2011/12/31

Siapa Yang Paling Kuat Mengarut...

Hai... Hai... Hai... Lambaian tukang karut...walaupun korang tak nampak, aku nak lambai gak... biar la bangla mesin rumput tu nak tersengih sorang sorang pun...

2011... Akan berakhir dalam beberapa jam je lagi...
Tapi itu bukan isi entry ini...
Entry ini ditulis sebagai penghargaan kepada mereka mereka yang turut sama sama memeriahkan lagi dunia blog ini... Terutama mereka mereka yang meng"happyning" jahanam bahasa melayu dan english aku!!! sama sama mengarut dalam blog tukang karut ni...

Tinggi tingi buah bidara,
Tinggi lagi sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Umbut rumbia enak dimakan
Dibawa orang dari Bagan
Kedatangan tuan dialu alukan
Silalah datang lagi jangan la segan

Bubur durian berbau kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Cari cari daun selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Budi tuan junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Ha... Tak kan nak baca je kot?
Takkan tak nak jawab pantun ni kot? Hoho... Sila la.. Sila la jawab jangan la segan...

10 orang yang kuat mengarut di dalam blog tukang karut ni... Kalau nak tau, ce tengok kat sebelah kanan blog ni... kan ada tersenarai kat situ siapa yang kuat dan siapa yang tak berapa nak kaut...

Dalam aturan terbalik... Yakni bermula yang kurang mengarut ke orang yang paling kuat mengarut... Hohoho... Walaupun nama anda tidak tersenarai dalam list ini, jangan risau, ini bukanlah bermakna anda tak kuat mengarut, mungkin anda baru sahaja terjebak dalam blog ini... Anda juga akan dihargai dalam entry seterusnya...

Aimi Adilah... Budak budak lagi ni... Dah... Jangan nak berangan nak ngorat... Dah ada yang berpunya dah... Sekarang ni tengah sibuk berdating dengan kesayangannya... hoho...

Lea Isnawa a.k.a. Norlia Ghani... Owh... Budak ni kejab betul... Kejab tak berapa nak betul... Dalam entry blog dia sopan je... Tapi bila dia datang blog mengarut ni, dia pun kadang kadang terjebak dengan kekarutan jugak... Haippp!!! Jangan nak macam macam dengan dia ni... Dia ni nak jadi pegawai bomba tau... Forensic... Ala ala CSI gitu...

Satu satunya jantan perkasa yang TERmasuk dalam list orang kuat mengarut... Khaifaiz... Haippp! Jangan nak jeling jeling... Dah ada yang punya... Dah tunang pun... Bro... Jangan tunggu lama lama bro... Nanti barang berkarat susah lak nak asah balik...

Cik Sal Ijou... Seorang yang sangat sayang dengan katak kodok! Ntah apa yang disukakan sangat dengan katak pun tak tau la... Eiii... Geli geleman aku... Seorang blogger yang gigih gak... Hoho... Aku dah pernah jumpa dengan dia oooo... Orangnya cantik... Pandai... Berbudi bahasa... Mulutnya tak reti diam... Dan yang paling penting dia solo molo lagi wei.... Ha... Yang jantan jantan single lagi tu, tak reti2 nak terjah ke? ngorat ke apa ke... Cikgu ni...  Mesti masyuk gaji sebab dah gaji baru tahun depan...

CT Aja... Seorang pustakwan... Haip!!! Jangan pandang rendah ek... Dia bukan sembarangan orang... Seorang Perantau Yang Jauh Di Ibu Kota, Jauh Dari Family Tercinta Yang Berada di KELANTAN, telah merangkul DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM, yang seterusnya melompat ke IJAZAH PENGURUSAN MAKLUMAT & PERPUSTAKAAN di mana sekarang bekerja sebagai PUSTAKAWAN yang anti pada buku, maka sekarang sedang mencari keseronokan dalam BERBLOGGING...

Firdani... Cikgu tadika... Entry pun sopan sopan je... Aku lak yang segan kalau masuk blog dia ni... Nak komen pun kena sopan sopan je... Takut ooo... Mana tau kena rotan lak kan...

MamaEma... Banyak bercerita tentang diri sendiri dan keluarga... Anak dah dua... Tak nak tambah lagi ke? Ke ada petua nak perturunkan kepada pengantin baru suam suam kuku ni nak dapat anak ke?


CTK... Budak yang kuat makan! Mungkin ada orang belaan agaknya... Mungkin aku pun nyaris nyaris dikalahkan beliau! Huh!!! Tercabar aku... Sekarang dah jarang update, sebab tengah sibuk nak exam... Hoho... Viel Gluck la ye... Dah sem akhir dah, lepas ni boleh la cari sorang calon lepas tu kahwin terus, habis cerita...

Ila Honey Bunny... Haiya... Ini budak ha... Manyak cantek oooo... Tapi ha... Lu olang ha, jangan kasi itu mimpi la mau ngorat... Dia punya itu pakwe ha... Manyak caring maling sama dia oooo... Ini budak ha... Sangat rajin BW oooo...  Dalam itu blog pun ha... Sangat sopan... Tapi bila mai blog gua ha... Haiya... Manyak brutal jugak ini minah oooo...

Cik Dill!!! Orang yang paling kuat mengarut... Hoho... Cik Dill... Jangan marah ha... Nanti itu orlando lari pasal tengok muka manyak masam ma.... Ehem... Bila nak tunang ni? Tak kan senyap je kot... En. Orlando, kesian dengan cikgu ni... Jangan tunggu lama lama, nanti lama lama diambil orang!

