Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update Pantas...

Baru jea sedar selepas "pengsan" selama 4jam lebih... Tekak rasa sangat la tak selesa sebab TERLAMPAU banyak jerit, ketawa sampai terguling-guling pecah perut... Suara yang keluar antara dengar tak dengar jea... Badan sakit2, walaupun tak ada aktiviti yang berat... Kepala pun berpusing-pusing berpinar-pinar mungkin akibat terlebih makan atau terlebih makan kambing golek!!! Mungkin agaknya badan aku dah TUA... Kalau orang yang tak kenal aku, mungkin akan cakap aku dah kawen dengan anak berderet-deret beratur... Muka pun nampak dah tua...Umur dalam lingkungan 30an!!! Oit!!! Padahal yang sebenarnya aku baru jea 26 tahun ma...

OFF DUTY...

DATE : 3-5 DECEMBER 2010 LOCATION : SELESA RESORT, BUKIT TINGGI... (tinggi mana??? jangan tanya aku...) Siap sedia untuk didera, diceramah, diuli, dicampur gaulkan sebabnya..... dah nama kursus ni pun membina pasukan (team building)... Apa yang nak dibina pun aku kurang periksa... tunggu jea penghujung kursus nanti baru nampak apa kebaikannya...

Apa Yang Perlu Aku Lakukan???

Macam mana nak buat orang tertarik dengan aku??? Yang follow aku sebab apa yang aku tulis dan bukan sebab terpaksa sebab aku dah melawat atau di lawati dan sama2 meninggalkan jejak... Penat aku cuba berfikir cara otai blogger berfikir... kreatif seperti cik epal , kritis macam ladyrye , atau Fida dengan idea gila2 lucu sedikit lucahnya... atau cik katak merah jambu ... Tapi sangat la hampa... Sebabnya... Aku perasan satu perkara... Aku lebih dominan menggunakan otak kiri berbanding otak kanan!!! Sifat kekreatif tu kurang... Macam mana nak asah bakat kreatif tu yea??? ada sapa yang boleh bantu???

Eh... Kenapa Tak Gerak Pun...

Selepas 2 hari, aku yang kononnya nak kurus ni berdiet, dengan rasa megahnya nak jugak tengok perbezaanya selepas 2 hari... Timbang punya timbang.... Tunggu sekejab... Tunggu lagi... Lagi menunggu... Gerak la wahai angka... Kenapa la angka-angka ni macam tak nak bergerak jea... Masih 75kg!!! Haih!!!! So... Sebagai hadiah, hari ni aku makan busat!!! Muahaha... Makan time... Fida... ada coklat lagi x?

pagi-pagi yang membosankan...

7.30am. breakfast time. every workday!!! Location: Cafe bawah. Bosan lepak breakfast dengan orang yang dah berumur ni... semalam cerita yang sama, hari ni sambung cerita semalam, lusa confirm akan cerita yang sama.... Tulat akan ulang balik cerita semalam!!! Haih!!! Aku ada lagi 32 tahun lagi nak berkhidmat... Takkan la nak lalui pagi yang membosankan sama sepanjang masa...

GENIUS BY BIRTH, LAZY BY CHOICE

Paling aku tak suka bila aku bangun pagi2, melimpah ruah idea nak coret2 dalam blog aku yang tak seberapa nak ada ni... Tapi menjelang petang, (sebab selalunya tak ada masa mencoret idea masa waktu kerja) ketika banyak kelapangan, idea tu macam segan2 jea nak muncul... Malas? Aku memang malas!!! Sebab? Sebabnya aku perasan bijak!!! So... Buat apa nak susah payah kan? Sebab tu, aku letak header macam di atas tu... GENIUS BY BIRTH, LAZY BY CHOICE Sekarang aku nak mencabar diri aku, untuk menjadi rajin... Cabaran untuk rajin membaca... Walaupun untuk membaca blog sahaja... Cabaran untuk rajin mengomen... Walaupun aku sangat malas dan lebih suka menjadi pembaca senyap (silent reader!) Cabaran untuk rajin berfikir membina ayat kebabomms supaya dapat menarik perhatian daripada para blogger... Cabaran untuk menaikkan traffic pembaca... Cabaran di atas hanya akan dilaksanakan dalam blog sahaja... Untuk cabaran di dunia realiti, aku mencabar diri aku ini untuk MENURUNKAN BERAT BADAN sehingga me

blog review tukang karut

Komen2 dari otai2 blogger... Akan aku usahakan untuk perbaiki apa yang dikomen tu...