2009/12/31

31.12.2009

31.12.2009... Hari terakhir tahun 2009...
Apa yang ada pada tarikh ni???

oooooo... Maksudnya ini hari terakhir aku berumur 25 tahun... Esok secara tak rasminya berumur 26 tahun...

26 tahun... Apa yang aku harapkan pada umur 26 tahun???
Esoklah (01.01.2010) aku fikir... aku nak nikmati lagi umur 25 tahun ni...

2009... Apa yang ada pada tahun ini???
Suka??? Duka??? Gembira??? Nestapa??? Manis??? Pahit??? Masam???
Aku rasa semua orang akan rasa semua jenis perasaan... Yang beza nya tahap kesukaan atau kesedihan saja... Aku pun sama jea...

Kalau nak diceritakan semuanya... Mau sampai esok pun aku rasa, tak sempat habis nak menaipnya...

Tepat jam 12.00 tengah malam ni, aku nak tutup buku 2009... Malas lagi nak fikir perkara yang dah terlepas, yang dah berlaku... Cuma ada beberapa perkara dan kejadian yang akan diambil untuk dijadikan sempadan dan pedoman... Mana la tau ada lagi kena tahun 2010...

Azam yang tak tercapai akan aku bawak tahun depan... Huhu... Azam erkkkkk... Azam mengurangkan 5kg dari berat aku sekarang!!! Susah betul aku nak kurangkan hatta 1kg pun... Pipi ni pun makin mencanak-canak kegebuannya... macam dipam-pam dan diletak ibu roti lak...

Bercuti @ Berkerja???

Huummmmmmmmm... Penat la badan ni...
Terasa macam nak bercuti jea... Tapi dekat mana erkk???
ermmmmmmm... Mana nak cekau duit nak bercuti...

Bukit Fraser... Ha... Bukit Fraser... Laluan FT 055... Yang tu termasuk dalam kawasan kajian keselamatan cerun... Tak payah nak keluar duit poket...

Boleh la ni... Berkerja sambil bercuti... Eh!!! Bercuti sambil berkerja... Merehat-rehatkan badan dan otak yang penat berkerja sepanjang tahun 2009 ni... kononlah kerja kuat...





Sejuk!!! Tu saja perkataan pertama yang terpacul di mulut ni sebaik sahaja aku menjejak kaki ke tanah... "Sebijik macam dekat London masa musim panas" kata Geologist yang ikut aku... Musim panas macam ni??? Patut la depa boleh main bola tengahari... kalau cam ni gayanya musim panas nya...



Aku suka betul tengok design bangunan yang ada dekat Bukit Fraser ni... Gaya ala-ala Eropah...










Tempat yang tepat!!! Tak sia-sia aku pilih tempat ni... huhu... Aman damai... Udara yang nyaman... SEJUK!!! Itu dah pasti la...




Alamak!!! Kerja erk... Dah siap dah... Macam mana aku buat jangan nak pertikai... Kerja biar smart... Otak biar ligat... Ni time aku nak rehat-rahatkan badan...


Banyak lagi tempat yang nak pergi... Ni hutan pun tak masuk lagi... Xberkesempatan...

Makanan Popular Di Sarawak, Orang Semenanjung Patut Cuba.


Mesyuarat pagi depan hotel... Dalam kepala masing-masing duk pikiaq mana nak pergi pas wat kerja survey... Kerja ker??? Main-main punya kerja atau kerja main-main... Kerja yang paling susah nak buat... Paling susah nak buat... Bercuti sambil berkerja... Huhuhu. Kerja 3 jam, merayap 5 jam... Susah kan???



Nasi Ayam Penyek...
Antara yang popular kat sibu ni...
Pasal apa di panggil ayam penyek??? Aku pun tak tau la... Mungkin ayam yang kene gelek atau kene langgar dengan kereta kot!!! Ada juga minuman yang bernama ULAR... Tapi hangpa jangan takut, nama jea gempak, padahal minuman herba jea...
Lagi satu yang popular kat Bumi Kenyalang ni Bidin... Kalau kat Semenanjung, Bidin ni adik ipar pucuk paku... Sama tapi tak serupa... Rasa pun lain...
Ayam Penyek Muara Miri

Pernah tengok dekat Semenanjung kedai ayam jual ayam macam ni???
huhu... Senang tu... Bayar jea pastu terus angkat ayam tu...


