Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Ucapan

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 2021

Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami sakit pinggang disebabkan slip disk , Evercare Physiotherapy adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Pantun Selamat Pagi Indah

Singgah berehat di pokok bidara Disapa Desir angin ibarat lagu Assalamualaikum pembuka bicara Selamat pagi di hari minggu Pucuk bidara bermawar merah Tempat bermain si anak lebah Sinat mentari pagi yang cerah Didoakan hari ini menjadi indah Buah bidara nampak di celah Menjadi rebutan si burung balam Mulakan dengan senyuman ceria dan indah Semoga kekal hingga ke malam SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA. PHYSIOTHERAPY PUCHONG.

Pantun Selamat Pagi...

Sejuk dan dingin air perigi Mandi pula diteman si kera Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga hari ini sihat sejahtera. Janggut dan misai rapi dicukur Dagu licin hidung menjadi merah Bangun pagi didahulu ucapan bersyukur Masih bernafas di pagi yang cerah. Pantun Selamat Pagi Indah SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Seloka Selamat Malam...

Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam berjaga jaga, Anak mata berseri seri, Senyum gatal sampai ke telinga... Nasi sebelanga dimakan anak, Bapa menjerkah mata terbeliat, Dalam hati nak tambah anak, Ingin mencari pewaris zuriat... Perut penuh menjadi senak, Perut boncit penuh lemak, Punyanya lah lama dodoi si anak, Ikut terlelap pulak si emak... Pandang suri terkulat kulat, Timbul geram di dalam hati Alamat tak jadi nak tambah zuriat, Melepas sudah bantal jadi penganti... Bantal peluk dah naik kusam, Baunya pulak boleh tahan masam, Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam, Baik tidur selamat malam...

Pantun Malam Jumaat...

Hisap rokok tembakau cina Hembus asap berbunga bunga Hai cik abang adik nak bertanya Di bawah pusat apa namanya Sudah geharu cendana pula Sudah tahu bertanya pula Kalau cik adik nak tahu bawah pusat ada apa SELAK SEMAK NAMPAK LUBANG PERIGI BUTA.

Pantun selamat pagi.

Pantun selamat pagi. Burung berkicau itik menari Itik menari di dalam perigi Mimpi basah tegak berdiri Sampai tak sedar matahari dah tinggi Putih dan dinginnya air perigi Indahnya mandi berteman si dia Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga semua sihat dan berbahagia.

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Pantun Berbuka Puasa lawak.

Pantun Berbuka Puasa lawak... Sedapnya kuih buah rotan Sedaplah lagi kuih bahulu Perut kelaparan azan kedengaran Jom Buka! Tapi doa la dulu.. Mulut berleter ibarat bertih Mungkin mulut tak tahu letih Berbuka puasa jangan berlebih nanti tak larat pergi Terawih NotaKarut: hoho... Hari ni makan gulai udang besar... Gulai ikan masin campur nenas, semua masakan mak... dengan air soya nya... Syurga... Syurga dunia...

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa, Ramai orang pasang niat, Nak meluangkan masa, Penuhkan masjid nak beramal ibadat... Malam pertama tarawih, Penuh masjid sampai ke jalan, Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah, Jangan pulak sekerat jalan... Pagi pertama dah muka toya, Nak menunjuk dia puasa, Dah petang baru nampak muka, Waktu rehat ghaib entah ke mana... Tadi toya sekarang ceria, Datang dekat bau rokok, Ape jenis punya manusia, Lebih kurang monyet di atas pokok...

Seloka Pagi.

Seloka Pagi. Pagi ini indah sekali, Tukang karut mengucap selamat pagi. Bila matahari mula meninggi Cari kawan pakat minum pagi Ada la kawan nak bersembang Takut bergelar kera sumbang Sorang sorang datang bertandang Barulah hangat cerita digebang Datang lagi kawan sengih nampak gusi Sampai meja tak cukup kerusi Macam ni tak boleh jadi Bos duduk jeling dari tadi Nak lari macam pentingkan diri Nak duduk lama dah tak senang hati Hati bimbang bertambah ahli Takut bersambung sampai tengahari Nak bangun sorang, lagi la tak jadi Takut ada yang kecik hati layan juga kawan sembang tak reti berenti Ketawa terbahak-bahak sampai nampak gusi NotaKarut: Kepala ada pusing pusing...

Pantun Hari Jumaat.

