2020/12/19

Resepi Donut Gebu - Belajar Semasa PKP

Banyak yang aku belajar semasa kita semua terkurung dalam tempoh PKP 2020. Antaranya donut. Nampak mudah resepinya, tapi jika tak kena cara donut tidak akan menjadi, keras dan tak sedap.

Selepas beberapa kali mencuba, aku rasa teknik dan resepi ini yang terbaik dan confirm akan menjadi.


DONUT GEBU TANPA ULI


Bahan asas donut:

1 paket yis kering

2 sudu susu pekat

1 cawan air suam ( air jangan terlalu panas @ sejuk, nanti yis akan mati atau tak diaktifkan )

1 sudu gula


- campur air suam, susu dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan yis dan biarkan selama 10 minit. Yis akan mula mengembang sekiranya yis hidup.


Dalam tempoh menunggu yis diaktifkan, kita sediakan bahan-bahan kering.


4 cawan tepung gandum

2 sudu marjerin

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam


  • satukan semua bahan kering dalam bekas
  • ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Yis yang telah aktif dimasuk dan boleh mula menguli perlahan doh.
  • Biarkan doh selama 1/2 jam - 1 jam. Pastikan bekas ditutup. Doh akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.
  • Selepas 1/2jam - 1jam, tumbuk doh untu mengeluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada beberapa untuk dicanai dan terap. Untuk mengelakkan doh melekat boleh taburkan tepung di atas papan canai 
  • Doh yang diterap dibiarkan rehat selama 30minit lagi untuk doh mengembang semula. Untuk mengetahui doh dah bersedia untuk digoreng boleh diuji dengan mengangkat doh- doh akan terasa ringan.
  • Goreng dengan minyak yang panas tetapi dengan api yang paling kecil. Setiap belah donut digoreng dalam tempoh 1/2minit dan tidak lebih 1 minit.


NotaKarut: Tanda, simptom, punca dan rawatan slip disc

2020/04/13

Cerita Orang Susah Akibat COVID 19

Lewat ini bala wabak yang diturunkan Allah ni memperlihatkan belang kepada kita perilaku sebenar teruatama perangai manusia yang sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain sesuai dengan keadaan semasa. 

Hakikat kebenarannya manusia yang suka membuat pembandingan kesusahannya dengan kesusahan orang lain sebenarnya hidup dia tidak sesusah manapun. Nanum, dek kerana kegilaan mengejar populariti di media sosial yang menjadikan kerjanya sebagai keyboard warrior, sanggup memperlekehkan kesusahan orang lain.

Hidup dah tentu senang, kenapa harus dibuat perbandingan? Makan pakai secukupnya dengan sedikit kemewahan dan poket tidak pernah kenal erti kekeringan namun disebabkan perasaan hasad dengki akibat rasa diri dia punya pemikiran yang luar biasa hebat sanggup mengecam orang lain. Maki hamun orang lain. Hina orang lain. Perlekehkan kesusahan orang lain.

Hanya orang yang pernah hidup susah sahaja yang memahami apakah maknanya hidup susah ini. Tapi mereka tidak pernah walaupun seorang untuk menyalahkan orang lain. Mereka terima keadaaan hidup mereka seadaanyaa.

Orang yang kerjanya menyalahkan kerajaan.
Salahkan pusat zakat.
Salahkan masyarakat.

Hakikatnya, realitinya dan kebenarannya yang tak dapat disangkal dan terpamer kesenangan hidupnya adalah golongan ini. Kebanyakan golongan ini iada niat sekelumit pun untuk membantu. Sekadar gegak gempita macam tong kosong. Sembang kuat. Sembang babi terbang.

2020/03/27

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Malaysia yang menyentuh hati rakyat Malaysia

We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. 

And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. 

I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time. 

This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. 

So, my dear brothers and sisters, and the children ofthis beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. 

We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. 

God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. 

In shaa Allah.