Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun

Pantun Virus COVID19

Cantik masaknya buah bidara Menjadi idaman beruk dan kera Virus Corona punya angkara Satu dunia kena penjara Anak kera jalan berdingkit Jalan berdingkit bersama kawan Virus Corona mudah berjangkit Tak kenal kawan mahupun lawan Beruk jantan jatuh terkangkang Ditolak jatuh kawan sialan Virus corona boleh dikekang Membasuh tangan jadikan amalan Kera dan beruk jadi berkawan Elok berborak sangat peramah Kalau takut jadi sebaran Duduk diam di dalam rumah

Pantun Banjir.

Orang lain makan nangka, Lain orang kena getah, Orang lain yang ditimpa bencana, Lain orang pulak yang melatah. Dunia tua akhir zaman, Hanya tunggu Arahan Tuhan, Fitnah berleluasa menjadi mainan, Nyawa manusia jadi taruhan. Masih tak sedar kesalahan diri, Menjadi penyebab turunnya bala, Daripada leka berbalah sesama sendiri, Mari bermuhasabah perbanyak pahala. Kenapa fitnah dan khabar angin menjadi mainan? Wira jari menonjol bangga, Menyebar khabar yang tak tahu punca, Nak hulur seringgit dua, Punyalah payah macam berjuta.

Rindu? Mari Abang Payung Pantun...

Daun mengkuang daun mengkudu, Dibuat orang menjadi tikar, Dari mana terbitnya rindu, Bila berjauhan menjadi mekar. Anak monyet melompat sakan, Dahan ke dahan dia meniti, Selamat malam sayang abang ucapkan, Biar berjauhan tetap di hati...

Pantun Kangkung...

Naik bot naik tongkang, Padat penuh satu muatan, Antara kangkung ataupun kangkang, kangkung jua menjadi sebutan. Akar kangkung di dalam kolam, Pucuk muda naik ke junjung, Bijak sungguh tuan menutur kalam, Mengharap rakyat menyembah sanjung. Itik serati pulang petang, Jalan berderet berlenggang kangkung, Sanjung diharap keji yang datang, Muka jernih dah naik cengkung. Benarlah bidalan kata si tua, Macam monyet mendapat belacan, Kalau macam ni la punya ketua, Tekak kembang tengok kangkung goreng belacan. Kangkung yang dulu di dalam longkang, kangkung sekarang jadi bualan, Dulu kangkung tak dipandang orang, Remix Kangkung jadi siulan. Notakarut: Atas pemintaan peminat kangkung... huhu... Malam ni malam Jumaat... Esok cuti... jom bunuh setan ramai ramai... Menari canggung nampak cangkung Makan kangkung sambil kangkang... Malam Jumaat asyik mengangkang, Lepas dah kena balun jalan pun kengkang... Eh?

Pantun Lawak...

Kopi panas di dalam cawan Sedapnya air tangan ibu Mata tertawan gadis gedik menawan Senyum melirik menikam kalbu Lepas sunat jalan kengkang Jangan cuba melanggar pantang Ekor mata pandang belakang Suri berdiri bercekak pinggang Pisau sunat diasah tajam Baru la tak sakit nanti Bila suri menjeling tajam Pijak semut pun tak mati Notakarut: SESIAPA YANG RASA RASA NAK MENCURI PANTUN NI, SILA LA BERFIKIR BANYAK KALI... PENAT OOOO AKU FIKIR NAK KARANG PANTUN...

Pantun Romantik Atau Cemburu

Pantun Romantik Atau Cemburu Panas besi merah membara, Diketuk ketuk dibuat loyang, Kalau cemburu sudah membara, Pinggan mangkuk terbang melayang... Jangan dinilai kulit buku, Pandang renungkan dalamnya ilmu, Padamkan api cemburu itu wahai sayangku, kerana hati ini sentiasa ada kamu... Tinggi tinggi pokok betik, Nampak jauh di tengah kota, Berpuluh beratur wanita cantik, Cuma kamu yang aku cinta... NotaKarut: Nak komen???? Sila berpantun yea...