Walaupun beliau tak tersenarai dalam senarai yang kuat mengarut, tapi aku tau, dia selalu datang dan memberi komen... Mungkin sejak akhir akhir ini, beliau sangat sibuk... Ada yang nak exam... Ada yang nak kahwin...

Zati Embong... Hohoho... Jat... Seorang rakan skandal dalam blog... Hoho... Haipppp! Jangan nak buat muka... Dah nak kahwin dah pun pertengah bulan January ni... Orangnya manis... Hai sayang... Hohohoho...


Plankton... Bakal doktor yang tengah belajar di Mesir... Cantik dan manis orang nya... Jarang mengomen... Tapi aku tau dia hari hari bukak blog aku ni... Tengah sibuk dengan praktikal dan exam... Buat elok elok ek... 

NotaKarut: Nama anda tak ada? Tak pe... Tunggu!!!!!!!!!!

2011/12/30

Satu Persoalan...

Persoalan yang bermain main di benak...

Ombak Rindu... Filem Korea... Cerita bersiri Korea... Aaron Aziz...
Bebenar telah merosakkan minda wanita dengan fantasika romantika khayalan...
Yang hanya dalam filem atau khayalan yang boleh dilakukan...

Satu persoalan... Jujur...
Kamu wahai wanita...
Kamu mahu melihat sifat romantik lelaki yang sejati ataupun lelaki berlakon romantik seperti keinginan romantik khayalan kamu dalam filem?

NotaKarut: Nak kata apa? Jangan mencebik dengan berkata manis kerana aku tau jawapan jujur kamu...

Terbaik... Terbanyak... Ter... Ter... Ter...




NotaKarut: Entry yang mendapat komen yang banyak... Setakat 30.12.2011 - 26.08.2011... penat lak nak cari lagi...

Suratan Yang Tertulis...

Kenapa Tengok Saya Sebegitu Rupa?? Bagi Salah, Tak Bagi Pun Salah... Esok Dah Mula Sekolah... Jiwa Kacau... Topik Semasa Breakfast Pagi Ini... Eh... Kena tekan ke? Naik, Naik Dan Naik... Ada Yang Nak Kena Turun... Susahnya Nak Jadi Engineer... Mana-mana pun boleh...  Gali...Gali... Gali... Dia Buat Hal Lagi... Jom Teka... Heboh... Kecoh... Serabut...

owh... malasnya nak mengimbau kisah lama... ingatkan tadi nak buat review entry entrry yang pernah dikarutkan...

2011/12/28

Rabu Tanpa Kata...

Cerpen bubur kacang hijau + durian...

Arakian selepas mencatit barang apa yang perlu untuk memasak bubur kacang hijau + durian dalam nurkilan sebelum ini di sini... Menyonsong la si laki bini ke kedai buncit yang berdekatan menaiki kancil turbo...

Si suami seperti biasa mempunyai kuasa penuh veto hanya mengarah si bini mengambil itu dan ini...
Barang tu barang ini dengan hanya menunjuk menggunakan muncung bibir... Hoho... Ketua la katakan! Namanya pun dah kerja sebagai penolong pengarah...

Berpulang la semula ke rumah si laki bini selepas mendapat apa yang dihajati untuk memasak bubur kacang hijau + durian yang sangat diminati si laki... 

Maka bertungkus lumus la si bini menyediakan persediaan untuk memasak... Si laki, macam biasa la... Mengangkang depan tv la... Hohohoho... Haippp!!! Jangan nak buat muka mencebik... Ini cerita aku... Ikut suka aku la...

Tiba tiba terdengar suara si bini menjerit dari dapur...

"Abang... panggilan yang lembut dan mesra lagi manja, tapi tak reti nak tulis cam mana, lagi pun takut takut korang muntah hijau kang!
"Abangggg... Daun pandang lupa nak beli..."

Si laki pun menjawab dengan muka selamber badak... badak pun tak selamber seperti beliau...

"Tak pe sayang... Daun kari kan ada dalam peti sejuk tu!"

NotaKarut: Erkkkk... Sendawa buaya darat yang kekenyangan bubur kacang durian di cecah sama itu roti benggali... Yummmyyy...

2011/12/27

Resipi Bubur Kacang Hijau + Durian...

Cik Puan Suri menelefon akaknya bertanyakan resipi bubur kacang durian...
Aku dilantik menjadi tukang mencatit barang barangnya...
Mendengar dengan tekun...

2 cawan kacang hijau
2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2 sudu gula kelapa...


Ha??? Gula kelapa???????
Hohoho...
Aku garu garu dagu...
Lama dah aku berkecimpung dalam arena masak memasak ni....
Ini pertama kali dengar gula kelapa...

NotaKarut: Nak kata apa ek? Si suri ada kat seblah ni... Nak kutuk lebih lebih pun, kang naya je tidur luar...

2011/12/26

Karut Yang Mengarut...

Hai... Hai...
Sambil lambai lambai tangan macam Puteri buluh betung!

Nampak tak bloglist di sebelah kanan blog tukang karut ni...
Aku rasa dah berkurun lama aku tak mengemaskinikannya...
Sempena tahun baru yang bakal menjelang lagi seminggu ni...
Aku rasa aku nak buat bloglist yang baru la...

Siapa yang nak masuk dalam bloglist aku...
Sila angkat jari tengah kaki kiri tinggi sekarang jugak!

Bagi satu sebab yang paling mengarut kenapa blog anda patut dimasukkan dalam bloglist tukang karut ni... Hohoho... Kejam tak?
Apa? Tak ke? Mesti keji sangat kan?
Macam la glemer sangat tukang karut ni kan sampai bloglist pun nak suruh orang terhegeh hegeh ek...
Ah... Lantak la... Ikut suka hati perut aku yang tengah penuh dengan nuget ni la....

