Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Pukul Kang Ha...

1.30... Tengok jam... 2.00 tengok jam... 3.00 Tengok jam lagi... Haihhhh... 4.04pm... What? Baru pukul 4... Apsal lama sangat rasanya hari ni???

Salam ramadhan...

Assalamualaikum... Salam ramadhan saudara islam ku... Semoga ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun lepas dan bulan bulan lainnya... NotaKarut: Terkejut bila bukak nuffnang pagi ni...

Tanda Tanda Puasa Dah Dekat...

Kurma berlambak lambak dijual tak kira tempat. Pi la mana pun... berlambak lambak jual... Nak yang macam mana... Yang ada biji... Yang tak ada... Yang yusoppp tayupppp (sila baca dengan nada bisikan!) Keluarnya Iklan promosi raya dah keluar dah... Perabut nak raya... Air Kelas kau Jah Nak raya... Kasut nak raya... baju raya... Jalan raya... Lebuh raya... Pasar raya... Bunga raya... Pinjaman raya!!! Yang ni aku tak berapa nak faham... Apa kakitan??? (walaupun sebenarnya puasa belum pun lagi!!!) Bertambahnya sakit sakit yang hanya datang pada bulan puasa sahaja... Ala... Macam la tak biasa... Setakat alasan gastrik tu dah biasa sangat orang buat dah... Buat la taktik sakit lain pulak... Tertelan besi berani ke... Datang bulan penuh ke bulan sabit ke... Terpotong kemaluan ke... Eh? Wujudnya rancangan masak memasak yang menjadi jadi bila nak puasa... Chefnya pun ntah sapa sapa ntah... yang ada qualification tu ok la, ni pelakon yang dah suam suam kuku jadi chefnya... Pegang pisau pun n

Melayu? Baca ni!!!

Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu! Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu. Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini? Ketig

Hanya Untuk Peringatan...

Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara Mulut Terkunci Tanpa Suara Bila Tiba Saat Berganti Dunia Alam Yang Sangat Jauh Berbeda Siapkah Kita Menjawab Semua Pertanyaan Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah Jatuh Hati Pun Tak Berdaya Hanya Menangis Tanpa Suara Ooo... Mati tak bisa untuk kau hindari Tak mungkin bisa engkau lari Ajalmu pasti menghampiri Ooo...  Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti Ke Mana Kita Bisa Lari Kita Pastikan Mengalami Mati

Mitos Malam Jumaat...

Orang tua tua kata... Malam Jumaat ni banyak hantu dan syaitan berkeliaran... Nak nak lagi malam Jumaat keliwon... Dimomokkan sejak dari kecil sampai dah besar pun takut... Bila dah besar (matang ye... Bukan besar tang perut atau seumpamanya...) dan berbini... Baru aku faham mitos ni... Rupanya... Memang benar... Memang benar banyak hantu dan syaitan berkeliaran... Itu sebab mak ayah kita suruh kita masuk tidur awal... Supaya mereka boleh bunuh hantu dan syaitan tu... Dan pesan orang orang tua lagi, kalau dengar macam macam yang pelik, jangan tegur... Bunyi orang menangis ke... mengerang ke... Mendengus ke... Jangan tegur... Nanti keteguran... NotaKarut: Selamat malam Jumaat semua kepada pasangan suami isteri yang sedang berusaha membunuh syaitan syaitan malam ini...

Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk) V2...

Lanjutan daripada kisah  Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk) AlKisah 3 #  Musang Berjanggut: Yang... Abang kat kedai makan ni... Ada nak pesan apa-apa? Suri: Tak mau la bang, nak diet... Ni kata dalam hati ni ek... "Ermmmm... Kalau dulu dah merajuk pasal tak beli apa apa... Ni kalau tak beli apa apa lagi ni kang, ada yang muncung sampai boleh buat sangkut hanger baju ni kang... " Selepas setengah jam, dengan penuh kiri kanan tangan bungkusan makanan... Masuk ke rumah dan suri melihat... Dan tarik muka mucung... Musang Berjanggut: Apsal muncung lagi lak ni... Suri: Orang kata tak mau apa-apa... Nak diet... Tak faham ke... Musang Berjanggut: Ayakkkk!!!

Faktor Kegagalan Diet.

