2015/12/10

LeLaki Seksi...

Satu hari...

Ada LELAKI lalu depan mata...

Cantik...

Berlenggok lenggok jalan... Bergoyang punggung... Mantap...

Persis model...

Mengiyurkan... Sungguh...

Aku jadi keliru...

Nak stim atau nak termuntah...

2015/11/24

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016

Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam pada 4 Januari 2016 seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada Bajet 2016, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016
Tarikh: 4 Januari 2015
Kakitangan Awam: RM500
Pesara Kerajaan: RM250

Bos Suka Marah Marah? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Bos Suka Marah Marah? Apa Yang Perlu Dilakukan?


Bos marah pekerja perkara biasa...
Anak buah marah bos pun perkara biasa...
Tapi marah dalam hati atau kutuk belakang kaw kaw je la...

Taktik yang biasa aku buat bila aku tengok bos angin pus pus datang nak marah...

  1. Muka Blur ~ Buat muka blur... Muka baru bangun tidur petang... Hahaha... Bos tanya apa pun, lambat respon... Senang cerita, macam otak masuk air... Itu otak... Kalau air melimpah limpah lain pulak ceritanya... Kang ada yang seluk dalam seluar lak kang...
  2. Yes bos ~ Perkataan yang simple... Tapi dituturkan, bos jadi lembut hati... Yes boss... Nanti saya buat... Yes bos, sekarang jugak saya buat... Yes Bos, Saya bodoh... Eh?
  3. Jangan buat bos marah! Ni taktik yang sebetulnya...
Yea betul, bukan bos yang beri kita rezeki, tapi melalui bos la rezeki kita datang...

Oleh itu, Sayangi bos kita ketat ketat... (Nampak tak tulisan dan tatabahasa bahasa melayu aku dah ada peningkatan sikit...)

Tak gitu Khudri Abdul halim?

2015/11/13

Jom Pergi Rumah Terbalik Melaka - Upside Down House Melaka...

Minggu depan cuti sekolah kan?

Dah ada rancangan nak pergi bercuti naka bawa anak anak berjalan jalan?

Aku syorkan pergi rumah terbalik Melaka - Upside Down House Melaka...
Memang terbalik la... Pening kepala...

Bila masuk kat dalam rumah terbalik ini, akan ada pekerja Upside Down House Melaka bagi taklimat macam mana cara nak tangkap gambar yang betul. 

Cara, gaya semua dia bagi tahu lah. Kalau tak tahu jugak, memang ada pekerja Upside Down House Melaka ini akan bantu kita tangkapkan gambar. Siap bagi idea lagi gaya apa nak buat. Pekerja Upside Down House Melaka sporting dan mesra pelanggan. 


Teruja tak korang tengok gambar ni? Nampak real tak gambar ni semua? Pening pulak aku tengok gambar ni...



Walaupun terbalik, tapi baju tetap maintain tak terlondeh...






Alamat:
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
GPS Coordinate: N2.18927 E102.24587
Facebook: Upside Down House Melaka
Harga: 
Harga Tiket Dewasa: RM15
Kanak-Kanak: RM10
Warga Emas: RM10
Warga OKU: 50%
Operating Hours: 
Isnin – Khamis: 10.00 Pagi – 6.00 Petang
Jumaat – Ahad/ Cuti Am: 10.00 Pagi – 9.00 Malam

2015/11/11

Tip Ekstrem Berhenti Merokok dan Vape...

Sekarang ni kecoh dengan rokok dan vape... Meletup kat bibir la... Meletup dalam seluar la... Nikotin... Dadah sintetik dan dedah tetek la... Pokok pangkalnya, kalau kena cukai semua halal... 

Bak kata P. Ramle,

"Nak jual ganja perlu lesen, nak jual candu ada lesen. Belacan ini tiada lesen, jadi saya ‘smuggle’ (belacan ini) dari Malaya.”
Sebelum kena baling dengan monitor PC, baik korang baca tip tip nak berhenti merokok dan vape kat bawah ni... Susah benor nak faham orang Malaysia ni...

1. Kena tahu kenapa nak berhenti. Kalau dah tahu kenapa, jadikan sebab itu sebagai matlamat. Kalau memang tak ada niat untuk berhenti, sila abaikan post ini dan pergi mati gantung diri dari menyusahkan orang lain...