Tapi kan... Aku ada satu masalah problem la...
Nak kategorikan macam mana blog korang ni...
Macam mana ek?

NotaKarut: Entry ini ditulis dengan penuh kesopanan dan tinggi tatasusila kerana cik puan seri ada menyelit di sebelah.. Naya je kang kena piat telinga kalau mengarut bukan bukan... Hohohohohohoho Santa Claus... Adoi!!!! Kena piat dah!

2011/12/25

Ok...

Hari ni hari Natal...
Bermakna hari ni hari cuti...
Ok... Itu menggembirakan...

Hari ni hari Ahad...
Ok... Maknanya hari ni hari untuk bermalas malasan...

Yang tak ok nya...
Bila hari cuti tapi keseorangan di rumah...
Aduayi... Si suri terpaksa kerja... 
Adat la kalau dah kerja hospital ni... On call tu dah kira rutin...

Apa nak buat sengsorang...
Masak sengsorang...
Makan sengsorang...

Tapi bersyukur jugak suri kerja physiatherapist...

Kalau bini aku kondukter bas cam ne? Tak ke haru asyik menjerit " dalam lagi bang... dalam lagi bang... Kat dalam kosong bang"...

Tak pun kalau dapat bini nurse... Balik balik menjerit "NEXT" je... Lagi haru biru...
Eh... Ni mengarut apa lak ni... 

Dah la... Makan tomyam ngan telur dadar lagi syiooook la...

NotaKarut: Bosan! Itu tak ok...

2011/12/24

Tabiat Nak Mintak Penampar....

Aku pelik betul dengan orang Malaysia ni...

Makin maju, makin mundur pemikiran pulak aku tengok...


Kalau dah lepas hajat yang besar dan teristimewa tu, sila sila melupuskannya... Tak perlu la tinggalkan untuk orang lain...


Sekian pesanan masyarakat daripada tukang karut!


NotaKarut: Tak jadi nak berak. Taik dah tersedut balik lepas tengok kek kuning... Cait! Aku ingat orang kat Sunway Piramid ni orangnya pandai2 dan bijak... Rupanya... Kucing pun pandai lupus berak sendiri...


Published with Blogger-droid v2.0.1

2011/12/23

Cerita Ceriti Taik Mata Buat Inti

Macam biasa...

Sebelum melangkah masuk ke perkarangan masjid untuk solat Jumaat.

Kasi perkena dulu Nasi Beriani Kambing.


Makan sedap sehingga terjilat siku orang sebelah.

Nasib baik budak sebelah budak ASWARA... Comel pun comel. Bulu mata lentik. Dahi pun licin... Selera makan pun menjadi. Nasib baik pinggan tu keras, kalau tak, selamat la dihadam.


Terdengar seseorang berkata,

"Makan kambing ni, confirm darah naik"


"Apa ubat darah tinggi yang paling senang?"


Semua yang makan kat situ diam menjamah makan masing masing... Aku leka duk belek orang sebelah... Bergetah beb... Eh? Syhhhhh... Diam, tau kat bini aku kang, kena tidur luar lak...


Lelaki tu sambung, ubat darah tinggi yang paling senang adalah masa tidur tu, letak bantal kat kaki, confirm darah akan turun..."


Hampeh!


NotaKarut: nak cari tiang seri nak buat sandar sambil dengar tazkirah sebelum jumaat sambil melayan mata....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Cerita Pagi Jumaat...

Tukang karut berjalan kaki menuju ke bilik termenung... ye la kan, tak kan jalan dengan tangan pulak kan...

Puan EO: Wei... Asal jalan kaki macam terkeluar je... Macam kengkang je...

Tukang Karut: Lutut sakit la EO...

Puan EO: Apsal? Tua dah ke? Aktif sangat la tu malam tadi...

Tukang Karut: Aah Puan...Ramai sangat setan kena bunuh semalam... Kan semalam malam Jumaat... Kena la rajin bercucuk tanam di ladang... Ni pun nasib baik jalan kengkang... Kalau nak diikutkan, terpaksa merangkak ni...

Cait!!! Cakap besar! Padahal sakit lutut terlanggar bucu pintu tadi pasal nak cepat menuju ke bilik termenung...

NotaKarut: Kalau nak muka senyum je pagi pagi, amalkan minum air jus oren... Pasai pa? Pasai kalau sistem perlawasan ok... Teratur... Sekali bom je dah keluar membuak buak... Pasti tersenyum sampai ke petang... Sekarang aku tengah tersengih pasal terlebih minum jus oren dan terlebih teratur!

2011/12/22

Pantai...

Mr. Jepun : wei, Pantai Morib kat mana?

Tukang Karut: Kat pantai la... Tepi laut...

Mr Jepun: Tau la... Tapi kat mana?

Tukang Karut: Dekat Gold Coast Sepang...

Mr. Jepun: Jauh tak ek?

Tukang Karut: Tak jauh la... Dalam sejam lebih je dari KL...

Mr. Jepun: Yes! Jumpa jugak pantai yang dekat dengan KL...

Tukang Karut: Lho... Hang cari pantai yang dekat dengan KL ke? Awat tak habaq awai awai... KL pun ada pantai gak la... Dekat sangat sangat dekat... Jalan kaki pun sampai...

Mr. Jepun: Ye ke? Kat mana?

Tukang Karut: PANTAI DALAM! Tak sampai 5 minit pun dari pejabat!!! sambil buat muka paling tak bersalah...

NotaKarut: Hari hari terakhir sebelum Mr Jepun meninggal... Eh... Meninggalkan bilik 404 menuju ke bilik lain... Aduyai... Lepas ni dah tak ada bahan nak hiburkan hati...