Makanan Popular Di Sarawak, Orang Semenanjung Patut Cuba.

2009/12/24

Tasik Kenyir...

Kalau pergi Terengganu kalau tak singgah Tasik Kenyir rasa macam minum kopi tak bergula jea... Betul ker???
Kalau untuk kaki pancing... Mungkin frasa di atas ada betulnya...
Aku??? Aku bukan kaki pancing... Mancing ikan bibir merah bolehlah...

Mula-mula dengar JKR Terengganu nak bawak singgah kat Tasik ni pun aku dah jadi malas... Ape bezanya dengan tasik-tasik yang lain??? Macam tak ada beza pun....

Dah sampai kat tasik tu barulah aku tahu kenapa beria-ia sangat diorang nak bawak aku ke sini... Tempat yang nyaman bak kata orang Sarawak yang bermaksud aman... Cantik??? Bagi aku biasa jea...
Tapi yang bestnye, aku dapat makan ikan yang fresh... Baru naik dari tasik...









2009/12/16

Bulan yang memenatkan!!!

Macam-macam perkara yang berlaku dalam waktu akhir tahun ni...
Badan pun macam dah menjerit-jerit tak larat dah...
Penat sangat-sangat!!!

Tersepit!!!
Antara 2 sahabat... Kejadian yang tak dirancang langsung, niat nak bergembira bersama-sama sahabat yang menjadi raja sehari... Tapi malang pulak yang berlaku, yang menjahanamkan bahagian depan kereta MYVI yang baru berusia 42 hari benar-benar menguji apa itu erti persahabatan, ikatan kekeluargaan dan daya tahan aku... Niat untuk bertandang ke rumah kedua sahabat pengantin pudar sedikit... Nasi yang ditelan pun terasa pasir!!!

Aku ingat aku dah matang untuk menghadapi perkara-perkara begini... Rupanya aku pun lebih kurang sama macam budak yang baru habis PMR!!!
Zero!!!

Kerja yang makin bertambah-tambah, satu Malaysia kena jelajah, report-report keselamatan yang dipohon, laporan pakej rangsangan ekonomi, laporan kewangan, karenah-karenah bos, benar-benar menguji aku...

Sidang parlimen yang aku sendiri tak termimpi nak jejak ke sana, aku dah sampai... Bukan pergi kosong, tapi tugas untuk menjawab bagi pihak Menteri yang berat... Baru la aku faham selama ini dekat sidang Dewan Rakyat tu, Menteri hanya membaca apa sahaja yang disediakan oleh senior officer...

Bos??? Ntah mana menghilang... Aku la yang menjawab waktu tu... Cawangan JKR lain hantar sekurang-kurangnya senior officer... Cawangan aku.... Erm...Balaci ni yang yang menyerah leher nak disembelih... Kalau senior officer Boleh la diorang menjawab... Aku??? Tibai jea... Menteri pun main baca jea... X ubah macam aku masa kat universiti dulu... Presentation yang membaca dari teks!!!

Kadang-kadang kita tak gembira kalau mendengar berita gembira orang lain kan???
Kenapa ek???
Sejarah kan tinggal sejarah???

Sepatutnya aku gembira bila mendengar 2 berita gembira dari dua orang sahabat... Tapi kenapa aku rasa macam tak berapa nak gembira ni ek...

Akhir tahun ni memang yang paling panjang yang pernah aku rasa!!!
Bulan yang sangat-sangat mencabar...
Tersepit antara banyak perkara...
Masa, Sahabat, Duit, Outstation, Keluarga, Kehidupan Sosial, Perasaan Sendiri, Perasaan Orang Lain, Kerja...Bla..Bla..Bla...

2009/11/19

HUJAN PUNYA PASAL...



NI LA PENANGAN HUJAN!!!
ADOI...PENING KEPALA...
MANA YANG NAK BUAT SITE INVESTIGATION DULU PUN TAK TAU LA...

ADA 13 SURAT ADUAN... BERMAKNA 13 TEMPAT KENA PERGI... BEMAKSUD 13 REPORT KENA BUAT...
ADOI...

TU LA...AWAL TAHUN DULU MINTAK SANGAT TANAH RUNTUH SEBAB TAK ADA KERJA...
HA....SEKARANG AMBIK KAU!!!