2. Orang yang merokok ni ada 3 sebab. Sebab memang nak merokok. Ketagihan nikotin. Dan tabiat.

3. Bila dah tetapkan matlamat berhenti merokok secara automatik kita tak merokok dah kerana nafsu nak merokok dah tiada. Semangat kena kuat beb. Tiap kali nak cucuh rokok cakap kat diri sendiri "aku kan nak berhenti merokok"... "Aku tak nak mati pucuk"...

4. Ketagihan nikotin boleh dikurangkan dengan kurangkan pengambilan rokok atau dengan bahan kimia pengganti nikotin seperti nikotin patch ataupun apa sahaja ubat berhenti merokok yang dijual kat farmasi. Vape jugak boleh digunakan untuk menggantikan ketagihan nikotin. Tak pun cuba gantikan ketagihan nikotin dengan ketagihan tengok blue... lagi syok oooo... berair je... Cari yang melayu punya...Perghhh... Kalau bertudung  makan 'aiscream' lagi stim... Kalau nak link, PM  aku...

5. Tabiat merokok juga boleh dijadikan salah satu cara untuk berhenti merokok... Macam merokok lepas makan. Tengah berak. Tengah panaskan enjin kereta. Sampai ofis. Lepak dengan kengkawan. Tabiat ni yang paling susah nak hilangkan. Yang ni kena muhasabah diri sendiri dan kuatkan semangat. Cuba buangkan tabiat merokok ni satu persatu. Contohnya. Kalau nak berak je kena ada rokok. Kalau macam tu cuba jangan berak seminggu, confirm tak merokok dah...  Tak pun... Cara nak atasi tabiat lepas makan je nak rokok, macam tu jangan makan... Kalau lepas makan kau kena rokok... Lepas makan kena berak... Waktu berak kena merokok... So kesimpulannya, jangan makan seminggu!!! Masa bulan puasa boleh pulak tak merokok... Jangan buang tabiat dah la... Menyusahkan keluarga nak buat kenduri 1,3 dan 40 hari pulak nanti...

6. Bila tabiat ni dah buang. Masa kau akan rasa ketagihan nikotin yang sebenarnya. Secara saintifiknya. Nikotin dalam rokok akan berkumpul pada satu tempat di otak dan memberikan satu perasaan tenang. Nikotin ni berkurang setiap masa jadi perokok perlu merokok untuk menampal balik kekurangan tersebut. Kekurangan nikotin boleh menyebabkan perokok berasa gelisah dan emosi tak stabil. Dapatkan sokongan keluarga. Sekurang kurangnya mereka tahu kalau kau asyik marah marah sebab tak merokok. Sekiranya perokok dapat mengatasi perkara ni, gerenti orang tersebut dapat berhenti sepenuhnya.

7. Ya. Bila berhenti merokok anda akan kuat makan. Sebabnya. Sel sel rasa lidah mula berfungsi dengan baik dan akan mula mengeluarkan air liur dengan banyak. Akan rasa nak makan bukan sebab lapar tetapi untuk memberi rasa kepada lidah. Cuba amalkan lemon atau gula2 pudina untuk atasi... Paling tak pun gigit je pen dan stapler... Maklum la, sekarang kan tengah bulan... Asyik makan je kang bankrup pulak kang...

8. Penyelesaian berbeza kepada setiap perokok. Cara untuk berhenti merokok juga berbeza2. Terpulang pada perokok tersebut untuk cari cara berhenti. Matlamat berhenti ada dah kan. Ada yang perlukan 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan untuk berhenti sepenuhnya. Bergantung pada semangat perokok.

9. Amalkan sikap tunggu sekejap. Orang biasa dengar 'lek lu, sap kok lu'. Tukar dengan 'lek lu, jangan sap kok lu'.

Sekian

2015/09/30

Impian Malaysia ke Piala Dunia

Alkisah... Seorang rakyat Malaysia terjumpa botol buruk berkilat...

Digosok... Digosok... Berkilat...
Tak semena mena keluar berkepul kepul asap...
Lalu munculnya seekor Jin...
Jin yang diberi nama Jin Yang Terhebat...

Jin Yang Terhebat; "Hei manusia... Terima kasih kerana membebaskan belenggu aku... Sebagai balasannya, apa yang kau mahu... Akan aku tunaikan segalanya..."

