Langkau ke kandungan utama

Catatan

tanah runtuh Jalan Inas - Kg. Batu

Terdapat kegagalan cerun telah dilaporkan oleh JKR Daerah Kuala Pilah pada 2hb Mac 2009. Kegagalan mula berlaku pada 2nd Mac 2009 menurut pihak JKR Daerah. Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR bersama pihak JKR Daerah telah mengadakan lawatan tapak kejadian tersebut pada 3rd Mac 2009 untuk membuat siasatan kegagalan cerun tersebut. - Terdapat satu (1) cerun berlaku hakisan secara 'slump' dengan ketinggian lebih kurang 10 - 15m dan lebar 130m. Sudut kegagalan cerun pada 85ยบ-90˚. Jenis tanah yang terdapat pada tempat kejadian ialah Sandy Soil dengan parameter Unit Weight 20kN/m-3, c = 0kPa dan phi = 36 - Hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air dari sebelah jalan yang tersumbat oleh pasir dan sampah pada sistem saliran permukaan jalan. Air tersebut telah memenuhi bahu jalan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah (material loose). - Titik Kelemahan berlaku di kaki cerun memandangkan terdapat aliran sungai dan ketiadaan struktur penahan di bahagian tersebut. Semasa huja