Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makanan Pilihan

RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN

Amaran: Jangan beritahu isteri anda nama Air ini jika hendak selamat dunia dan akhirat.  RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN - Gula enau seketul (kalau boleh dapatkan original dari Negeri Sembilan ) - Daun pandan 3  helai - Air kelapa muda dan isi sebiji - Buah beluluk/buah nau - Ais kiub Cara-caranya Masak seketul gula enau dengan sedikit air dan daun pandan untuk menaikkan bau air gula. Kalau nak tambah manis lagi boleh letak gula pasir tapi sekiranya sayang kaki boleh la elakkan. Masukkan ais kiub ke dalam jug air Tuang air gula tadi secukup rasa pokok dek kau la.. Masukkan buah keluluk/nau & isi kelapa muda Masukkan air kelapa muda perlahan2.. Kacau perlahan-lahan supaya sebati, dan jangan kau kacau janda pulak, confirm hidup kau tak tenang nanti. Tuang dalam gelas Ingat! Jangan beritahu isteri anda nama air ini... Sakit pinggang kau kena smackdown, acik tak tau.

Lemang, resepi dan cara membuatnya dari mula hingga siap

Lemang adalah makan tradisi yang perlu ada setiap kali orang melayu menyambut perayaan. Namun, proses untuk membuatnya yang leceh dan renyeh, kebanyakan orang lebih rela mengeluarkan duit membelinya sahaja. Dibimbangi sekiranya budaya membeli ni berterusan, maka lambat laun akan hilanglah kemahiran membuat lemang ini dan tidak diwarisi generasi berikutnya. Bahan-bahan untuk membuat lemang tidak banyak sebenarnya dan mudah untuk dicari. Bahan asasnya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menghasilkan rasa lemak pada lemang, santan yang digunakan mestilah yang berkualiti daripada kelapa tua tidak dicampur dengan banyak air.  Perkara yang membingungkan kebanyakkan orang yang hendak membuat lemang adalah NISBAH campuran lemang itu sendiri. Resepi orang lama adalah kiraan nisbah berat ''gantang'' dan biji kelapa. Tetapi dengan arus pemodenan kini, nisbah kiraan ini agak membingungkan. Pada asasnya nisbah untuk membuat lemang adalah 1 gantang beras pulut memerlukan santa

Resepi Donut Gebu - Belajar Semasa PKP

Banyak yang aku belajar semasa kita semua terkurung dalam tempoh PKP 2020. Antaranya donut. Nampak mudah resepinya, tapi jika tak kena cara donut tidak akan menjadi, keras dan tak sedap. Selepas beberapa kali mencuba, aku rasa teknik dan resepi ini yang terbaik dan confirm akan menjadi. DONUT GEBU TANPA ULI Bahan asas donut: 1 paket yis kering 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam ( air jangan terlalu panas @ sejuk, nanti yis akan mati atau tak diaktifkan ) 1 sudu gula - campur air suam, susu dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan yis dan biarkan selama 10 minit. Yis akan mula mengembang sekiranya yis hidup. Dalam tempoh menunggu yis diaktifkan, kita sediakan bahan-bahan kering. 4 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam satukan semua bahan kering dalam bekas ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Yis yang telah aktif dimasuk dan boleh mula menguli perlahan doh. Biarkan doh selama 1/2 jam - 1 jam. Pastikan bekas ditutup. D

Maut...

Nasi Daging Maut... Maut la cam gini... Jangan maut lepas mi sudah la...

Kacang Pool

Lokasi : Gerai Kacang Pool Haji... Medan Gerai Larkin... Menu wajib dicuba : Kacang Pool... Bersama ABC Special... Dan Tauhu bakar... Dan Otak Otak... Komen: Sangat sedap ok... Kalau orang Singapore pun boleh turun nak makan benda ni, tak kan la orang Malaysia tak nak cuba kot... NotaKarut: Persoalan kenapa seluar menjadi kecut terjawab sudah!!! Hik Hik Hik...

Makanan Eksotik : Belangkas...

Makanan Eksotik : Belangkas masak Asam Pedas... Lokasi : Kota Tinggi... Komen :  Sangat sedap ok... Telur dia tu rasa kenyal kenyal je... Sangat sedap... Lepas makan badan jadi panas je... NotaKarut: Baru sampai dari Johor Bahru ni... Perjalanan dari JB ke USJ mengambil masa dua jam setengah sahaja... Patut la aku perasan kenapa kereta depan aku asyik memberi laluan je... Dan aku rasa macam highway tu aku yang punya... Laju? Eh... Tak la... Cuma meter tu dah tak boleh nak gerak lagi dah... Pedal pun dah cecah lantai... Tetiba risau kot kot ada ekor yang ikut nanti...  P/S: Esok ke KK... Aduyai...

Ikan Patin Masak Stim...