(Macam biasa baca cerita ni erk? Tapi di mana ya???)

Manusia: Aku nak seekor naga...

Jin Yang Terhebat; Hei manusia, minta yangg realistik boleh tak???

Manusia: Kalau macam tu, aku nak pasukan bola sepak Malaysia ke world cup boleh???

Jin Yang Terhebat; Ehhhhhmmmmmm... Susah tu... Apa permintaan pertama kau tadi wahai manusia??? Nak Naga??? Colour warna apa kau nak naga kau???


NotaKarut: JDT kena 3-1... Ok la tu...

2015/09/11

Abang Sado.

Abang Sado...


Abang sado... Lelaki yang kini menjadi rebutan wanita wanita...
Menjadi kegilaan dek kerana otot badan yang sasa...

Urat yang timbul menunjukan kegagahan...
Otot yang pejal melambangkan kemegahan...
Baju fit menelanjangkan susuk tubuh badan...

Menjadi kegilaan...

Tapi takukah wanita, mitos disebalik kesasaan...
Punai abang sado biasanya kecik...

Notakarut: antara alasan tidak mahu menjadi abang sado....




2015/09/09

Sperma Kurang Disebabkan Minum Kopi

Sperma Kurang Disebabkan Minum Kopi


Huih... tajuk... Tak hingat dunia...
Aku baca balik pun takut kot...

Tapi itu la kata sorang senior bos aku...
Ntah mitos ntahkan fakta...

Tak tau la pulak kalau dah ada kajian...
Minum kopi lepas tu...Gelek gelek... Lepas tu pancut... Letak bawah microskop...
Kira berapa banyak sperma...
Berjuta juta lemon sperma berenang renang keriangan terlepas dari kilang...

Eh... Tak terfikir la...
Tak tercapai akal aku ni...

Logik ke?

NotaKarut: Minum susu jugak dikatakan membantu meningkatkan bilangan sperma... Eh... Korang ni.. Betul betul ke buat kajian ni???

2015/09/08

Jumpa Babi...

Amaran: Entry penuh kemarahan dan kata kata kesat...



Situasi pagi yang hening...

Masih gelap...

Jalan dua lorong dua arah...

Jalan lurus Di simpang tiga...

Ada kereta dari simpang tiga... Berhenti... Menunggu...

Kelajuan biasa... Had laju kebangsaan...

Kereta tak banyak sangat... Maklum pagi hening lagi... Orang duk sedap peluk bini lagi...

Bila dah dekat... 

Tiba tiba babi keluar...

Hoi!!!

Ko boleh tunggu tak... Babi punya kancil...

Masuk melulu laju...

Dah masuk... Jalan macam siput babi... Babi betul kancil ni...


Notakarut: Stress pagi pagi mak nak!!!

2015/09/04

Percutian di Pulau Perhentian...

Masih segar dalam ingatan...
6 tahun dahulu... Di sini...
Masa aku belum lagi celik akal mengenal alam mentafsir karenah manusia...

Hari ini, aku kembali...
Melepas beban tugasan hakiki sementara dunia...
Untuk membesarkan keindahan alam...
CiptaanNya yang maha esa...

Bunyi deruan ombak... Pagi yang hening...
Bukan rutin normal mengharung hiruk pikuk mengejar masa dan wang di kota raya...

Tenang...

Namun...

Rindu...


2015/09/02

Hanya blogger sahaja memahami blogger...

Assalamualaikum.

Hanya jauhari yang mengenal manikam...
Hanya blogger sahaja yang memahami blogger...

Bila blogger yang baru nak naik, gila update sampai 2,3 entry sehari...
Bila blogger otai yang kehabisan idea nak menulis...

Perasaan sepi bila entry yang ditulis tidak mendapat sambutan...
Kecewa... Hanya blogger sahaja yang memahami...

Malam ini, saja aku baca entry entry lama...
Sambil mengenang kisah disebalik entry yang terhasil...

Baca sambil tersenyum...

Dan terfikir...

Sudah tua rupanya aku ini...

Kerana sudah tidak mengenali tulisan sendiri...

Hanya follower asal yang mengenal siapa dan bentuk tulisan Tukang Karut...