2009/11/17

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Antara artikel lepas (Jun 2008) yang menyebabkan Dr. Asri tidak disenangi oleh sesetengah pihak agama dan politik)


“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

2009/11/16

AZAM AKHIR TAHUN



BOLEH KER AKU KURANG 10KG NI???
BOLEH KER LEMAK BERKURANGAN SEBANYAK 1.6%???

ADOI... INI BOLEH JADI AZAM PENGHUJUNG TAHUN NI KOT...

SAY NO TO FASTFOOD...
KATAKAN TIDAK KEPADA MAKANAN BERLEMAK...
SAY NO TO MAGGI...
KATAKAN TIDAK KEPADA PENGGAMBILAN NASI YANG BERLEBIHAN...

ADOI... RAYA HAJI DAH DEKAT DAH...
CONFIRM BANYAK DAPAT TULANG LEMBU KORBAN...
CONFIRM MAK AKU MASAK SUP TULANG...
CONFIRM PUNYALAH...
DAN CONFIRM GAK AKU KENA MAKAN...

SAY NO???
MAU KECIK HATI ORANG TUA TU...
TERPAKSA LA SAY YES...YES...YES...
HUHUHU

2009/11/12

KADANG-KADANG

ADA MASANYA KADANG-KADANG HATI KITA SUKA SANGAT KAT SESUATU...
ADA KETIKANYA KADANG-KADANG HATI KITA MEMBENCI SESUATU...
ADA MASANYA KADANG-KADANG KITA SUKA BERKERJA...
ADA KETIKANYA KADANG-KADANG KITA MALAS BERKERJA...

KADANG-KADANG KALAU DATANG RAJIN... HABIS SEMUA KITA NAK BUAT...
KADANG-KADANG KALAU DATANG MALAS... SATU KERJA PUN TAK MENJADI...
KADANG-KADANG KALAU DATANG GILA MEROYAN... HABIS SEMUA KENA BAMBU...
KADANG-KADANG KALAU DATANG BAIK HATI... HABIS SEMUA KENA JAMU...

BILA HARI DATANG HARI ISNIN, SEDAR-SEDAR KITA DAH BERJUMPA DENGAN HARI JUMAAT DAH...
BILA TIBA SABTU, KITA TAK SEDAR DAH PUN HARI ISNIN...
SEDAR-SEDAR KITA DAH DI PENGHUJUNG TAHUN DAH...
CEPATNYA MASA BERLALU...

ADAKAH KITA MENIKMATI HIDUP????

2009/11/11

DURIAN HUTAN


MASA AKU KAT SARAWAK...
AKU JUMPA DURIAN...

DURIAN???

DURIAN JEA????

NI BUKAN DURIAN BIASA LA...
TAPI DURIAN HUTAN...

XPELIK PUN...
CUMA NI LA 1ST TIME AKU JUMPA DURIAN HUTAN...
RASA DIA BERLEMAK CKIT...
PENJUAL TU BAGITAU BUAH NI TUMBUH KAT PANGKAL POKOK...
XMACAM DURIAN YANG BIASA TUMBUH KAT DAHAN...

SIZE DIA LAGI KECIK DARI BUAH LIMAU BALI...
DURI PUN X BERAPA NAK TAJAM...




NI LAGI BUAH YANG AKU TAK JUMPA KAT SEMENANJUNG...
NAMA???
AKU PUN TAK TAU...
RASA MACAM BUAH DURIAN BELANDA...
RUPA LUAR MACAM BUAH NONI...




ADA SATU LAGI BUAH YANG AKU PUN TAK INGAT NAMANYA...
TAPI BUAH NI LECEH CKIT NAK MAKAN...
SEBELUM MAKAN BUAH NI KENE REBUS DULU UNTUK BUANG GETAH...



KAWASAN SEKITAR PASAR DI SIBU...

2009/10/22

Musim Orang Mengawan

Minggu ni dah mula dapat kad-kad undangan perkahwinan...
Lagi banyak akan dapat menjelang cuti sekolah bulan depan...

Ramai kengkawan yang sebaya dah mula nak settle down dah...
Yang nak bertunang pun ramai dah...
Semua tunggu masa jea...
Yang single pun dah mula jeling2 mencari jodoh...

Aku???
Huhu...Tunggu cukup duit dulu...
Senang... Terus masuk meminang pastu kahwin terus...

Calon???
Calon akan datang kemudian...

Tempat nak berbulan madu???
Kundasang, Sabah....
@ Pulau perhentian...

