... Aduyai... Dilema betul la... NotaKarut: hoho... Aduyai... Tepuk dahi ek?

Esbok!

Aduyai... Nak maki... Teringat bulan puasa... Nak mencarut... Teringat bulan puasa... Habis tu? Apa nak buat? Apa pun tak boleh... Cuaca di dalam pejabat aku ni, makin lama makin terasa kesejukkan nya... Terasa macam duduk dalam esbok pulak... Atau pun mungkin menjadi penyebab kesejukan yang melampau ni kesan akibat lemak lemak yang bergayutan dah semakin menipis ni... Aduyai... Ayat Bangla baru masuk Malaysia semalam ni... Siapa bukak esbok siang siang hari ni ha! Aduyai... Beku... Beku otak aku ni... NotaKarut: Jom berbuka puasa nak bagi sesiapa yang berada di sekitar WangsaMaju, Setapak, Kuala Lumpur...

Buka - Tutup - Buka...

Mak (Panggilan anak buah aku dekat mak aku... pasai apa... Pasai masa dia kecik kecik semua orang panggil emak... Tak ada yang panggil Uwan@Nenek@Nek...) Anak buah aku yang no 2... Sangat lasak... Dan sangat pandai berkata kata... Tak macam Pak Ngahnya masa kecik kecik... Sangat sopan... Baik hati... Pendiam... Penyayang... (hohoho... Aku la tu...) Anak buah: Mak... Mak... Haus la Mak... Mak: Tahan la sikit Abang Long... Dah pukul 3 dah ni... Sayang nak buka la... Anak Buah: Mak... Ooo... Mak... Ayong uka oce... Pastu Along tutup la oce tu alik... Ayong oce la alik... Boyeh kan... Hoho... mak aku tergelak sampai berair mata mendengar jawapan bijak anak buah aku... Aduyai... Bijak bijak... Tak sia sia beli susu penyambung sel sel otak masa baby dulu... NotaKarut: Ada ke yang dah berbuka bila dengar azan Zuhur tadi? Tak pe tak pe... Boleh tutup balik kan puasa tu... Aku tengah kesejukan duduk dalam esbok ni... kejung dah...

Rabu Tanpa Kata Kata V9...

NotaKarut: Ada sesiapa yang teka betul berat aku semalam ? Sila angkat jari tengah kaki kiri tinggi tinggi sekarang... Hoho... Selamat... Nasib baik tak ada yang teka betul... Baru ingat nak ajak berbuka di Legend Hotel...

Tabiat Puasa...

Hari ni hari kesembilan kita berpuasa... Amacam? Yang berazam nak turunkan berat badan tu, dah tercapai ke? Aku dah dapat satu tabiat sejak berpuasa ni... Pantang tengok penimbang berat... Mesti gatal kaki nak naik punya... Nak tengok ada penurunan atau tak ada... Hoho... Agak agak korang la kan... Berapa berat aku dah sekarang ni? Kalau betul aku belanja berbuka puasa... NotaKarut: Biar tabiat... Jangan buang tebiat nak mampus!

Pecah Rekod...

Hai... Hai lalink lalink... Ada baik ka ini hali? Aduyai... Penat la nak mengarut... Hoho... Hari ni kan... Aku kan... Aku kan... Dah pecah rekod oooo... Selama 4 tahun berkerja ni... Tak pernah sehari pun aku datang lambat... Seminit pun tak pernah ooowwwhhh... Elehhh... Itu pun nak bangga ke? Orang lain selalu datang lewat tak pernah hairan pun... Tak gitu Puan Fida ? Tapi hari ini... Atau lebih tepat pagi tadi... Hoho... Rekod baik aku telah pun tercemar kesuciannya! Cis Cis dan Cis!!! Jatuh kreadibiliti aku sebagai penjawat awam yang berdedikasi... (hoho... Mekasih Tok Jib bagi duit raya atas kededikasian aku selama ni...) Ini semua salah mimpi la ni... Lepas sahur tadi ingat nak lelapkan mata barang sepuluh duapuluh minit... Tetiba dapat pulak mimpi syok... peghhhh... Lisa Surihani tu... Syok je peluk bantal... Erat lak tu peluk bantal... Mau tembus bantal tu kot... Tak mau lepas la... Alarm lagu Sweet Child O' Mine memekik kuat dan lantang mac

Bonus Setengah Bulan Gaji!

Hohohoreyyyy!!! Mekasih Tok Jib... Sebab bagi bonus setengah bulan gaji... Kesyukuran bagi kami perkerja awam ni... Hohohoreyyy!!! Rayaaaaa!!!! NotaKarut: Ok la... Aku up sikit duit raya untuk anak anak buah aku nanti duapuluhsen... Hoho...

Ini Hali... Muka Macam Taik...