Garu Garu Dagu...

Kepala tak gatal digaru...
Sekali tengok sebijik macam kera berkutu...


Puas di belek kiri kanan depan belakang...
Owh... terasa kesengalannya...

Menatang apa GOOGLE + ni yang sebenarnya?
Siapa boleh bagi aku faham?
nanti aku belanja JUS KULIT DURIAN!

Kalau nak add mnasriq@gmail.com... Sila sila jangan malu malu jangan segan kalau segan, duduk Bagan pergi makan rambutan dah kenyang sila terjun bangunan!

NotaKarut: Hujan pagi di Kuala Lumpur menyebabkan hari ini mandom! Rasa nak makan je ni... Mula mula aku rasa nak makan meja ni... Nampak macam donat je aku tengok meja ni...

2011/12/21

Heaven!!!

Hari ni dalam sejarah...


Bukak mulut bau durian...
Kencing bau durian...
Berak bau durian...
Dan yang paling heaven, KENTUT bau durian DALAM LIF DEPAN 2 ORANG AWEK CUN...

Perghhhhh... Nikmat gila...
Mesti dua orang awek cun tu bersujud syukur...

NotaKarut: Aku rasa itu darah ha, itu sudah mau naik atas sana kepala, dalam kepala ha, itu bintang bintang jugak ada pusing pusing satu kali jugak...

2011/12/20

Saje Dengki...


Tengok tajuk pun dah tau dah kan...
So... Tak payah cerita panjang...
Hohohohohoho Hati girang... Sambil usap usap perut yang membelon dan terasa kekerasannya!

Aku sedikit pelik bila keluar membeli belah barang dapur bersama si suri...
Ye... Aku sangat faham karenahnya sebelum ini...
Sangat la cerewet jika membeli barangan contohnya baju...
Itu tak apa la...
Yang cantik pun dia... Aku tumpang bangga je bila kata tu bini aku...

Tapi aku sangat hairan bila membeli barangan lain pun cerewet juga...
Terutama cerewet warna...
Sampaikan bakul untuk meletak barang itu pun dipilih pink...
Aduyai... Sanggup pulak memilih satu barang tu sampai 10-20 minit semata mata nak nampak COMEL...
Hoho... Tak faham betul aku dengan perempuan ni...

Kalau ikut falsampah kejuruteraan aku senang je...
"meet the purpose!"...

NotaKarut: Orang kata kalau makan durian banyak, badan akan jadi panas... Aku ni berdarah sejuk ke? Adik beradik cicak ke aku ni? Garu garu kepala... eeeiiii geli!!!... Tak kuasa mak nyah! Kenapa aku rasa tak berapa nak panas pun ek padahal aku rasa aku dah melantak lebih 12 bijik durian hari ni... 12 BIJIK... bukan 10 ulas ye!

Rojak... Lawak & Keliru...

Aku dah lupa apa nak tulis tadi... 
Aduyai...

Dekat 1 jam aku merenung screen laptop ni...

NotaKarut: Mungkin sebab terlebih gas karbon dikotilidon monoksida kot! Tengahari tadi sempat membaham di Restoren Tasik Raban Ikan Bakar, lepas tu balun pulak 7 biji durian dekat Grik, Perak... Hoho... Siap bawak balik 3 guni lagi... Baru 35 hinggit je harganya... ERKKKKKK... Sendawa buaya darat kekenyangan...

2011/12/18

Susahnya Bersurikan Physiotherapy...

Komen si suri...

"muscle" peha ada  "hamstring tight" la...

"muscle" di bahu "weak" la... Nak buat cam mana, zaman merempit dulu, kona baring cecah lutut guna satu tayar je... Tu yang gatal cium bahu jalan tu... Akibatnya patah bahu sebelah kiri...

"Muscle" di perut sangat weak... Weak apanya ntah apa pun aku tak tau la... One pack tu... Kau ada ke? Kalau nak diikutkan, tak ada la weak sangat pun... Tak percaya cuba la belanja akju makan, kalau korang tak bergolok bergadai spender, nak bayar tak usah cerita panjang la...

La ni... Pagi pagi kena buat senaman regangan...
Dumbell kena angkat 1000 kali...
Sit up kena buat 20 kali sebelum tidur...

Owh... Aduyai...
Tepuk dahi, geleng geleng kepala sampai terteleng...
Termenung mengenang nasib sendiri...

Huh! Korang tengok la nanti...
Badan aku jadi berkotak kotak macam kotak tv 32inci!

NotaKarut: Semua otot tak betul... Ini lemah la.. Itu boroi la... Itu la... Ini la...Tapi otot yang "tu" tak komen lak... Eh???

Didera...

12.48am...

Malam malam begini didera...

Dipaksa buat sit up oleh suri tersayang...

Aduyai...

Katanya perut dah sangat maju...

Nak tidur pun tak senang... Hoho...

NotaKarut: boroi itu seksi apa... Betul tak? Siapa sokong aku, aku belanja choki choki sekotak... Hoho..

Published with Blogger-droid v2.0.1

2011/12/17

Otak Kuning...

Hai semua... Salam hujung minggu...

Ewah... Macam ramai je yang baca blog tukang karut ni...


Banyak banyak buah, buah apa yang sedap dipandang, tapi tak boleh makan, boleh digunakan...

Teka teki teka tekuk dalam entry yang sebelum ini...


Oit! Ramai pulak yang berotak kuning. Banyak yang mwnjawab buah dada...

Mentang mentang la aku baru kahwin, ingat kemaruk sangat ke? Hoho...

Rasanya nak ketuk je sengsorang kalau ada depan mata...


Dah! Jawapannya...

