Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bila Tukang Karut Bosan

Semua Orang Pening SOP

Dahulu dimulai dengan satu angka sehari Semua Orang Pening Kemudiannnya perlahan lahan naik ke dua angka sehari Bertambah Semua Orang Pening Ahhhh... seterusnya naik tiga angka sehari pula Semua Orang Pening semakin ketat Apabila Semua Orang Pening Angkanya mulai turun perlahan-lahan Sehinggalah pernah berjaya bebas. Namun, bukan Semua Orang Pening suka pening Orang Pening memang selalu buat Semua Orang Pening Mula2 satu ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula lima ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula sebelas ribu. Lama sikit biasa dah. Sekarang bila sampai tujuh belas ribu. Biasa la tu. Orang kata... Alah bisa, tegal biasa. Semua Orang Pening. Sakit tumit kaki memang tidak selesa. Apatah lagi hendak berjalan.

Sakit Mata dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

 Kerana rakyat, kata mereka. Tapi aku sebagai rakyat yang mewakili siapa-siapa mengetahui ianya bukan kerana rakyat sebenarnya. Jika ianya benar dan ikhlas kerana rakyat, pemikiran ahli-ahli polittik tidak sebegini rupanya. Berebut kuasa, bermuka-muka, mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan memperbodohkan rakyat, mendahulukan kepentingan sendiri melebihi keperluan rakyat dan banyak lagi yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati melihat telatah dan kelaku ahli-ahli politik di Malaysia ini. Sakit Pinggang ada ubatnya, Sakit kaki boleh diubatkan. Tapi sakit hati meluat ni, ubatnya adalah tunggu sahaja Pilihan Raya Umum kelak, akan aku luahkan segalanya di atas kertas undi untuk menolak monyet-monyet POLITAIK ini.

Scammer pun kalut

Sila tekan 0..... Hello, ada apa call? Pemanggil: Encik yang call saya? Eh... dia yang call kita kata akaun kita tertunggak. Nak batalkan akaun TM tadi. Pemanggil: jangan layan la. Saya scammer. Pulak!!! Scammer pun koyak! Penat layan orang ke hari ni? Xde ke scammer nak call lagi? Insurans ke apa ke... Tengah free sangat ni. Mau layan 2 jam pun tak de hal..

Langkah Pencegahan COVID 19, Elakan Sentuhan Fizikal Dengan Orang Asing.

Sebagai langkah pencegahan pada masa merebaknya wabak COVID 19 ini, jangan berkecil hati jika ada diantara kita yang enggan bersalam atau berjabat tangan dengan kita. Sentuhan fizikal dengan orang asing yang tidak diketahui tahap kesihatannya adalah langkah yang paling tepat dan selamat pada masa ini. Resepi Singgang Ikan Tenggiri Versi Pantai Timur SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Lama dah tak update

Suami : Tadi sayang pergi jumpa doktor.. doktor kata sayang sakit apa? Isteri : Doktor kata sayang tak sakit apa - apa cuma kata nya sayang stress dan perlukan percutian yang menyenangkan contoh nya ke London, Eropah, takpun Korea.. abang rasa kita patut ke mana ya? Suami : Abang rasa kita patut ke klinik lain.

Misi 10,000 langkah sehari.

Misi 10,000 langkah sehari. Tamat 1,000 pertama dah terbayang roti banjir sebagai hadiah untuk diri sendiri sebagai ganjaran. 2,000 langkah terbayang pulak roti sardin + kari kambing... Ok. Tamat disini sahaja. sebelum terbayang sekor kambing golek pulak.

Salah Faham!

Suri: "Abang, tolong call Pizza. Saya tak masak. Air tak ada" Tukang Karut: "Tak dengar!. Apa dia?" Suri : "Call Pizza!" Tukang Karut: "Nak buat apa?" Suri :?"Laa..nak makan la!" Tukang Karut : "Seorang ke satu family?" Suri : "Satu family la!. Takkan seorang kot!. Suruh cepat sikit!! " Tukang Karut : "Ye lah, ye lah. Abang call sekarang!" ........... Tukang Karut : "Hello Fizah! Akak kau ajak datang sini, satu family. Dia buat makan-makan. Jangan lambat tau!!!"

Takut Bini....