Tarikh kahwin???
tunggu calon dah bersedia...

2009/10/20

Bobo.... Oh... Bobo

Bobo... Oh.... Bobo.....
Mana la menatang ni pergi ni...
Tadi bising2 nak makan...(Aku lupa makanan dia dah habis)
Ni aku dah beli makanan, hilang lak dia...

Bobo... Oh... Bobo...
Mana la kau nyorok ni Bobo...
Habis semua tempat persembunyian yang aku tau dia suka nyorok aku geledah....
Tapi xjumpa jugak...

Tergerak hati nak tengok tepi jalan depan rumah...
Ya Allah!!!

Leher dah berdarah...
Tak tau kenapa...
Nak kata kene langgar tak ader plak kesan kena langgar...
Kesan kena gigit anjing pun yea gak...
Leher dah berdarah...Perut pun berdarah...

Kesian la aku tengok...
Baru 2 Minggu kau duduk kat rumah aku ni...
Kecik sangat lagi... Baru sebulan kot umur kau... dah terseksa cam ni...


***Bobo- seekor kucing yang baru berusia sebulan lebih....

2009/09/28

Pertanyaan yang popular semasa hari raya

Masa hari raya tentu ramai saudara mara atau rakan taulan yang akan datang bertandang atau kita sendiri yang akan mengunjungi ke rumah mereka...

Tentu sekali masa tu, saudara mara atau rakan akan berbual dengan penuh kemesraan.... Dan akan timbullah macam-macam soalan...

5 soalan yang popular masa hari raya mengikut ranking dengan jawapan standard aku sekali....

5. Mak Tam: “Bila kau nak beli kereta Ngah??? Dah naik haus tayar motor kau tu dah......”

Jawapan standard aku: Tunggu la hutang motor abis dulu Mak Tam....

4. “Kau duduk kat mana sekarang Ngah???”

Aku jawab:” Kat KL Mak Long....”

Mak Long: “ooooooo.... Orang KL dah sekarang...”

3. Mak Lang:” Kau kerja apa sekarang Ngah???”

Jawab dengan tak ikhlas: “Kerja ngan JKR, Mak Lang...”

Mak Lang: “Yea la, kerja apa tu???”

Kena gak la aku jawab: “Tukang bancuh air jea Mak Lang...”

Mak Lang: oooooo... “Patut la kau pakai motor kapcai jea lagi...”

(kalau cakap pun bukannya tau pun, yang diorang tau kalau kerja ngan JKR ni kerja sebagai technician jea, tak pun jadi kerani capuk jea... Kalau cakap kerja Jurutera awam lak kang, “apa kerja kau tu Ngah???” diorang Tanya balik....)

2. Mak Teh: ”Apa kau buat sekarang Ngah???”

“Dah abis belajar belum???”

Adoi!!! Tak tengok ker gambar konvo yang besar2 aku gantung ni.... Saja jea aku gantung kat ruang tamu ni....

Dan soalan yang paling paling paling paling paling popular yang aku pun malas dan tak tau nak menjawab macam mana... Kalau boleh aku nak record jea jawapannya...

1.” Bila kau nak kahwin Ngah????????????”

Yang mampu aku jawab.... Tersengih cam kerang bucuk...........

Soalan yang aku rasa orang bujang kat luar sana jadi malas nak balik raya atau bertandang kat rumah saudara mara....

Haiiiii..... Kena la aku record jawapan-jawapan tahun ni, sebab soalan yang sama akan ditanya kembali Hari Raya tahun depan....

2009/09/17

SELAMAT HARI RAYA.........

17 September 2009, Khamis....

Hari terakhir aku kat pejabat sebelum bercuti panjang....

Hari ni hari paling sepi dalam pejabat ni....
Bos besar dah start cuti dah....
Bos aku start sok cuti, tapi hari ni dah pun menghilangkan diri dah...
Ntah kemana la orang tua tu dah pergi....

Staff lain lak pagi2 lagi dah cabut pergi Jalan TAR...

Tinggal la aku yang tengah tak der mood ni jaga pejabat.....

Hati dah dekat Rumah dah....

So.... Raya pun dah dekat dah... lagi 3 hari jea lagi....
Aku mintak maaf la kalau ada la aku buat korang tersinggung ker.... Terasa ker... Termakan lebih ker.... Terkutuk lebih ker.... Ter..... Ter..... yang seangkatan dengannya................