NotaKarut: Dah lama rasanya tak bercuti tetapi berkerja... Sekarang aku di pulau perhentian..

2015/08/26

Errrrm. Biasa La Tu... Eh... tak biasa...

Semalam... Dalam Kereta... Jem...
Errmmm... Biasa la tu... 
KL... Yang tak jem nya raya je...

Semalam... Dalam kereta... Jem...
Eh... Tak biasa...
Dalam kereta inova...
Dua orang sedang syok bercium mulut...
Clear pemandangan...

Ok... Biasa la tu kan...

Eh... tak biasa kau tau tak nyah...

Yang sakan bercium tu DUA ORANG LELAKI DEWASA kau tau jah!!!...

NotaKarut: Tetiba aku rasa nak cari bakul sampah... Uwekkkkk....

2015/08/25

Hentak Kaki Kuat Kuat!!!

Gaji... Gaji...
Hormat...hormat ke kanan hormat..

Gaji... Gaji...
Tukar langkah perlahan jalan...perlahan jalan..
Bayar hutang...

Gaji... Gaji...
Bergerak ke kiri bertiga-tiga ... ke belakang pusing...
Bayar bil air, elektrik, astro...

Gaji... Gaji...
Hentak ...kaki...
Tunggu aku!!!!

2015/07/30

Pasca Raya...

Lepas raya ni kita selalu terkejut-terkejut..

Terkejut kena gugur...

Terkejut tiba tiba terbakar...

Terkejut tiba tiba kena berhenti tetiba sakit...

Dan lebih terkejut....

Bila tengok balance dalam akaun kat mesin ATM...

Tanjat boboy!!!

2015/07/08

Longgar...

Masuk hari ke 21 berpuasa...

Seluar dah longgar...

Baju dah longgar...

Spender yang dah lama longgar makin terasa kelonggarannya...

#takselesabilapakaispenderrasamacamtakpakaispenderasyikmelorotkebontotakibatgetahspenderdahtakadagrip... 

2015/06/26

Pencapaian Puasa Yang Menakjubkan...

Masuk hari ke 9 puasa...
Akhirnya aku makin kurus...

Satu pencapaian yang menakjubkan...

Tapi yang kurus hanya dompet!!!

2015/06/19

Kura Kura Menyamar Arnab...

Ada sebab kenapa dibina 3 lorong lebuhraya...
Ada sebab kenapa lorong kiri untuk diklafikasi sebagai lorong perlahan...
Ada sebab kenapa lorong kanan diklafikasi sebagai lorong memotong...

Tapi... Tak ada sebab pun  kau perlahan dan duduk melangok kat lorong paling kanan...
Walaupun kau pakai cengkerang berlabel Ferrari sekalipun... Walaupun hakikatnya dalam hati ada kura kura...

Tak reti reti ke???

Bodoh!!!

Simpan sikit kebodohan tu...

2015/05/13

Janji Manis Ku...

Semalam... Aku dah berjanji dengan diri sendiri...
Berazam sungguh dengan penuh iltizam...

Nak mengurangkan berat badan...
Dengan cara berdiet...
Makan sedikit...
Makan sedikit...
Makan sedikit...
Makan sedikit...
Makan sedikit...


Akhirnya... Berjaya juga...

Makan sedikit...
Makan sedikit...
Akhirnya kenyang juga...

Alhamdulillah...

Sedikit sedikit lama lama jadi bukit juga... Eh... Boroi juga...

NotaKarut: Haihhhh... Salah konsep... Sedikit tapi kerap sangat pulak!!! Perut tak terasa teralas...

2015/04/23

Apa Yang Menarik Bila Ada Rumah Sendiri...


2009 - 2011 Rumah sewa...
Lokasi Taman Melati...
Merasa duduk bilik bujang... Satu tilam nipis... Satu penyakut baju... Satu TV dan satu mesin basuh...

2011 - 2015 Rumah sewa...
Lokaso USJ 13
Rumah kelamin...
Mengumpul harta pusaka... Bila nak pindah pening kepala...
Kena sewa 2 trip lori 5 tan...

NotaKarut: Pengalaman duduk rumah sendiri? Ok... Itu tajuk utama entry ni kan...
Huh... Banyak gila habis duit!!!!
Pemandangan waktu senja di Bandar Saujana Putra...



























