Langkau ke kandungan utama

Catatan

Glemer...

Disatu petang yang dingin... Ada wartawan sedang mencari pakar untuk memberikan penerangan mengenai hal hal isu semasa... Bernasib baik... Tak perlu dia mencari jauh... Tuah datang bergolek... Ada jugak Tuah yang datang berjalan... Dia terjumpa seorang perempuan yang gayanya macam seorang pakar sedang tercongok congok melihat keadaan cerun sambil tangannya ralit mencatit sesuatu... Elegan... Seksi bergaya dengan tas tangan yang besar... Penemuramah: Apa khabar puan... Pakar: Yea... surat khabar tak beli lagi... Owhhh... Mungkin dah petang ni puan... tu yang tak keluar lagi surat khabar... Sebelum saya pun melalut ke laut... Boleh saya tanya puan mengenai isu isu semasa yang tengah hangat dan hangit sekarang ni? Yea... Saya bagi 3 soalan jea... Apa pandangan puan mengenai tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di hulu langat Pandangan saya kabur jea... Mungkin sebab saya lupa nak pakai spek... Next question please? Adakah hujan penyebab kejadian ini?

Mulakan Hari Ini Dengan...

Selamat Pagi... Mulakan hari ini dengan senyuman... Senyum semua... Senyum la... Senyum la!!! Degil ni... Nak kena campak ke laut dalam ke? Biar jerung2 datang memamah daging yang ada... Ni nak marah ni... Tak mengikut arahan... Suruh senyum pun susah... Sampai gigil2 bibir suruh senyum... (eh... Tu aku la... kena marah dengan cik tunang pasal suruh berlatih senyum...) Senyum lebaq lebaq sampai koyak bibir lebaq macam Ning Baizura... "Keasyikan layananmu Menggambarkan kemesraan Diantara sejuta kenangan... " Eh... Ternyanyi pulak... jangan hujan lebat sudah la... Kang banyak lagi pulak yang runtuh kang... NotaKarut: Ada urusan negara yang perlu diselasaikan... Urusan rakyat jelata yang kepanikan...

Tak... Tak... Bukan Macam tu...

Tak faham tak bermakna tak tahu... Tak tahu tak semestinya tak pandai... Tak pandai tak semestinya tak bodoh... Tak bodoh tak semestinya tak faham... Faham ke? Ntah... Macam faham... Tapi rasa rasa macam tak faham... Atau buat buat faham? Atau buat buat faham yang sebenarnya tak faham tapi buat buat faham? adei... tak faham... aku pun terkeliru sekejab... NotaKarut: Tak perlu menilai jika terbaca entry di blog orang yang mempunyai banyak maksud tersirat... Yang tersurat pun belum tentu lagi faham...