Jeng jeng jeng...


Buah "mangga" kunci...


Hoho... Larikkkkkkkk!


NotaKarut: ombak rindu tak jadi... Hoho... Selamat aku, kalau tak sia sia je aku tidur dalam panggung... Malam ni nak pi tengok Misi mustahil, protokol hantu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Dammm It!

Baru je buka lappy kesayangan...
Dengan niat nak bukak tenet...

Nak bermanja manja dengan berblogberjalan...
Tetiba ada makhluk duduk menyelit di sisi...
Aduyai...
Potong stim betul la...

Rutin mengarut telah pun berubah...
Takut kena piat telinga dengan puan seri...
Katanya "abang kalau dah tengok laptop, sayang lalu pakai bikini pun tak pandang" (ok... aku tipu ni... jangan percaya)

NotaKarut: Hoho... Teka Teki Teka Tekut lagi... Dalam banyak banyak buah, buah apa yang sedap dipandang tapi tak boleh makan hanya boleh digunakan sahaja...

2011/12/16

Teka Teki Teka Tekuk...

Teka teki teka tekut...
Siapa salah kena ketuk!

Dalam sekumplan babi,
Kenapa anak babi jalan beratur dan jalan tunduk???

NotaKarut: Siapa dapat jawab aku bagi kulit durian... Sekian!

penangan hari jumaat

Lokasi di luar masjid sebelum Solat Jumaat...

Nampak durian, baham durian...
Nampak beriani kambing... Balun dulu...
Dah lepas baham itu semua...

Sekarang ni lepak tepi masjid...
Cari tiang seri...
Dah nampak bintang bintang berpusing pusing atas kepala...

Terasa seperti mahu ku petik satu bintang untuk dijadikan perhiasan...

Ok. Mengarut sudah.

NotaKarut: kepala sudah pusing berpeluh peluh... Aduyai...

Published with Blogger-droid v2.0.1

2011/12/15

HoneyMoon At Bali ~ Pura Tanah Lot...

Hai... Nak update cerita yang dah basi lagi ni...
Akan update cerita BulanMadu Di Bali sampai la korang jadi muak nak tengok baru aku berhenti... Hohoho...








Owh... Kemana sahaja aku pergi, mesti akan diberikan bunga ni... Kalau dekat malaysia bunga ni banyak dekat kubur je!

Owh... macam petanda je...

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.
Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.

Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.

~~Ayat copy and paste dari wikipedia... tak cukup rajin nak menaip!

NotaKarut: Hilang taring nak mengarut la... Aduyai... Cam mana ni...

2011/12/14

HoneyMoon At Bali ~ Pura Taman Ayun...








Lokasi : Taman Ayun Temple, Bali.
Taman Ayun Temple adalah kuil Diraja Empayar Mengwi yang dibina pada abad ke9 dan ia terletak di Mengwi Village, kira-kira 18 Km sebelah utara bandar Denpasar. Ia terletak di atas tanah yang dikelilingi oleh kolam ikan yang besar dan kelihatan seperti terapung di atas air. Ia memiliki bangunan kuil yang indah dengan bumbung bertingkat dan Senibina Bali .

NotaKarut: Hari ni Rabu tanpa kata kan?
~~ Terperangkap di pejabat kerana hujan lebat di Kuala Lumpur! Aduyai... Basah la kuda aku kat bawah tu...

HoneyMoon At Bali ~ Pengantin Adat Bali...

Amaran: Sebelum membaca dan menengok entry ini, anda dinasihatkan supaya tidak memakan sesuatu kerana takut tersembur atau tercekit! Anda juga dinasihatkan supaya menyediakan sebiji baldi berdekatan dengan anda... Mana la tau kot kot termuntah hijau pulak kan kan kan... Kan senang kalau ada baldi dekat!!!

Gagah perkasa tak gambar ni?
Baik korang angguk cepat kalau tak aku sunat korang kali kedua (bagi yang lelaki)... Tak pun aku belanja makan aiskrimsoda bagi perempuan yang angguk kata aku gagah perkasa!
Pak mertua kata pipi aku sangat sentul!
Huh! Sampai hati... Sentul ke?
Aku rasa sangat cabi ada la!
Eh... Sat... Sentul tu apa ye?

Lokasi : Puri Cendana Photo Adat Bali...
Jl. Nangka Gg. Kenari No. 5A Denpasar
Phone: 0361 231435
Kos: 400,000 Rupiah untuk 10 keping gambar bersaiz 4R dan sekeping cd... Kira kira RM140.00... Sangat puas hati kerana solekan dan gambar yang diambil sangat cantik kerana berlatarbelakangkan rumah adat Bali yang sebenar...

NotaKarut: Tiada gambar pengantin perempuan kerana tidak sesuai tontonan umum... Hanya aku sahaja yang ada lesen nak tengok!!! Huh! Sombong tak?

2011/12/13

Saya Budak Baru Belajar...


NotaKarut: tengah belajar nak edit edit gambar... Hoho... Hasilnya... Tak tau la... Dah namanya pun budak baru belajar! kalau suka boleh like 1000x... Hohoho... Habis la, lepas ni boleh la jadi photograper pro...

update: setelah dipiat telinga oleh bini tercinta, beberapa gambar telah di buang... Aduyai...

666...

Hallo... Guten Morgen...
=-)

666... Apa yang ada pada nombor 6...
Kalau diterbalikan 6 jadi la 9... Cantik jugak kalau diterbalikan jadi 999... Jangan gatal jari nak telefon 999... Itu hanya untuk kecemasan... Sekian pesanan ikhlas dari tukang karut...