Selamat Hari Raya.......

2009/09/15

raya sakan

Petang2 ni aku teringat la ngomelan orang tua yg pernah aku kenal....

"Perbelanjaan @ persiapan raya tak akan habis selagi tak sembahyang sunat hari raya...."

Bila dah sudah Sembahyang tu, mak2, makcik2, nenek2, kakak2, akan lupa semua yang telah diperhabis untuk hari raya ni....

Dah tak heran kalau tu tak cukup, ni tak cukup, kalau tu tak kena, ni tak kena, kalau ni nak kena ganti baru, tu nak kena ganti baru...

Kalau sebelum raya tu ada jea mata ni yang tak kena, tengok jiran tukar sofa baru pun mata dah berbulu, dengar jiran yang selang jauhnya 44 rumah pun tengah bancuh kuih raya pun boleh mendatangkan perasan cemburu....Nak juga buat kuih jam2 tu gak.....

Hai....cepat2 la Datuk Penyimpan Mohor Besar umum raya....
Kalau x....... Selagi ada kudrat, macam2 boleh jadi....

2009/09/08

syiling oh syiling.........

syiling yang aku simpan selama ni xlaku rupanya....
pergi CIMB Bank Bukit Tunku, dia cakap mesin rosak...
pergi Bank Rakyat, dia habaq mai mesin tak ada...
pergi Maybank Jalan Ampag, depa kata tak boleh tukar, nak kena masuk dalam akaun baru boleh....
pergi BSN, lagi la haru...

Heeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiii......

2009/09/03

Amazing Blog! Award from Khalidah...


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..Setelah dipaksa dan terpaksa rela, aku terima la award ni dengan susah hatinya....

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..Apalah nak mengarut ni ek??
  • Seorang kawan lama yang baru nak kenal..... Selepas 10 tahun....
  • Nampak macam seorang yang tabah.... Tapi sensitif....
  • Selalu akan marah kalau ada orang yang cuba nak banding-bandingkan taraf pendidikan...
  • Tua 8 hari dari aku.... huhu
  • Ala... Banyak nak tulis tapi x boleh publish la.... :)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

  • Sebelum tidur mesti kena golek-golek dulu... Berangan ckit.... Fikir masa depan...
  • Makan apa sahaja asal bukan Udang, Ketam dan sotong @ seangkatan dengannya...
  • Ada simpan cita2 nak jadi Menteri Kerjaraya...
  • Masa remaja pernah simpan cita2 nak jadi macam Ronaldo... Tapi bukan main macam Ronaldo, tapi nak gaji macam Ronaldo... 150K Pound Steling= RM700k seminggu...
  • Suka travel... Tengok tempat orang... Jauh perjalanan luas pandangan orang tua cakap... Lagi2 dapat kerja kat Cerun, JKR Malaysia ni... Tiap bulan mesti ada jea pergi travel...
  • Suka duk rumah kalau hujung minggu... Macam split personality lak ek... Suka travel, tapi suka gak duduk rumah....
  • Tak suka orang yang suka mendesak....
  • Pendendam....
  • Suka simpan dalam hati... Lagi2 kalau cerita sedih...

2009/09/01

3 PERINGKAT UMUR

1. ZAMAN BELAJAR = BANYAK MASA, BANYAK TENAGA, KURANG DUIT, X BOLEH NAK PERGI MANA2 GAK... SEMUA BENDA PERLU DUIT!!!!

2. ZAMAN BERKERJA = BANYAK DUIT, BANYAK TENAGA, KURANG MASA, PUN X PUNYA MASA NAK NAK PERGI MANA JUGAK!!!

3. ZAMAN PENCEN = BANYAK MASA, BANYAK DUIT, TAPI DAH KURANG TENAGA.... LAGI LA X BOLEH NAK BUAT APA2!!!!!

penghujung benua asia

Tanjung Piai....Pontian, Johor....

Kalau yang tak tahu, mungkin menganggap kawasan kampung yang biasa sahaja...

Sama la cam aku masa mula2 sampai kat pekan pontian ni....

Lepas buat Forensic, dalam 4.50pm, nak tunggu berbuka pun lambat lagi...

So, gatal la mulut ni tanya apa yang ader kat pontian ni....

Depa ni pun angkut la aku g Tanjung Piai...

Tanjung Piai adalah kawasan atau tempat paling hujung atau selatan dalam benua asia...