Lokasi: Restoren Sentosa Island, Raub... Betul betul terletak di tengah tengah bandar Raub... Menu istimewa: Masakan berasaskan ikan patin... Tapi bukan ikan patin masak tempoyak seperti yang terdapat di sekitar bandar Raub dan Kuala Lipis... Keistimewaannya terletak pada Ikan Patin Buah Masak Stim...  Komen: Sangat sedap! Mesti cuba!!! Sehingga menjilat telinga...  NotaKarut: Tak berapa nak ada masa nak mengarang... Sekian...

Apa Istimewanya Mukah?

Umai... Burung Unta BlackPaper   Midin goreng belacan NotaKarut: Malas nak menulis kerana si tukang karut batuk teruk... Sakit dado den ni haaaa... Bagi yang bergaduh dalam entry sebelum ni... Teruskan bergaduh... Yang kaya tetap kaya... Yang miskin makin ramai....

Kepuasan Hidup...

Hai... Hai semua... Hai... Taksiran cukai pendapatan dah buat ke belum? Ada 34 hari je lagi nak buat taksiran... Ok...  Kalau aku sudahkan entry ini di sini...  Rasa rasanya apa yang korang akan buat ek? Baling kek resepi rahsia. Rejam guna double dutch aiscream... Campak atas tulang ikan parang... Apsal semua jawapan di atas ni makanan je ni?? Tahap kepuasan hidup ni bagi sesetengah orang berlainan... Ada yang puas dengan dengan memiliki rumah besar, kereta besar, cincin besar, perut besar, punggung besar! Ada jugak yang puas dengan memiliki apa ang ada seadanya... Tapi bagi aku, salah satu kepuasan hidup adalah "bangun pagi dengan bersemangat jitu dan dapat melepaskan hajat besar dengan senang dan lancar selancarnya... Puas lagi kalau dapat lepaskan dalam satu bom je..." NotaKarut: Tadi timbang... Hati mulai risau... Kenapa jarum pemberat itu macam menipu je? Teka Teki : Apa benda, kita belum bangun lagi dia dah bangun dah...

Tu Baru Tak ada Mood Tu!

Hallooo... Ha! Korek hidung ek! Kantoi... Oppsss... Aku baru balik dari menghabiskan duit ni... Hoho... Aduyai... Pilih punya pilih tak sedar pulak dah TERbanyak pulak di tangan... Itu baru tak ada mood raya lagi tu... baca Sini dan sini ... Itu pun dah habis lapanbelaskepingduitlimapuluh... Senyum jea muka Agung dalam kertas tu tadi... Kalau datang mood gila raya atau hantu raya meresap merasuk masuk dalam badan ni... Tak tau la apa jadi... Mungkin aku bawak balik juruwang yang cun melecun tu kat Jusco WangsaMaju tu kot! Eh???? Aduyai... Kenapa la barang barang lelaki mesti mahal mahal ek? Ce bagi dekat perempuan jumlah duit yang sama... Confirm penuh selori si perempuan boleh beli barang... NotaKarut: Kira Hutang... Tepuk dahi... Tersandar!

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Di Bulan Puasa...

Halloooooooo... Grüß Gott! Wie geht es Ihnen? Hoho... Ok... Cukup itu sahaja pembelajaran Bahasa German hari ni... Lurus kepada titik... Berbalik kepada tajuk entry di atas... Mungkin hari ini, esok, lusa atau tulat... Kita akan memulakan perjalanan balik ke kampung oowwhooo balik kampung balik kampung hati girang!... Mungkin ada antara korang yang akan memandu berseorangan dan mungkin ada jugak di antaranya menjadi pengganggu pemandu... Mungkin ada antara korang yang akan memulakan perjalanan di waktu siang yakni waktu tengah berpuasa... Memandu jarak jauh dalam masa yang lama dalam keadaan berpuasa berkemungkinan akan menyebabkan kelopak mata menjadi berat a.k.a mengantuk! Owh... Ini sangat bahaya kerana kemungkinan korang beraya di hospital atau di tapak perkuburan adalah sangat tinggi... Mintak dijauhkan! Tip #1 ---> Sediakan cd cd lagu karaoke kegemaran atau boleh juga lagu raya untuk menaikkan mood raya atau takbir raya!... Sila sediakan volume suara radio anda di ta

Terseksa...

Halloooo... Masih ada orang lagikah di dunia blog ini? Atau kamu kamu dan kamu sudah pun nampak anak bulan dah? Ekzos serombong kapal aku ni tersumbat... Penat dah menghembus... Tersumbat dan berair! Terseksa... Nak baring kanan, sesak nafas... Nak baring kiri, terasa tersumbatnya hidung... Nak telentang... humpp... Nak tidur pun tak selesa ni... NotaKarut: Kenapa mood nak raya tak mai lagi ni... Baju pun tak beli lagi ni...

Jadual Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Plus.

NotaKarut: Errr... Aku rasa aku tak nak ikut jadual ni boleh? Nak balik sesudah subuh sabtu la... huhu... Korang balik kampung bila ek? Mesti sunyi dunia blog nanti kan? Sekarang ni pun jalan jalan KL dah menjadi lengang dah...

Rabu Tanpa Kata Kata V11...