Ini hali muka manyak masam... Itu selupa mangga muda... Apapasat... Tak diketahuinya pun... Itu ada mungkin tadi punya malam tarak lapat... Lapat apa ha? Hahahaiya... Itu pun gua kina bagitahuinya pun dekat lu ka? Atau mungkinnya pun, fikir apa pasat gua kena itu tak boleh cuti maaa... Haiyaa... Gua kena jadi itu ahli jawatankuasa krisis maaa... Apa krisis krisis... Nigala ini aman makmur ma... NotaKarut: Urat kepala putus! Jadual dah penuh sampai raya ni... Mak... Nak cuti raya dua minggu awal... wuaaa... nak kacau dodol... Nak cari buluh... Nak buat meriam buluh... Wuaaa... Nak main bunga api...

Satu Hari Di Bulan Puasa...

Sedang syok memandu kereta selepas menemani Bonda membeli dan belah untuk raya... Mengekori sebijik kancil... Kenapa sebijik kancil? Pasal kalau seekor kancil.... Lama dah aku tangkap buat lauk... Hohoho... Kancil masak rendang! Eh... tengok... Aku nak cerita lain tadi kan... Isk isk... Kancil yang dipandu oleh si jejaka... Dengan para penumpang penumpang nya anak anak dara... Jangan tanya aku masih darakah beliau beliau itu... Di bulan baik ni, kita berbaik sangka jea la ek... Tetiba terkeluar bekas plastik air dibuang dari tingkap si kancil belah penumpang wanita... Nasib baik tak kena cermin Cik Nur Personariah aku tu... Tak pe... Mungkin datang bulan perempuan tu... Selang beberapa detik... Tetiba terkeluar pulak kertas balut Burger McD belah si Jantan! Kurang asam boi asam keping asam jawa mak dia! Agak agak la...! Tak kan datang bulan bintang jugak si jantan ni? NotaKarut: Bersangka baik la... Mungkin si jantan tu baru nak bersahur tu... Bersangka baik... Tapi tolong la... Jangan

Rutin Harian...

Hallooooooo... Guten Morgen... Malam tadi ada korang mimpi hantu tak? Ke ada yang mimpi basah? hik hik hik... Tak ada????? Elehhhhhhhhhh... Malu nak mengaku la tu... Rutin harian... Bangun pagi, celik je mata (dengan mata bercalit penuh taik mata lagi...) terus mengadap laptop... (bukannya pagi pagi nak baca Al-Quran ke apa ke... Ada ke patut... Isk isk isk... Lempang diri sendiri empatbelas kali...) Benda yang dibaca komen komen korang la... Lepas tu baru buat apa yang patut... NotaKarut: isk isk isk... Apa nak jadi dengan aku ni... Isk isk isk...

Besarnya... Yummmyyy...

Hoho... Balik kampung... owh balik kampung... Hati girang... Eh... Macam setahun pulak tak balik kampung ek... Padahal kampung bukan nya jauh sangat pun... Semalam aku cakap aku nak upload gambar udang kan... Ha... Di bulan puasa ni tak elok kalau dah janji, tak ditunaikan... Eh... Bukan bulan puasa jea... Bila bila masa masa pun kalau dah janji kenalah tepati... Pak Ngah... PakNgah... Amende ni Pak Ngah... Godangnya... Aku malas nak menulis la... Dah la... Nak tolong mak masak la... Hohoho... Siapa kata aku tak pandai masak... Tengok kaki la... Jangan tengok orang tak ada mata tau... NotaKarut: hoho... Aku beli udang besar besar... Tapi aku tak makan pun udang sebenarnya... Muahaha... Ada ke patut? Isk isk isk...

Selamat Malam...

Bila badan penat, Otak menjadi kalut, Minda tak berfunsi, Hati tak keruan, Mata hampir terkatup... ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ... Lena... Korang tidur berkeruh tak? Eh... Mana la kita tau kita berkeruh ke tak masa tidur kan... Lain la kalau ada teman tidur... Hik hik hik... Penat la peluk bantal... Hik hik hik... Gelak gatal malam Sabtu... NotaKarut: aku tak sempat nak jengok melihat dan menyantap makanan rohani malam ni... Esok2 je la aku datang... Sila sedikan makanan rohani yang mengiurkan dan menyelerakan ek... Eh... Lupa nak bagitau... Esok aku balik kampung owh balik kampung hati girang... Esok la aku tunjuk gambar2 udang sebesar lengan budak tu ek... hoho... Hohoho... Apalah bengong sangat aku ni... Aduyai... Nak taip pendek tapi, terlajak mengarut sudah... Selamat malam, Wa'an, Guten Nacht, Good night... Tiudr jangan mengigau berjalan pulak ek...

Masin Betul Mulut...

Aduyai... 7.45 malam... Baru je sampai rumah ni... Berbuka dengan kurma jea... Nak ke kedai confirm tengah haruk lagi ni... Baik pergi sat lagi... Lepas orang tengah mengusap perut baru pergi cari makanan... Tu la... Doa bulan puasa ni cepat makbul... Mulut cabul lagi ... Kan belon dah delay... Dah belon delay... Landing pukul 4.30... Masa orang tengah haru kelam kabut nak balik rumah... Confirm jem teruk gila baalifbaya... NotaKarut: Aduyai... Penat duduk dalam Limo, 2 jam setengah... Rasanya kalau naik belon, boleh pusing ke Kota Kinabalu balik la...