Masa aku datang sini, waktu tu dalam keadaan cerah tanpa kabus, jadi boleh nampak Tanjung Balai (Indonesia) & Port Singapore... Kalau naik tongkang pun dalam 5 minit jea...

Boleh nampak jugak kapal2 beratur nak masuk port...



Kalau tak kenang nak berbuka mau aku lepak kat sini lama2....
Dapat la pergi dalam 15 minit...
Tu pun pergi jeti yang terdekat jea....

2009/08/26

PUASA OH PUASA

ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI YANG WAJIB LAIN XBUAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI BAJU YANG DIPAKAI TAK TUTUP PUSAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MATA DUK TENGOK PUSAT ORANG YANG TAK TUTUP PUSAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI KAT BELAKANG DUK NGUMPAT2...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MULUT TETAP JAHAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MULUT BAU KARI AYAM...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI.................
BANYAKNYA KARENAH PUASA.....

BAZAR RAMADAN MEMANG MERIAH...
APATAH LAGI KALAU YANG DATANG TU YANG MENGAKU PUASA....
NAK2 PULAK YANG DATANG TU BAJU YANG JENIS TAK CUKUP KAIN...
SANA TERBONJOL... SINI TERDEDAH...SINUN TERKOYAK...
MATA PUN X IKUT PUASA DAH...
PANDANG KIRI NAMPAK "BETIK", PANDANG KANAN NAMPAK "JAMBU", PANDANG DEPAN NAMPAK "MANGGA"... ADA MACAM2 BUAH ADA LAK TU...
MATA NI PUN JAHAT GAK...
DUK TENUNG BETIK MASAK JEA LA...
SETAN DAH KENE IKAT PUN MATA DUK MELIAR LAGI...
NAMPAK SANGAT TANPA SETAN PUN MATA NI DAH MEMANG JAHAT...
X BOLEH LAH NAK SALAHKAN SETAN NANTI...
HEYYYYY...PUASA APE LA EK YANG DAPAT...
DAPAT PENAT, LAPAR, DAHAGA JEA LA NAMPAKNYA...

2009/08/18

MALAM MESRA CKC....

MALAM MESRA CKC 2009
'BACK TO 60'S'
15 OGOS 2009



2ND BOS DENGAN GAYA ALA-ALA SAMSENG KAMPUNG DUSUN PISANG TANDUK....

ELVIS TERSESAT SALAH MASUK MAJLIS...

BAPAK KEPADA MILAH DALAM SKETSA NASIB UKC....

GENG 6 JAHANAM!!!!

HUHU...SAMSENG TAIK KUCING...
GAMBAR TU MASA BELUM NAIKKAN KOLAR BAJU DAN LIPAT BAJU....
"NAMA PENUH MINAMI...
NAMA KOSONG MI"...
CIK LAN BERLAKON SEBAGAI MI DALAM SKETSA NASIB UKC...
MUNGKIN HAJI TERINGAT ZAMAN MUDA2 KOT...
TERKENANG DAKU KEPADA SI DIA...
SENIOR GEOLOGIST....
GAYA CAM X KENA JEA... NI MACAM DAH 70 AN JEA...

FEWWWIIIIIIIIITTTTTTT.....
SAPE KATE SALOMA DAH MATI???

AMBOI....GEDIK NYA.. JAGA2... ANAK DARA LAGI TU HAJI NAZAN... KANG ADA YANG TIDUR KAT LUAR KANG... ORANG UMAH DUK JELING2 JEA TU...

PULAU LAGENDA...LANGKAWI...

10-12 OGOS 2009...
Aku sampai lagi ke pulau lagenda ini selepas kali terakhir aku datang tahun 2000...
Dah 9 tahun dah...
Tapi kejab nya masa berlalu...

Ini gambar pemandangan dari highest point dekat Pulau Langkawi... Puncak Gunung Raya...
Boleh nampak pemandangan satu pulau...
Gambar masing yang tengah pening sebab jalan nak naik ke puncak ni berpusing2 macam ular kena palu...



Percaya x ada hotel kat atas puncak gunung ni...
Sesiapa yang nak berbulan madu... Memang la sangat sesuai...
Tapi bila dah check in jangan harap la hang pa nak turun... Jauh dan pening ni nak turun...
Memang sesuai la nak berbulan madu... Memang gerenti xkan keluar bilik punya...

Dataran Lang yang masih lagi sama macam dulu gak......