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam... Orang berbahasa kita berbudi barulah indah perilaku kalau masih ada yang sudi Marilah berpantun bersama aku \Duit berjuta harta berkoyan,  Hidup sorang terasa sunyi Pantun empat kerat siapa nak layan, Dua kerat pun boleh asal berbunyi

Pantun Ketat, Memikat, Tersendat...

Baju Nipis Nampak Bayang, Peha Gebu Saja Ditayang, Lebih Baik Tak Pakai Baju Lagi Senang, Dah Tentu Boleh Tunjuk Terang Terang Tudung Jarang Baju Nipis, Pakai Sikit Boleh Nampak Garis, Mata Lelaki Terbeliak, Kita Membengis, Bila Kena Kutuk, Kenapa Menangis?

Pantun Selamat Malam...

Lapar makan kenyang pun makan... Makan sampai tergigit lidah... Selamat malam tukang karut ucapakan... Moga diulit mimpi yang indah... Makan nugget makan burger... Itu semua kolestrol tinggi... Selamat malam para blogger... Semoga ceria di esok pagi... Carik carik pucuk paku... Dipandang orang pucuk meranti... Selamat malam semua sahabatku... Kalian semua terbukti blogger sejati... Rendam lama uncang teh serbat... Biar pahit terasa di lidah... Selamat tidur wahai semua sahabat... Harap harap bertemu mimpi yang indah... NotaKarut: Entry kitar semula... KECEDERAAN ACL, APAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUK SEMBUH? LYMPHEDEMA, RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Pantun Seksi...

Pisang Emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, Apakejadahnya Pisang Emas dibawa belayar, Masak cekodok kan lagi senang hati... Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Apahal cina pulak pasang lukah, Adakah semua melayu sudah mati... Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli barangan, Mata terjojol kainnya jarang, Apa dicari didalam kain wahai tangan. Baju seksi entah mana atang, yang ada butang tanggalnya butang, cuba bayangkan generasi mendatang, kalau sekarang dah tunggang langgang NotaKarut: Hilang taring karutan... Bosan!!!

Jawab Pantun Dapat Review Part1...

Hai... Salam malam Jumaat... Malam Jumaat??? Opppsss... Ok... Aku nak tulis entry ni laju laju... Ada hal penting nak buat malam ni... Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini di sini... Hari ini pengomen pertama yang akan di review mengikut cara dan suka hati perut limpa aku je... Masam masam si buah strawbery Menjadi makanan burung sekawan BobieDanBad pemilik blog BobieStory Isinya ringkas gambarnya menawan Kopi susu teh tarik Menjadi minuman untuk tetamu Gambar dipotret cantik menarik Tidak mahukah kamu berkongsi ilmu? Sikit merasa banyak pun merasa Jangan sampai busuk meruap Lewat ini diam berbahasa Adakah kerana jari terkena kurap? Kancil berlari dari diburu Mengelak diri dari pemangsa Dengar khabarnya menjadi guru Satu pengorbanan mendidik anak bangsa ok... Otak dah tepu... Air dah masuk kepala dah... Tatata.... NotaKarut: Tunggu... Ada lagi... Tapi... Aku sedikit blur la cam mana nak buat... Bukan pernah bu

Bila Tukang Karut Mula Bosan... Tukang Karut Mula Berpantun....