Berkotak Kotak...

Assalamualaikum... Hai... Lapar ke tu? Hoho... Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga yea adik adik... Ingat... Puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga hanya mendapat lapar dan dahaga je... Faham? Angguk sekarang... Aku pun bercakap kepada diri sendiri... Aku dekat KKIA ni... Live... Haha... Itu pun nak bagitau... Macam la aa orang nak ambil kesah... Nak naik belon pukul 1.35 kang... Harap2 tak delay la pasal aku dah kira bajet masa... ngam2 sampai rumah pukul 6.30... Boleh terus ke bazar ramadhan... Apa yang berkotak kotaknya ek... Macam biasa la... Kalau dah sampai Kota Kinabalu, tak membeli dan belah... Memang tak sah la... Rasa macam tak berapa nak lengkap jea... Sekotak udang besar... Sekotak udang sederhana... 2, 3 ekor ikan... Dengan ikan masinnya lagi... Aduyai... Mutiaranya lagi... Aduyai... Terberanak pulak beg ni... Yeahyeay... Esok boleh berbuka dekat kampung... Boleh makan gulai udang... Ikan segar dari Sabah... Gulai ikan masin campur nenas... Yummmyyy... Tak sa

Kek Lapis Sarawak Ada DNA Babi???

Sedang syok berborak borak dengan bos tadi... Tetiba bos tanya... "Eh... Kek lapis Sarawak kamu dah habis ke blum?" "Dah selamat dicerna dah bos..." "Alamak... Kamu tengok sini ..." "Aduyai bos... Banyak dah termakan ni... Cam mana ni..." "Patut la perangai masing masing jahat... Ngulo jea kerjanya... Dah ada sekor bab1 dalam badan rupanya..." "Aduyai... Perli makan dalam nampak bos... Bukan kita serupa jea ke?" Tapi hanya mampu terkeluar dalam hati jea la... NotaKarut: Ada ke yang bercita cita nak beli kek lapis Sarawak untuk kuih raya ni? Lupakan jea la... Hoho... Aku pun nak muntah dah ni...

Bila Mak Dah Tanya...

Assalamualaikum... Hai... Kabare? Wes mangan? Ada ke yang dah makan tengahari ni? Pantang dengar azan je ek... Tak kesah la azan apa pun... Kalau sebelum ni, tak tunggu atau tak dengar pun azan tu... Tapi bila bulan puasa jea... Azan la perkara yang ditunggu tunggu ek... Amboi... Kemain lagi... Pagi tadi sahur air kosong jea... Berbunyi bunyi dah cacing cacing bersorakkan... Pasal makan semalam pun lewat... Pukul 9 baru makan... Makanan dalam belon semalam macam kurang sedap dan sikit sangat... Hoho... Tengok perut la kan... Tangki besar tu... Pagi pagi buta mak dah telefon... Tanya macam macam... Baju raya dah beli ke? Itu dah beli ke? Aku garu garu dagu... Nak jawab cam ne ek... Nak jea aku jawab, aku tak sambut raya tahun ni pasal duit dah nak habis untuk kahwin... Wuaaaaa.... Sedih gila... NotaKarut: Harap2 la Tok Jib bagi pengumuman pemberian duit raya sikit tahun ni... Dapat limapuluhsen pun dah ok dah... Boleh bagi sorang seposen dekat anak anak buah...

Penilaian...

Assalamulaikum... Amacam? Ada baik ka ini hali? Sebelum aku terperasan lebih... Aku nak mintak tolong ni... Mintak buat penilaian... Sebab selama ni aku mengarut tak ingat dunia pun... Ikut dan jari jari menari je... Kot kot la boleh aku ubah apa2 yang tak patut... Yang dah ok baik molek tu, biar jea la... Jangan heboh2 ye tak? Tahap penilaian seperti berikut: (macam ayat skema surat rasmi la pulak...) 1: Aduyai... Apa mereng mamat ni tulis... Sepatah haram pun aku tak faham... 2. Adei... Sah tukang karut ni gila... Asyik mengarut je kerjanya! 3. Ntah... Aku pun tak faham apa yang dikarutkan tu... 4. Tatabahasa... Nahu... Semua lintang pukang! Hancur... Ke laut! 5. Ok la... Cuma tukang karut tu perasan popular je... Padahal... Nanadoh! 6. Ikut suka korang la... Penilaian korang... Aku terima je seadanya... Pilih2... Kalau ada yang nak tambah penilaian... Sila kan.... Jangan malu jangan segan, kalau segan duduk la bagan... Kalau malu pakai la baju... NotaKarut: kadang kadang kita kena d