2017/01/27

Lawak Banjir Kelantan

Di saat air banjir mulai menaiki beberapa kawasan bandar di Kelantan..

Beberapa pelancong asing mulai bimbang tentang kehadiran 'Aligator' di kawasan banjir di tempat penginapan mereka apabila mendengar ramai penduduk menjerit dan menyebut kehadiran reptilia ganas itu..

Sebijik macam dalam filem Rogue...

Selepas diselidiki mereka dapati bahawa terdapat kekeliruan mengenai haiwan itu dengan amaran penduduk sekitar yang menjerit dengan laungan;

".. alih keto ..!
!.. alih keto ..!!.."
(aligator!!..aligator!!)

2017/01/26

Ujian Hidup...

Ujian hidup bukan bermakna sentiasa ada masalah.

Tiada masalah juga adalah satu ujian.

Ujian kesyukuran...

2017/01/06

Tazkirah Pendek Jumaat.

Tazkirah pendek

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.