Hai... Aku paling tak suka bila aku ada masa lapang... Contohnya sekarang ni la... Duduk sengsorang dalam bilik hotel di Kota Bahru... Banyak masa lapang yang terbuang... Tapi tak tau apa nak buat petang petang ni... Duduk mengadap laptop tapi tak terkeluar pulak idea mengarut... Hik hik hik... Ini pun dah kira satu entry kan? Aci tak? Ah!!! Fikiran dah mula melayang ntah ke mana... Jom berpantun la... Sayang sayang si bunga cengkih Dibawa lari orang terpandang kaku Dari jauh nampak menyengih Tegurlah kalau kenal akan daku... Dikejar ayah takut kena ligan Sayang anak ditangan tangankan Jangan malu janganlah segan Aku bukan seperti yang digambarkan... Riuh rendah ibu mengomel Ikan terhidang dicuit budak Aku tau aku ni comel Jangan berani berkata tidak... NotaKarut: Siapa yang berpantun dengan aku, aku akan review blog dia dengan percuma mengikut cara aku... Ini tawaran terhebat sepanjang zaman ni...

Mari Berpantun V3...

Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya Wahai wanita janganlah merajuk Maafkan aku si tukang karut Jikalau salah tolonglah tunjuk Aku rela hai kena carut Wahai wanita tidakkah kasihan Aku nak mati bercerai badan Kalau wanita sekalian tak mahu maafkan Aku nak pindah Tanjung Rambutan NotaKarut: hik hik hik... wahai kaum wanita sekalian... maafkan la si tukang karut ni pasal entry yang sebelum ni. .. entry tu ilham dari emel seorang sahabat...

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun. "Buah kelapa jatuh kat kepala si salmah... Berlari si anak kera tersadung ketanah.. Mak ton suka marah marah ... Sebab mr cabi suka makan dgn melimpah ruah..." Amboi dak mina tak sayang jari... Jari menekan sesuka hati... Disebabkan terlebih makan menjadi cabi... Memang kena sekeh dak mina ni nanti... Ingatkan ramai yang tak sudi... Tak sudi membeli pantunku ini... Rupanya masih ada yang sudi... Hadiah misteri hajat dihati... Baju dipakai terlebih acu... Ibarat tak kena irama dan lagu... Ada yang pelik ada yang lucu... Membuat tukang karut menggaru dagu... Jawapan betul bukan dicari Siapa yang buat aku tersengih dia yang menang... Hadiah misteri telah pun dicari... Tapi hanya untuk Mr. Iz seorang... Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Takut mina berkecil hati.. Terpaksa jua ku mencari... Ada sebiji roda pedati... Bentuknya bulat daripada besi... Ingin ditanya Mina bistari... Apa pilihan berkenan diha

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun. Selamat datang ke Sandakan Kiriman Fida jangan dilupakan Selamat datang wahai kalian Ke blog mengarut ini saya ucapkan Wajah bos berseri seri Kenyang perut suka hati Terima kasih saudara saudari Sudi bermesra di blog ini Menginap bermalam di Sandakan Hotel Sandakan Hotel di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Burung kasawari burung unta Terbang ke sisi Sandakan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Penat berjalan meredah bersungai Mencari si buah bidara Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Ke pantai intai dara berbikini Sampai juling dah mata ini Kalau Tuan bijak bestari Silalah jawab pantun ini Hadiah misteri akan diberi Menanti sesiapa yang bijak bistari Silalah jawab di blog sendiri Jangan lupa komen di blog ini

Jual Beli Pantun

Asyik mengarut jea kan... penat la otak ni... Apa kata kalau kita berpantun pulak...Boleh jugak menajamkan otak... biar semua sel-sel otak bersambung... Tak perlu la nak beli susu yang mahal semata-mata nak sambungkan sel-sel otak tu kan... Kalau ada yang sudi, boleh la kita berbalas... bukan saling tembak menembak... baling batu pun jangan... Kalau nak baling batu sangat, pergi ke Mesir... Kawan dengan Hosni Murtabak... Ok... Intro jea pun dah mengarutkan... Tadi kata tak mau mengarut... Lurus kepada titik la yea... I follow u, U follow i back, kau sape nak paksa aku, Ikut suka aku nak follow ke tak. Dah... tu jea... malas nak mengarut... pantun pun tunggang langgang... nahu ntah kemana... lenggok bahasa langsung ke laut... yang nampak lenggok mak janda jea... Tettttt.... nanti marah pulak orang melaka nanti...