Kalau 696... Owh... Itu belum pernah ada orang nak buat lagi... Yang biasanya orang buat teknik 69 je... Eh... Aku ni cakap pasal apa ni???

Sebelum aku melalut ke laut, baik kita kembali ke jalan yang benar... Angka 666... Cantik nombor bertuah tu... Nombor bertuah yang menjadi milik Hanih Borhan pemilik blog hanifborhanchanglun.blogspot.com... Terima kasih la sebab turut sama terjerumus dalam kancah alam pengarutan ini...

NotaKarut: Seronok, beronok ronok, multironok bila bos-bos tak ada... Yang paling best, anak buah pun tak ada! Semua kena buat sendiri... Aduyai...

2011/12/12

Pantun Selamat Malam...

Surinya Tukang Karut Cantik Bermekap
Berbaju Tidur Serta Bercelana
Tukang Karut Hanya Nak Ucap
Selamat Malam Dan Tidur Lena...

NotaKarut: Malam ini malam Sumaat... Adei! Kena cubit lagi!!!

HoneyMoon At Bali 1st Day...

Lokasi Menginap: The Khayangan Dreams Villa, Bali ~~Rooms~~ One Bed Suite Private Villa...








Gambar di atas dengan pose paling menggoda!
Agak agak tergoda tak?
Atau terasa nak muntah hijau???????


NotaKarut: Tanpa karangan mengarut! Malas! Aku tau korang bukan baca pun!!!

Rutin...

Hai... Hai Isnin yang melemaukan!

Ok... Cukup satu intro yang malas...

Sejak kaki dan tangan dah kena ikat dan telinga kena piat ni, rutin harian dah mula berubah... Yang paling ketara sekali waktu untuk bersosial di alam maya... Hoho...

Cuba menyesuaikan diri untuk mencuri curi masa untuk mengarut...

Bukan itu sahaja, rutin harian waktu bangun pagi juga cuba disesuaikan...
Iaitu rutin kentut kuat kuat semasa mengeliat sebelum bangun...
Aduyai... Sudah 27 tahun mengamalkan...
Susah sekali mahu menahan kentut supaya berbunyi senyap!

Penyelesaiannya, bangun pagi pagi mengendap ke ruang tangga...
Kat situ boleh mengebom sekuat hati! Hohoho...

Owh... Tetiba terasa kelopak mata ini bikin hal pulak...
Terasa memberat... Layu... dan kuyu...

NotaKarut: Bos besar tarak... Bos sedang sedang jugak tarak... Yang tinggal bos kicik kicik juga ada... Hoho... Tidur time!

2011/12/09

Cerita Lawak... Lawak Ke???

Pada suatu pagi, di perkampungan orang asli di Cameron Highlands yang tenang lagi mendamaikan... Ketika sibuk sang Jurutera menjalankan tugas hakikinya memeriksa keadaan cerun di salah satu lokasi yang runtuh, beliau ternampak akan seorang pemuda orang asli sedang menjual selonggok petai...

Sang jurutera sangat berminat dengan petai pemuda orang asli tersebut kerana buah buahnya besar besar dan panjang panjang belaka... Maka dengan tanpa segan silunya si sang jurutera menghampiri pemuda orang asli tersebut....

Arakian, bertanyalah sang jurutera tersebut...

Jurutera: Abe, seikat bapo be...
Pemuda Orang Asli: Seikat sepuluh ringgit...

Jurutera: Huh! Mahe nya... Ngaloh hargo KL...
Pemuda Orang Asli: Macam itu Encik beli di KL la...

Jurutera: Kalau se, sepuluh riyyal, dua ikat bapo?
Pemuda Orang Asli: ~~(tak menjawab dan garu garu kepala)

Jurutera: Maknanya kalau dua ikat, lima belas ringgit la kan?
Pemuda Orang Asli: Ha'ah... Betul la tu encik... Pandai encik kira kan...

Jurutera: Kamu kira berapa ikat petai ada semuanya... Saya nak beli semuanya...
Pemuda Orang Asli: Encik nak beli semua petai saya?

Jurutera: Ha la... Petai mu come... Bok mai la ke aku...
Pemuda Orang Asli:~~ (Terdiam)

Pemuda Orang Asli: Errr... Maafkan saya encik... Saya tak nak jual petai ini dekat encik...

Jurutera: Bak po lak ni... Hambo nak beli semuo... Mu lagi kayo...
Pemuda Orang Asli: Kalau encik beli semua petai saya... Saya nak berniaga apa pulak lepas ni?

Jurutera: Ha??????????????

NotaKarut: Erkkkk... Sendawa durian... Yummmyyy... ~~~~~Penatnya... Ni yang terasa nak mendapat khidmat physiotherapy je ni... Eh... Korang faham ke cerita ni? Apa??? Tak faham... Apa la korang ni, ni mesti kes pakai cpu pentium3 lagi ni! huh!!!

Penyakit...

Kalau lapar, kena makan...
Kalau tak makan, perut jadi kembung...

Bila dah makan, mata jadi mengantuk...
Kalau mata dah mengantuk, kena tidur...

Bila dah tidur lepas makan, perut jadi buncit dan sihat...
Kalau buncit, kena buat senaman selalu...

Bila nak buat senaman, mula la ada sahaja halangan...
Kalau macam itu, confirm jadi malas...

Entry tanpa hala tuju kerana otak tak berapa nak centre... Sekian...
Ebtry penyakit otak tanpa halu tuju dan manfaat kepada semua...

NotaKarut: Nak ke Lumut, Perak... Sayang isteri tinggal tinggalkan... Aduyai... Motip????