NotaKarut: Mood masih lagi sibuk... Nak ke Raub... Aduyai... Kerja kerja kerja... Sampai mati pun tak habis habis kerja... NotaKarut V2: Hoho... Jom balik kampung... ohohoho balik kampung...

Guten Nacht...

Orang tanya aku... Menatang apa guten nacht tu? Aduyai... Aku lupa lak... Ikut sedap jari ni je menaip... Guten nacht tu bahasa german yang bermaksud selamat malam... Ok? Itu je entry penutup malama ni... Lepas ni jangan tanya aku lagi menatang apa apakah itu! NotaKarut:Kalau aku cakap aku lahir dekat german korang percaya ke tak ek? ke nak aku tunjuk bukti?

Hallo Jep!!!

Hallo Jepp!! Yo brader... Apahal lu? Kucing lu nak beranak tak ada orang nak bidankan ke? Eh... Tak ada la bro... Gua saja saja jea calling calling lu ni... Nak tanya khabar dah mati ke belum... Rasanya dah 4,5 tahun gak gua tak dengar khabar lu... Errrmmm... Ye la tu... Dah cukup cukup la tu... Gua bukan tak kenal lu... Ha... Apehal lu ? Err... Bro... Gua dengar kerajaan ada bagi bonus setengah bulan ga............. Tutttt... Tutttttt... Tutttt... Nombor yang anda dial telah tamat perkhidmatannya baru je sebentar tadi... Haktuihhhh berkahak la... Ni tak ada la kerja lain... Nak sumbangan pemberian ikhlas la tu a.k.a hutang tak berbayar... Masa nak pinjam, lidah lagi lembut dari gigi buaya... Hutang lama pun dah berkepuk kepuk tak berbayar... NotaKarut: Aduyai... Kenapa la agaknya bazar ramadhan dah bertukar menjadi bazar kuih raya... Orang orang bujang terang tang tang macam aku ni, confirm la dapurnya di bazar... Di mana nak mengadu ni kalau ramai peniaga lauk pauk

Batal Tak?

Kalau kita puasa... Lepas tu kita termuntah... Rasa rasanya batal puasa kita tu kan kan kan??? Owhh... Jahilnya aku... NotaKarut: Penat menahan rasa nak termuntah... Aku tengah kusyuk melihat bintang bintang sedang berputar ligat di atas kepala aku ni... Siap boleh nampak Anak Bulan AidilFitri lagi ni... Aduyai... Banyaknya kerja...

Umangggaihhhh!

Hari ni Isnin ke Selasa ek? Aduyai...Parah dah aku ni... Sampai hari pun dah lupa... Masuk jea pejabat hari ni tengok atas meja berlambak lambak surat... Semua nak segera jea... Wuaaa... Ni la padahnya kalau dah lama tak masuk pejabat... Ni mana satu nak buat dulu pun agak kepeningan jugak ni... Mata ni pun satu... Macam ada pemberat yang melekap kelopak mata ni jea... NotaKarut:Mood Sibuk!

Tak Boleh Fikir Tajuk....

Hoho... Halloooo... Guten morgen... Selamat Pagi... Korang kerja ke hari ni? Kerja la rajin rajin ek... Jangan nak ngulo jea... Aku tau la kalau dah masuk minggu terakhir sebelum raya ni, kebiasaannya mood berkerja sangat la merudum... Aku offday hari ni... Agung bagi cuti... Hoho... Ada Urusan Sang Puteri yang perlu diselesaikan... Copppp!!!... Aku terkesima sekejab... Aduyai... Terdengar pulak lagu raya yang... Humpppppp... Sedihnya... Kenapa la lagu raya hanya terkesan di hati ini sebelum raya sahaja... Tapi bila masa hari raya... Atau lebih tepat di pagi raya, lagu raya ni macam tak membawa erti pun... Terasa nak dengar lagu Wings dan Search jea... Atau aku sorang je yang rasa macam tu? Seminggu jea lagi nak raya... Dah beli ke apa apa yang patut dan tak patut? Asyik tanya orang jea kan... Nyibuk jea... Lantak pi la... Duit dema... Pandai pandai dema la... Aku? Satu benda pun aku tak beli lagi... Muhahaha... Aduyai... Mood nak membeli tu tak kesampaian lagi... Copppp!!!

Aku Tak Pernah Memaksa...

Jangan kau mengharap... Aku tak pernah memberi harapan... Jangan kau mencari ilmu di sini... Kerana aku tak pernah menulis satu fakta pun melainkan karutan semata mata yang mungkin tidak lebih, melangkaui batas tatatusila adab Melayu... Jangan kau percayai aku... Kerana aku pun manusia yang mempunyai seribu satu helah... Jangan kau mengkhinzirbuta mengikuti aku... Kerana aku tidak pernah memaksa kau mengikuti aku... NotaKarut: Di sini tiada budaya i follow you, you follow i... Aku baru perasan dah lebih sebelah tangan rupanya angka itu... Ada tak silent reader yang nak memunculkan diri? Atau aku yang terperasan lebih?