Tukang Karut : Semalam bini aku suruh basuh kain... Pak Kaduk: Abis tu, ko buat la? Tukang Karut: Ishhhh... Ko ni... Kita ni lelaki... Mana buat benda macam tu... Aku tengking dia balik... Pak Kaduk: Wahhh... Hebat... Hebat... Hebat... Aku nak belajar dengan ko la... Apa yang ko tengking dia? Tukang Karut: Aku tengking dia kuat kuat... " Sabun Mana!!!!? Mana Sabun????!!!" Padan muka bini kita tu... ingat kita takut dengan dia ke...

Mau Kahwin Lagi...

Petang semalam... Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika di parking, langkahku terhenti seketika... Aku nampak sebuah dompet besar betul betul terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. hummmmm.... Agak berat berisi. Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca di dalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik gila. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku pulangkan kepada pemiliknya. Aku bertanya semua jemaah,  tak seorang pun yg kenal. Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada di bungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berpe

Bila Kuli Merasa Nak Jadi Bos...

Kuli... Orang yang dibayar gaji... Cukup bulan dapat ganjarannya... Tapi bila kuli berangan nak merasa menjadi bos... Alamatnya... Tak sampai tengah bulan, kering kontang poketnya... Nak Makan, nak merasa jadi bos... Order apa sahaja... Tukang masak di kedai akan siapkan... tinggal nak bayar sahaja... Nak potong rumput... Panggil sahaja tukang kebun... Sekali potong RM30... Tapi zaman ni, memang kena jadi bos... Walaupun hakikatnya kuli batak sahaja...

Tak Kenal Mana Melayu...

Rutin biasa hujung minggu... Kalau tak ke kampung, duk melangok ke shopping mall... Lama dah perhati... Sampai dah tak kenal mana melayu mana cina... Skirt sama pendek singlet sama jarang... Sama seksi sama seksa... Dan... Dah susah nak kenal pasti mana perempuan mana lelaki... Sama seksi sama sado... Pandang sekali lelaki, pandang lagi... la... perempuan...

Perubahan Ke Arah Kebaikan.

1. Sebagai mahluk Allah yang normal kita kerap perlu membuat perubahan mengikut keperluan persekitaran dan keperluan masa dan keadaan 2. Biasanya kita berubah kepada yang lebih baik. 3. Terdapat banyak proses perubahan atau penghijrahan dalam bentuk fisikal dan minda 4. Menjadi kebiasaannya sebarang proses perubahan terpaksa kita alami dengan kesusahan terutamanya jika buat perubahan minda dan sikap 5. Permindahan daripada zone selesa dan baik kepada zone yang mencabar merupakan satu proses yang sukar tapi perlu dilakukan 6. Jika kita enggan atau tidak berpindah kita tidak akan menikmati Esok yang lebih baik insyaAllah

Untungnya mempumyai isteri yang bijak berjimat

Untungnya mempunyai isteri yang bijak berjimat Suami : Sayang, ni ada 20 ringgit.. ambik laa untuk buat belanja keperluan rumah untuk 3 hari ... Harap harap boleh cukup seminggu.. Isteri : Baiklah bang.. untuk setahun pun boleh pakai Suami : Betul ke cukup sayang?... Isteri : Insya'Allah cukup bang.. Suami : Nak belikan apa Sayang untuk cukup setahun tu? Isteri : Beli kalender... tahun 2017... boleh pakai untuk setahun.. Suami : aduhhhhhh...

Politik Dari Kaca Mata Kanak Kanak....

 Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah,  "Ayah, apa itu politik?". Jawab ayah,  "Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan.  Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?" Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.  Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.  Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.  Jemu me

Yang Naik Pasti Akan Turun

Apa nak peliknya...Semalam ia naik.... Dekat hari memangkah nanti, dia turun balik dengan drastiknya..... Masa tu semua cair n tergoda... Hasilnya sampai bila bila la... Past tense, present tense and future tense......

Merokok di dalam kereta

Ada sebuah kereta di depan, anak-anak kecil penuh dalam kereta dengan isteri... Cuma yang tak sedap tengoknya, si ayah yang memandu itu... Dengan selambanya merokok. Berkepul-kepul asap dalam kereta... Mungkin kesihatan anak tak sepenting membuat anak yang dikatakan rezeki dari Tuhan itu. Mungkin juga lelaki itu hanya fikir kahwin ini untuk sedap saja, dapat anak, jaga ala kadar saja... Aku tak nak pukul rata semua, sebab aku kenal juga rakan perokok yang tak merokok dalam kereta tatkala si kecil menumpang sama. Cuma itulah, puak-puak perokok yang anggap dunia ini dia yang punya. Sila meninggal. Tolong jangan membiak.