Pantun Hari Jumaat... Hari Ni Hari Jumaat Jauhkan Diri Dari Mengumpat Jangan Sesekali Berbuat Maksiat Elok Elok La Bawak Bertaubat Pergi Masjid Elok Berjalan Setiap Langkah Dikira Amalan Banyakkan Baca Quran Jangan Jadi Kawan Setan RAWATAN SAKIT LUTUT APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam. Lapar makan kenyang pun makan... Makan sampai tergigit lidah... Selamat malam tukang karut ucapakan... Moga diulit mimpi yang indah... Makan nugget makan burger... Itu semua kolestrol tinggi... Selamat malam para blogger... Semoga ceria di esok pagi... Carik carik pucuk paku... Dipandang orang pucuk meranti... Selamat malam semua sahabatku... Kalian semua terbukti blogger sejati... Tangkap lepas si kambing bebiri... Hajat dihati menjamu tamu... Selamat tidur wahai sang suri... Aku keseorangan di sini merinduimu.... NotaKarut: Semua pembayang pantun pun pasal makan... Guano nak kurus kalau duk fikir pasal makan je ni? FISIOTERAPI FROZEN SHOULDER, RAWATAN SAKIT BAHU RAWATAN FISIOTERAPI SAKIT LEHER

Pantun Seloka Selamat Malam

Pantun Seloka Selamat Malam Jangan sesekali menjadi lalang, Takut takut dibuang orang, Siang penat membanting tulang, Malam waktu melurus pinggang. Sedap sedap si ikan keli, Sedap lagi ikan siakap, Nak berpuisi terasa geli, Hanya ini mampu terucap. Pantun sudah, seloka pun sudah, Lepas ni tak tau apa pulak dah, Sebelum tidur jangan lupa Syahadah, Takut takut esok tak sempat dah.... Pantun Selamat Malam Lucu Pantun Selamat Malam Lawak RAWATAN SAKIT LUTUT. PEMULIHAN TOTAL KNEE REPLACEMENT (TKR)

Pantun Pagi...

Mengeliat lentuk di pagi hari... Taik gusi bersepah di gigi... Irama keroncong perut menari menari... Jom kita bersarapan pagi... Zaman sekarang ramai Gemuk melantun lantun... Itu petanda orang Malaysia terlebih gizi... Cukup sekadar serangkap pantun... Nak tulis banyak kekurangan gizi...

Pantun Sambut Ramadhan...

Tangan si suami jalar meraba Nafas isteri separuh nyawa Bulan Ramadhan dah hampir tiba Puasa yang lalu dah ganti semua? Ikan kerapu ikan si sayur kailan Bila makan tak ingat mama Bila masuk musim bulan Ramadhan Penyakit gastrik mula menjelma Ikan keli masak cili api Dipancing keli di atas titi Setahun ada 365 hari Takkan puasa 30 hari pun dah nak mati? Sakit hati tampal koyok Jangan sampai jadi hati kerenyuk Ada orang puasa yang-yang-yok Pukul 10 pagi dah buka periuk Imam tua zikir meratib Tergeleng kepala terlentuk riuk Waktu berbuka azannya Maghrib Bukannya azan Zohor dah bukak periuk LiciK licik si ikan haruan Gelojoh sampai anak sendiri di makan Pantun ini sekadar gurauan Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.  Ikan kerapu masak tiga rasa Dah kena sekali selalu nak merasa Pantun ini memang kasar bahasa Tukang karut ucapkan selamat berpuasa NotaKarut: tinggal brberapa hari lagi nak berpuasa... Jeng jeng jeng...

Pantun Selamat Berpuasa...

Ikan di sungai jangan dituba Nanti habis diracun semua Bulan Ramadhan dah pun tiba Puasa yang lalu dah ganti semua? Kalau habis ikan sungai dituba Duduklah temenung di tepi beranda Bila bulan Ramadhan dah tiba Penyakit gastrik mulalah melanda Mari berdagang di pantai Morib Berdagang kita menjual periuk Waktu berbuka azannya Maghrib Bukannya azan Zohor dah bukak periuk Ayah dan bonda di kampung keharuan Ingat kek anak apakah makan Pantun ini sekadar gurauan Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan. NotaKarut: Selamat Berpuasa... Ada yang nak menjual pantun? Aku rela dan bersedia membeli... hoho... PESAKIT STROKE BOLEH KEMBALI PULIH SEKIRANYA MEMILIH KAEDAH PEMULIHAN YANG TEPAT

Pantun selamat pagi

Pantun selamat pagi Bangun adik pagi pagi, Biar muka naik seri, Jangan lupa adik gosok gigi, Takut ada mati berdiri. Sinar pagi cantik sekali, Cahaya rezeki melimpah ruah, Perut kosong mintak di isi, Kan elok dimulakan dengan buah. Rambut hitam kilat disisir, Jambul macam burung belatuk, Nasi lemak roti banjir, Malas berkerja mata mengantuk.

Pantun Selamat Malam repost...

Kalau tuan mudik ke hulu, Kirimkan hamba beras segantang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Beras siam berbau wangi, Ditanak secupak penuh sebelanga, Anak mata berseri seri, Senyum gatal sampai ke telinga... Nasi sebelanga dimakan anak, Bapa menjerkah mata terbeliat, Dalam hati nak tambah anak, Ingin mencari pewaris zuriat... Perut penuh menjadi senak, Perut boncit penuh lemak, Punyanya lah lama dodoi si anak, Ikut terlelap pulak si emak... Pandang suri terkulat kulat, Timbul geram di dalam hati Alamat tak jadi nak tambah zuriat, Melepas sudah bantal jadi penganti... Bantal peluk dah naik kusam, Baunya pulak boleh tahan masam, Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam, Baik tidur selamat malam... Nota Karut:Repost