2020/03/27

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Malaysia yang menyentuh hati rakyat Malaysia

We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. 

And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. 

I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time. 

This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. 

So, my dear brothers and sisters, and the children ofthis beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. 

We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. 

God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. 

In shaa Allah.

2020/03/24

Pantun Virus COVID19

Cantik masaknya buah bidara

Menjadi idaman beruk dan kera

Virus Corona punya angkara

Satu dunia kena penjara



Anak kera jalan berdingkit

Jalan berdingkit bersama kawan

Virus Corona mudah berjangkit

Tak kenal kawan mahupun lawan



Beruk jantan jatuh terkangkang

Ditolak jatuh kawan sialan

Virus corona boleh dikekang

Membasuh tangan jadikan amalan



Kera dan beruk jadi berkawan

Elok berborak sangat peramah

Kalau takut jadi sebaran

Duduk diam di dalam rumah

2020/03/23

Orang Perempuan Ingat Janji-Janji Yang ditabur 5-10 tahun lepas.

Masa yang tersangat lapang inilah masa yang sesuai untuk tunaikan janji janji “Nanti abang buat la”... 5-10 tahun lepas...

Kekalutan Disebabkan COVID-19

Kejadian di supermarket jadi kalut bila:
1. Bila perasan semua orang pakai mask dan sarung tangan tapi sendiri tak pakai.
2. Ada abang ni tenung menenung daun sup dan daun ketumbar.
3. Awat semua abang abang pakat bawak list nak beli barang ni?
Lagi kalut tengok ada abang ni borong halia banyak...

Scammer pun kalut

Sila tekan 0.....
Hello, ada apa call?
Pemanggil: Encik yang call saya?
Eh... dia yang call kita kata akaun kita tertunggak. Nak batalkan akaun TM tadi.
Pemanggil: jangan layan la. Saya scammer.
Pulak!!! Scammer pun koyak! Penat layan orang ke hari ni?
Xde ke scammer nak call lagi? Insurans ke apa ke... Tengah free sangat ni. Mau layan 2 jam pun tak de hal..

2020/03/08

Langkah Pencegahan COVID 19, Elakan Sentuhan Fizikal Dengan Orang Asing.

Sebagai langkah pencegahan pada masa merebaknya wabak COVID 19 ini, jangan berkecil hati jika ada diantara kita yang enggan bersalam atau berjabat tangan dengan kita. Sentuhan fizikal dengan orang asing yang tidak diketahui tahap kesihatannya adalah langkah yang paling tepat dan selamat pada masa ini.

2020/03/07

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Versi Pantai Timur.


      GEMPAR!!
      penemuan resepi singgang jadi penawar COVID 19


    Bahan-Bahan:
  • potongan kecil ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
  • Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih
  • Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

Pantun Selamat Pagi Indah

Singgah berehat di pokok bidara
Disapa Desir angin ibarat lagu
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat pagi di hari minggu

Pucuk bidara bermawar merah
Tempat bermain si anak lebah
Sinat mentari pagi yang cerah
Didoakan hari ini menjadi indah

Buah bidara nampak di celah
Menjadi rebutan si burung balam
Mulakan dengan senyuman ceria dan indah
Semoga kekal hingga ke malam