Suri: Abang Musang... Nak makan apa ek malam ni? Musang Berjanggut: Kita makan kat luar je la... Kat Secret recipe... Suri: Ok... Abang nak makan apa? Spageti? Mee kari?  Musang Berjanggut: Ermmm... Abang nak diet la... Abang ni macam dah masuk pertandingan memabawak belon dalam baju lak ni... Suri: Ok ok... Cam tu abang makan salad je la... Musang Berjanggut: Salad je? Suri: Yea la... Kata nak diet! Musang Berjanggut: Errr... Abang rasa... Abang rasa nak makan kek tiramisu ngan indulgence cake la... Suri: Abang... Abang... Itu bukan diet... Itu DIE EAT!!!!

Testing Testing Testing....

Cobaaaannnn... Cobaaannnnnnnnnnnnnn.... Satu Dua Tiga... Muka blog baru... Ada komen? Semangat menulis masih yang lama... (Macam dah pudar...)

Berterabur...

Seperti yang sedia maklum... Blog ini baru sahaja pulih selepas dihack hacker yang tak bertanggjawab... Lepas ni sesiapa yang kena hack, mai la jumpa aku... Aku tau dah nak buat cam mana... Kepada hacker2 semua... Henti la buat benda pandai ni...( aku kata pandai sebab tak semua orang tahu cara nak hack)... Gunakanlah kepandaian anda itu untuk menjana pendapatan... La ni banyak jabatan kerajaan buat Security Posture Assessment (SPA)... Setting blog ni berterabur... Sebab nak buang apa yang diinject tu... Nanti la kalau aku rajin aku baiki balik... Ke ada yang rajin nak tolong makeupkan blog aku ni??? NotaKarut; baru sampai dari kuala terengganu... Penat...

Kena Hack...

Ah sudah... Blog cikai macam blog aku ni pun kena hack gak ke? Aduyai... Tolong la...  Tolong la jangan inject mallware....

Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk)

AlKisah 1 #  Musang Berjanggut: Yang... Abang kat kedai makan ni... Ada nak pesan apa-apa? Suri: Tak mau la bang, nak diet... Selepas setengah jam, Musang Berjanggut balik umah, goyang kaki dan tangan tak beli apa-apa... Masuk je rumah, tengok suri tarik muka muncong panjang sedepa mengalahkan buaya jenjulung lak... Musang Berjanggut: Apsal muncung lak ni... Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii.... Suri: Memang la orang kata tak mau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr.... Musang Berjanggut: Ayakkkk!!! Alkisah 2# Musang Berjanggut: Abang nak pi pasar tani Shah Alam ni... Nak beli barang masak... Nak beli apa? Suri:  Beli la kepala ikan merah, ikan parang, ikan tenggiri, bawal jangan lupa... Ikan kembong sekali... Ayam sekor... Sayur campur campur la bang... Selepas sejam... Musang Berjanggut: Nah... Abang beli macam macam ni... pi la masak... Suri: Ok... Selepas sejam.... Krik krik krikkkkk... Su

Isnin, Kenapa Murung?

1.Kajian saintis dan pekerja veterina yang menjaga panda Malaysia, kebanyakan pekerja akan bermuka masam sebaik sahaja mereka sampai ke pejabat dan hanya akan senyum bermula pada pukul 10.35 pagi Isnin secara puratanya... 2.Kajian yang dilakukan juga mendapati untuk mengatasi sindrom monday blues yang melampau ini, kebanyakan pekerja tidak terus melakukan kerja sebaik masuk ke pejabat sebaliknya mereka akan mengemaskini status di FB menunjukkan betapa malasnya mereka bekerja pada hari Isnin... 3. 30 Minit adalah masa yang diperlukan pekerja untuk mengeluh dan meluahkan rasa bencinya pada hari Isnin... Tapi Encik Isnin bin Selamat tidak bersalah di dalam hal ini... 4. Kajian akedemik dan hasil audit Jabatan Perangkaan dan Penerangan Malaysia mendapati mereka yang mengalami monday blues paling teruk adalah mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun... 5. Hanya kira-kira 3 jam 30 minit sahaja tumpuan sepenuhnya terhadap kerja menunjukkan Hari Isnin adalah hari yang paling t