2011/12/08

KANDUNGAN PENTING DALAM SBPA 2012 | PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012

STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

  • 27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
    Gaji Minimum – Maksimum
  • 28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

  • 29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
  • 30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • 30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
  • 30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
  • 30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
  • 31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji

  • 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

  • 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
  • 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
  • 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
  • 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  • 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
  • 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
  • 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
  • 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
  • 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
  • 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

  • 40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

  • 41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
  • 42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
  • 43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
  • 43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
  • 43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
  • 43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

  • 44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
  • 45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
  • 46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

NotaKarut: Baca tenung, merenung, dan termenung... Owh... Tak faham... Yang aku nak tau gaji naik banyak mana????

Makin Comel La...

Hai...

Semalam kan kan kan...
Aku kan lupa bawak kasut kerja...
Jadi seharian pakai selipar jamban je...

Hari ni pulak kan...
Aku lupa hari ni hari Khamis...
Aduyai... bagi pekerja gomen yang berivonasi dan berdisplin aku rasa bersalah kerana tidak memakai baju batik...

Hari ini jugak kan...
Aku kan kan kan...
Aku tertinggal pulak Handphone kesayang aku dekat rumah!
Aduyai... Penting tu... Dah la selalu menteri call aku ajak main golf!
Mesti dia akan marah aku kalau aku tak jawab call dia... Aduyai...

Mesti korang nak cakap... Aku ni makin comel kan kan kan...
Baik cakap sebelum aku sula bontot sengsorang!

NotaKarut: Aduyai... Cam mana ni... Biasanya aku berurusan menggunakan handphone... Jarang guna telefon pejabat ni... Makin teruk pulak penyakit pelupa aku ni... Ni mesti terlebih mensia siakan nutrisi baik ni...

2011/12/07

Ahli Mesyuarat Tingkap Kena Tarik Telinga...

Akibat dan kesan entry yang sebelum ini...
Ada orang yang terasa macam nak baling kelapa...

Ada jugak yang terasa tak tentu arah...
Dan ada jugak yang nak!!! Aduyai... Yang sebenarnya aku tak beli pun menatang tu... Hoho... Nak buat apa... Sendiri punya pun ada... Eh... Sedikit kelucahan di situ...

Akibat entry itu, telinga terasa sebal... Kena tarik...
Aduyai... Lepas ni betul2 kena buat entry yang sopan la...

NotaKarut: Melihat gambar2 di Bali... Owh... Cantiknya... Tapi kalau aku update cerita berbulan madu ni berjela jela rasanya korang baca tak?

P/S: Setakat ini ada seorang sahaja yang mampu mengarut dalam contest paling mengarut... Sila terjah beliau sekarang jugak jika tidak kamu kamu dan kamu akan terkena sumpahan kodok hensome!

Canggung Dan Lemau...

Hai...
Sambil melambai lambaikan tangan laksana putera kayangan yang baru lepas kentut dan tak basuh... Dah... Tak payah nak mencebik!

Hari ni hari rabu... So... bermakna aku dah mula berkerja semula...
Sibuk? Ermmm... Tak ada la sangat... buat buat sibuk je lebih... Sampai2 je dah kena mengadap ke bawah duli bos... Al maklum la... Bos rindu kot! Huh! Breakfast pun tak sempat... Nasib baik sempat makan pau dan karipap pagi tadi... Eh... Abaikan...

Hari ni hari rabu... Bermakna hari pertama aku berkerja sebagai suami orang... Dan hari ni aku terpaksa tersenyum je... Jumpa orang ni, duk pegang kepala lutut aku... nak tengok longgar ke tak... Duduk dalam mesyuarat, kalau menguap je, mula la kena jadi bahan! Cait!!! Hari ni duk jadi bahan je... Tapi tak pe... Aku senyum je... Ikhlaskan hati... Hoho... lantak la nak kata apa pun...

Hari ni aku canggung dan lemau...
Nak buat kerja pun rasa macam baru masuk kerja... Hoho... Tu la kan... Cuti lama sangat...

Ada orang bertanya apakah hadiahnya ole ole dari bali itu...

Aduyai... Aku garu garu dagu...
Agak agak kalau aku bagi ole ole gambar bawah ni okke tak ek???????

Ok... Aku tau korang nak baling aku dengan buah kelapa kan...
Jab... Biar aku lari jauh jauh dulu yea!

NotaKarut: Ada orang kata penulisan di blog tukang karut ini semakin hari semakin melucah... Betul ke???? Cuba habaq mai tang mana kelucahan melampau itu...

2011/12/06

Contest Paling Mengarut!... Ole Ole Bali...

Ehemmm! Hai...
Amboi... Korang ni... Nampak je ada ole ole dari Bali je nak kan...
Benda free cepat je nak kan... Nak macam tu je pulak tu...
Oit... Kentut pun kena bayar sekarang tau...

Ok... Sebelum itu...
Aku bagitau hadiahnya dibeli dari Bali... (Apa bendanya? Ntah... Aku pun belum tahu lagi... Mungkin kopi luwak... (kopi luwak??? Tak tau? sila bertanya kepada encik google ye!) mungkin jugak hadiahnya... Keychain je... Hummmpppp... Ntah la... Banyak sangat ole olenya... Nanti la aku suruh bini aku pilih ole ole untuk dijadikan hadiah!)

Contestnya... Humpppppp...
Part ni yang buat aku termenung ni...
Apa yang aku nak buat ni yea...

Ok... Buat satu entry paling mengarut yang boleh buat aku tersenyum mengenai blog tukang karut! Simple dan sangat mudah kan? Kira macam review blog la... Tak pun pantun ke... Puisi ke... Dondang sayang ke... Dikir barat ke... Ah!!! Lantak korang la nak buat macam mana pun... Jangan lupa bagi link dekat komen ye...