Hari Membayar Hutang Kebangsaan...

Hari ini... Setiap bulan... Sama ada 23, 24 atau 25...
Bergantung kepada keterlihatan  anak bulan...


Adalah diistiharkan sebagai hari MEMBAYAR HUTANG KEBANGSAAN...

NotaKarut: Haihhhhhh... Nak bukak cimbcliks pun payah hari ni... Haihhhh...

Tambahan Nota: Kerja penat penat... Tapi bank jugak yang untung... Haihhh...

2015/04/22

Panas... Bila Alvin Tan Azan...

Isu Alvin Tan melaungkan azan..
Ramai gila ustaz dan ustazah jadi jadian di alam maya melompat...

Masa azan dilaungkan 5 kali sehari cara elok...
SIKIT sangat yang respon..
Ramai yang memalaskan diri daripada merajinkan diri menyahut panggilan mengadap...

Masa azan dilaungkan Alvin Tan...
WOW! Ramainya respon..
Ratus ribu..!!! Gila arrr...

Sebelum Dan Selepas Dapat...




2015/04/16

Barang Naik...


NotaKarut: Ada baiknya jugak barang naik ni... Akak akak pun banyak senyum lebar pagi pagi... Yea tak akak akak...

2015/04/15

Pendek...

Dari 16 ke tingkat bawah
Hajat di hati nak beli sarapan
seluk depan seluk belakang
duit pulak tak bawak...

Pantun 2 kerat tak jadi!

2015/04/13

Cara Yang Betul Timbang Berat Badan...

Tatacara menimbang berat badan:
1) Tarik nafas dalam2..

2) Naik atas penimbang dengan kedua2 belah kaki atas penimbang (bukan selipar atau kasut sahaja)..

3)Lihat result sambil jerit 
"TIPU!!! TIPU!!! TIPU!!!"

4) Turun dari mesin sambil menampar-nampar perut... 

pastu kata 'biasa ni.. biasa ni..."

2015/04/10

Asah Bakat lama...





NotaKarut: Lama sungguh tak pegang kamera... Berhabuk habis...

2015/03/24

Zakar Tegang Tak Sengaja Didalam Seluar Dikhalayak Ramai.

Salah parking...

Er...

Faham ke?


Bukan...
bukan salah parking yang ni...
Kalau jumpa yang ni memang patut sumpah seranah dua tiga bakul je...



Seksanya kalau salah parking yang ni...
Aduyai...

Zakar Tegang Tak Sengaja Didalam Seluar Dikhalayak Ramai.

2015/03/17

Kenapa Datang Masa Ini?


Pelik la BE ni... Datang bertimbun timbun masa aku tak aktif menulis... masa aku tengah rajin menulis dulu, satu pun payah nak lekat...

ke nak suruh aku tidur je ni?

Pelik la....

2015/03/16

Blog Sunyi Dari Pengunjung.

Assalamualaikum...


Oi... Ada orang tak oi...

Oi... Ada lagi ke orang yang nak baca blog ni oi...

Saje nak test market...

Almaklum... Dah lama menyepi... 

Oi... Ada orang ke tak?

NotaKarut: Semua kesibukan mengubahsuai rumah akan tamat secara rasmi pada 30 & 31 Mac 2015 selaras dengan perpindahan secara rasmi. Lepas ni boleh berblog seperti biasa balik... Yahoooo... Tapi... Ada ke tak ada orang rindu ni???????

2015/02/10

Cili kasi taruk...

Hari ni... ada orang gelabah...
Ketaq lutut... Ketaq kepala b*t*h...

Berdiri di atas benang keadilan...
Jatuh... maknanya salah di dunia... Belum tentu di akhirat...

Kekal berdiri bebas... Belum tentu selamat di sana...

Kita tengok siapa yang kena jual hari ni...

NotaKarut: Tulisan baru... Segmen baru... Pedas... gosip...

2015/01/21

DADDY SEX TU APA????

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya.

"Daddy.. daddy... sex tu apa daddy..?"

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan...

"Eh kenapa ni...?". Si ayah bertanya kehairanan.

Si anak masih juga menangis.

"Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa...!!!" Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis...

NAME : ..............................
SCHOOL : ..........................
CLASS : .............................
SEX : ..................................