2013/03/29

Blues Malam...

Malam malam ni...
Waktu sebelum nak tidur...
Ketika rasa susah nak tidur...
Memikirkan hari esok...
Walaupun hari ini masih bersisa...
Kelopak mata bagai ditupang sendal...
Melayan lagu...
Yang menangkap jiwa...
Tika Taman Rashidah Utama mengalun irama telinga...
Dalam hati menbuai lirik lirik halus...Dan...
Bulu ditengkuk berdiri sendiri...
Owh... Apakah?
Khamis 235529032013...
Published with Blogger-droid v2.0.10

2013/03/27

Kecik Kecik Lagi Dah Comel Dah...

Gambar Baby

Gambar Baby

2013/03/25

Budak Ni Dah Besar Dah...

Budak ni...
Anak papa ni dah besar...
Dah 5 bulan dah...

2013/03/23

Papa In The House...

Nampak tak apa yang silap?

Ditinggalakn Ketinggalan...

Syok pulak menonton tv2 malam ni...
Cerita transformers...
Tanya suri... Ni baru keluar wayang ke?
Jawab suri, dah berzaman dah bang... Ni yang 1 episod...
Owh... Nampak sangat aku budak baik yang tak tengok wayang...

2013/03/20

Maut...

Nasi Daging Maut...

Maut la cam gini...

Jangan maut lepas mi sudah la...

2013/03/16

W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted lirik & video


I representin’ this place
Where people say murder is the case
R.E.M.B.A.U
The food gonna make your tongue blaze
That forward hold your head high
Be proud for where you came form and stay fly
Dats what Im doin’

Hobin Jang Hobin
We ain’t no trippin Jang
Tahun dopan ado laie Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang yo
Haha, yeah
Duo satu kocik bon
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah kerigek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak
Itu urang dulu
Tak macam budak-budak sekarang
Susah sikit je
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawa
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan
Sapo tak pueh hati, meh kito jumpo dopan-dopan

[*] Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted yo
To my boys in N-nine
Who worked hard and strugglin’
Rembau Most Wanted yo

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
We’ve been busy chasin’ dollars
Chillin’ at Mui Fong with my homies yaw
And if you keep talkin’ shit others might listening bro
Then gangin’ up, just pick up your gear
Listen dear
I ain’t messin’ wit the coward
I ain’t messin’ wit the fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lembu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nak dibuko
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang

Polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik ekau boleh poie jalan

Repeat [*] (2x)

Paya kumbuh, where you at?
Tigo Nenek, where you at?
Tanah Datar, where you at?
Batu Hampar, where you at?
Where you at?
Biduanda, where you at?
Somo Lenggar, where you at?
Solomak, where you at?
Anak Mukal Anak Acheh, where you at?
Mungkar, where you at?
Anak Melako, where you at?

Tigo Batu
Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
Duo boleh



NotaKarut: Den orhang Moncheh... Suku biduando, perut Moncheh... Sonyum lebar!

Terbang lu terbang tinggi...

Terbang la duit terbang...
Tebang la tinggi tinggi...
Sampai tak terjangkau dek tangan ku...
Terbang la duit terbang...
Dek kerana botak mu...
Cik tayar...
Agak agak... kalau menoreh...
Lepas tu getah cair tu kan...
Kita letak dalam besen bulat besar...
Agak agaknya la kan...
Dia jadi tayar ke tak ek....

2013/03/14

Tips Mengeratkan Hubungan Suami Isteri...

Tips mengeratkan hubungan suami isteri...

1. Apabila menaiki kereta bersama, lakukan aktiviti mengorek hidung bersama sama... Lebih afdal jika taik hidung itu digentel gentel menjadi bulat kehitam hitaman...

2. Jika suami kentut kuat... Isteri wajib membalas kentut tersebut dengan lebih perlahan... Macam acara berbalas pantun tuh... Jika suami kentut tersepit, isteri haruslah mengeluarkan kentut berlagu... Baru la keharmonian rumahtangga akan tercapai...

NotaKarut; Sakit gigi! Rasa nak lempang orang je ni...

Published with Blogger-droid v2.0.10

2013/03/11

Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan...

Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Sumber: Sinar Harian...

Terapi Isnin Versi Lawak...

Tersebutlah al kisah, Pak Pandir yang baru berpindah di salah sebuah negeri di pantai timur... Arakian, Pak Pandir mahu mengubaisuai rumahnya... Maka, Pak Pandir pun pergi la ke sebuah pejabat Majlis Perbandaran di negeri utara pantai timur untuk minta kelulusan,...

Pak Pandir : Ambo nok mitak kelulusan buat ubohsuei rumoh, lagu mano gak caro dia?

Pegawai Bangunan : Lagu ni..., mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.

Pak Pandir : Pele? Ambo ado doh!

Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.

Pak Pandir : Errrr! Tak leh! Tak Leh!

Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo!, cepatlah wat tubik!

Pak Pandir : Kalu tak tengok tak leh ko?

Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! kawe nak luluh rano, kalu kawe tak tengok!

Pak Pandir : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nak tunjok.

Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?

Pak Pandir : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!

Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjok, kawe nak sain luluh lagu mano?

Pak Pandir : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, Orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!

Pegawai bangunan : La!, Tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain lagi nih! Sibuk benar ni! Kena paham la!

Pak Pandir : Hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepatla... tengok!

Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut) , buke pele ni!

Pak Pandir : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi kan? Pele ambo kecik! Demo nok tengok jugak!

Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo!, Maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).

Pak Pandir : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!

Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo paham! Hok dok mari doh pun tak penah jadi lagu nie! Demo dok mano?

Pak Pandir : Gua Muse!



NotaKarut: Copy Paste Edit...  Kerja orang Malas!!!!!!!!!!!!

2013/03/05

20 mayat pengganas Sulu ditemui setakat ini di lokasi serangan...

LAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.


Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas. - UTUSAN ONLINE





2013/03/03

Jalan Jalan Jumpa Dynas...

Tadi kan... Aku kan... Saje je kan...
Bawak suri pi KLCC...
Ada expo baby...

Jalan punya jalan kan...
Penat tau...
Lepas tu cik puteri buat ragam tau kan kan...
Apa lagi... Dia karok kuat2...
Macam dekat rumah dia aje dibuatnya...

Lepas tu kan....
Tau tak... Dynas datang pujuk...
Diam lak tu bila retis pujuk...

Lepas tu kan...
Puan suri pun shopping kat kedai Dynas..

Habis 8rat kate ko...

Botak la kepala papa ni kan kan kan...

Sekian berita kecoh yang terkocoh kocoh....

2013/03/02

Siri Musang Berjanggut V1...

Isteri: Abang... Kalau sayang tanya... Abang jangan marah tau...

Musang Berjanggut(MB): Ha... Tanya la... Tak tau soalan lagi, mana tau nak marah ke tak...

Isteri: Ala... Tengok tu... Macam nak marah je tuh...

MB: Ha... Ni nak marah la ni... Nak tanya soalan ke nak mengada?

Isteri: OK.... Ok... Abang... Kenapa ek abang suka makan kat luar... Sayang masak tak sedap ke?

MB: Bukannnya sayang masak tak sedap... Sedap... Kalah chef one two three tuh...

Isteri: Abis tu?

MB: Erm... Kalau makan kat luar ni, sayang bersiap bersolek wangi cantik sikit... Kalau makan kat rumah, semalam pun belum tentu sayang mandi lagi.... Bau ashemmmm.... Dengan baju tidur semalam tak bertukar, rambut tak bersikat... Macam hantu kak limah nak hantu pun ada abang tengok...


NotaKarut: Siri baru...Jangan terasa ha....

2013/03/01

Cerita Kedai Kopi... Jerit Pekik Celik...

Hai... TK kembali menulis...
Mata aku dah ok sikit, dah  mula kerja dah pun... Cuma sedikit sepet... 
Macam hantu cina jumpa wawa zainal seksi... Terkujat sepet mata...

Cerita Kedai Kopi...
Politik... Tak habis habis politik...
Tak kira masa oarng Malaysia ni... Opppssss... Atau lebih tepat orang melayu ni berpolitik...
Kalau boleh cerita anak kucing mati masa beranak pun nak di'spin' dipolitikkan...

Politik KERAjaan... Tak habis habis 1 Malaysia...
Kedai 1 Malaysia, BRIM, PR1MA, BL1M dan lain lain 1 Malaysia...
Kalau boleh nak buat spender 1 Malaysia... Nak tunjuk sampai kat dalam tu pun nak berpolitik...

Yup... Aku sokong... Apa yang baik... Teruskan la... Semoga rakyat mendapat kebaikan daripadanya...
Tapi... Ini macam dah lebih je ni...

Ni Tok Jib...
Bila nak pilihan raya ni?
Muak dah ni menunggu... Berjanggut dah ni haaaa...

Politik pemBANGKANG... Politik orang bodoh...
Pantang apa yang KERAjaan buat.... Semua salah...
Yang betulnya dia jea...

Itu yang bila keluar Parodi Bangkang Dari Longkang tu...
Ramai yang tak boleh nak terima kenyataan tu...
Common bro... Kata demokrasi...
Kalau selalu hentam orang lain, kutuk orang... Sedap je kan... Katanya kebebasan bersuara...
Sesekali kena hantuk hidung dengan kayu beruti, apa ada hal...

Politik penyokong pemBANGKANG...
Ini lagi kebodohan yang tak perlu ditonjolkan lagi...
Baca komen mereka mengenasi sesuatu isu tu macam tengok orang utan pakai baju badut sarkas!!!
Tak nak kalah tu... Dia aje yang betul... 
Macam dia ni perisik terhebat dunia yang mengetahui dan membenarkan semua berita berita yang tak dapat dipastikan kesahihnya...

Ibaratnya kalau kucing sebelah rumah dia sakit nak mengawan pun, disalahkannya UMNO gak...

Ah... kalau aku tulis lagi ni kang...
Ada yang melompat sampai ke siling ni kang...
Dah... Babai...


NotaKarut: Ada mata pandang, Ada telinga dengar, Ada otak pakai, Ada mulut diam!!!!