Peraturannya: Tak ada!!! Aku tak suka peraturan... Ikut suka korang la...

Masa: Ntah... Bila aku rasa aku free, aku nak pilih pemenang, masa tu la contest ini akan ditutup!

Cara pemilihan pemenang: Mengikut kelebaran sengihan aku bila membaca entry itu... Hoho... Untuk pengetahuan umum, aku ni bermuka masam mencuka!

NotaKarut: Sebenarnya, aku tulis entry ni 6 jam... Mengadap screen sekejab, lepas tu blur... Pi tidur lama... Lepas tu mengadap lagi... Blur jugak... Ntah berapa kali diulang... Mungkin sebab dah kekurangan nutrisi... Banyak sangat kerja keras... Itu yang nutrisi banyak dihabiskan... Ok... Itu sahaja... Rasanya tak membebankan sangatkan contest paling mengarut ini... Hoho... Selamat mencuba dan VIEL GLUCK!!!

2011/12/05

Perasaan...

Sejak bergelar suami dan balik dari berbulan madu di bali ni aku perasan satu benda la...

Rasanya tak macam dulu...
Walaupun dulu rasa gak macam ni...
Tapi tak la ketara sangat...

Lepas 2minggu lebih kahwin ni aku terasa sangat sangat...

Terasa sangat sangat pipi makin menggebu!
Perut terasa makin maju ke hadapan...
Aduyai... Owh... Apakah ini tanda kebahagiaan dan kemakmuran?

NotaKarut: Macam ni tiap tiap malam kena bersenam la... Mari kita ke ladang untuk bercucuk tanam! Horeyyyyy...

Ole Ole Bali...

Hai...

Hari tu aku ada TERbeli ole ole dari bali...
Aku ingat nak bagi pembaca BERTUAH blog tukang karut ni...
Tapi macam mana nak dikira bertuahnya itu ye?

Aduyai...
Kepala pusing sungguh la...

Pada pendapatan korang yang tinggi itu, nak buat macam mana ye?
Kalau nak buat giveway yang macam mana? Atau kuiz? Teka teki? Atau peraduan yang macam pernah aku buat dahulu? Apa!!! Tak pernah masuk? Ermmmm... Pi la tengok entry entry aku yang lama tu... Aku pasti pembaca yang dah lama membaca blog tukang karut ni tau dan faham peraduan karut itu!

NotaKarut: Sakit pinggang la! Aduyai...

Selepas Menjadi Jutawan Menjadi Cendawan Pula...

Hai... Ada orang lalu lalang lagi ke kat sini...
Halllllooooooo!!! Ada orang tak?

Ehemmmm!!!

Nak mengarut apa pun dah tak reti dah sekarang ni...
Huhu... Idea nak mengarut tu tak berapa nak ada pasal jari jari telah diikat supaya bersopan santun dalam penulisan... Aduyai! Tak siyokkkkk langsung...

Ok... Berbalik kepada tajuk...

Jutawan... Ye... Aku dah menjadi jutawan...

Jutawan selama 4 hari! 4 Hari sahaja... Terima kasih di atas ucapan tahniah kerana telah menjadi jutawan... Tapi tak best pun bergelar jutawan ni sebenarnya... Ye la... Jutawan Rupiah! Nak buat apa pun... Beli barang pun main puluh dan ratus ribu!!! Apakejadahnya... Poning palo den ni ha nak ngiro duit ratus ratus ribu... Paling gampang bagi kepada pedagang itu sekelepuk uang rupiah... biarin dia yang hitung... ~~ Ayat bajet orang Indonesia!

Lepas jadi jutawan rupiah... Balik ke dunia realiti... Kembali ke dunia cendawan... Menghitung duit dalam bank... Dalam poket... Dalam dompet... Lepas tu tepuk dahi... Aduyaiiiii!!!

NotaKarut: Masih lagi mood bercuti... Hoho... Lusa baru aku mula kerja balik... Aduyai... Ini pun satu hal gak ni... Mesti berlambak lambak kertas berlogo di atas meja aku tu yang semuanya memerlukan perhatian segera... Ah... Lantak la...

2011/12/02

Romantika...

Bersarapan romantika di villa.
Yang disedia dan dihidang dalam villa...
Terasa macam Raja (rajakapoor) lak rasanya.
Segala benda dihidangkan...

Bersarap putra putri Malaya...

Erkkkkkkkk.....

Sekali terkeluar pulak sendawa badak depan bini...
Owh... Terasa sangat romantiknya!

NotaKarut: hari ni tour ke Tanah Lot, Bali. Hoho...
Published with Blogger-droid v1.7.4

2011/12/01

Matang...

'Ibu... Maaf mengganggu ketenangan bu."

"Ibu mau dagingnya separa mateng atau mateng?"

Ha? Aku mengangga... Aku tengok bini aku lagi melopong...

Ha? Apa?


NotaKarut: sedang menunggu dihidangkan makan malam berlilin di tepi kolam renang privasi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2011/11/30

Fantasia Bulan Madu...

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

NotaKarut: Babaiiiiii KL... Welcome to Bali... Honeymoon!!!... (1-4Dec) Hohoho... Pak mertua aku kata, nanti dah sampai sana pi cari tempat yang banyak batu... Kat situ ada tempat orang omputih bertelanjang bulat... Hohoho... Kena bawak spek mata hitam ni... Mata dah banyak masuk habuk!

~~Adei... Kantoi ngan bini lak... Adeiiiiii!!! Entry ini terpaksa diberhentian di sini.... Kena tarik telinga la lepas ni... Kalau tak sibuk bercucuk tanam nanti aku update cerita Bali ye...