Langkau ke kandungan utama

Catatan

Faktor Kegagalan Diet.

Suri: Abang Musang... Nak makan apa ek malam ni? Musang Berjanggut: Kita makan kat luar je la... Kat Secret recipe... Suri: Ok... Abang nak makan apa? Spageti? Mee kari?  Musang Berjanggut: Ermmm... Abang nak diet la... Abang ni macam dah masuk pertandingan memabawak belon dalam baju lak ni... Suri: Ok ok... Cam tu abang makan salad je la... Musang Berjanggut: Salad je? Suri: Yea la... Kata nak diet! Musang Berjanggut: Errr... Abang rasa... Abang rasa nak makan kek tiramisu ngan indulgence cake la... Suri: Abang... Abang... Itu bukan diet... Itu DIE EAT!!!!

Testing Testing Testing....

Cobaaaannnn... Cobaaannnnnnnnnnnnnn.... Satu Dua Tiga... Muka blog baru... Ada komen? Semangat menulis masih yang lama... (Macam dah pudar...)

Berterabur...

Seperti yang sedia maklum... Blog ini baru sahaja pulih selepas dihack hacker yang tak bertanggjawab... Lepas ni sesiapa yang kena hack, mai la jumpa aku... Aku tau dah nak buat cam mana... Kepada hacker2 semua... Henti la buat benda pandai ni...( aku kata pandai sebab tak semua orang tahu cara nak hack)... Gunakanlah kepandaian anda itu untuk menjana pendapatan... La ni banyak jabatan kerajaan buat Security Posture Assessment (SPA)... Setting blog ni berterabur... Sebab nak buang apa yang diinject tu... Nanti la kalau aku rajin aku baiki balik... Ke ada yang rajin nak tolong makeupkan blog aku ni??? NotaKarut; baru sampai dari kuala terengganu... Penat...

Kena Hack...

Ah sudah... Blog cikai macam blog aku ni pun kena hack gak ke? Aduyai... Tolong la...  Tolong la jangan inject mallware....

Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk)

AlKisah 1 #  Musang Berjanggut: Yang... Abang kat kedai makan ni... Ada nak pesan apa-apa? Suri: Tak mau la bang, nak diet... Selepas setengah jam, Musang Berjanggut balik umah, goyang kaki dan tangan tak beli apa-apa... Masuk je rumah, tengok suri tarik muka muncong panjang sedepa mengalahkan buaya jenjulung lak... Musang Berjanggut: Apsal muncung lak ni... Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii.... Suri: Memang la orang kata tak mau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr.... Musang Berjanggut: Ayakkkk!!! Alkisah 2# Musang Berjanggut: Abang nak pi pasar tani Shah Alam ni... Nak beli barang masak... Nak beli apa? Suri:  Beli la kepala ikan merah, ikan parang, ikan tenggiri, bawal jangan lupa... Ikan kembong sekali... Ayam sekor... Sayur campur campur la bang... Selepas sejam... Musang Berjanggut: Nah... Abang beli macam macam ni... pi la masak... Suri: Ok... Selepas sejam.... Krik krik krikkkkk... Su

Isnin, Kenapa Murung?

1.Kajian saintis dan pekerja veterina yang menjaga panda Malaysia, kebanyakan pekerja akan bermuka masam sebaik sahaja mereka sampai ke pejabat dan hanya akan senyum bermula pada pukul 10.35 pagi Isnin secara puratanya... 2.Kajian yang dilakukan juga mendapati untuk mengatasi sindrom monday blues yang melampau ini, kebanyakan pekerja tidak terus melakukan kerja sebaik masuk ke pejabat sebaliknya mereka akan mengemaskini status di FB menunjukkan betapa malasnya mereka bekerja pada hari Isnin... 3. 30 Minit adalah masa yang diperlukan pekerja untuk mengeluh dan meluahkan rasa bencinya pada hari Isnin... Tapi Encik Isnin bin Selamat tidak bersalah di dalam hal ini... 4. Kajian akedemik dan hasil audit Jabatan Perangkaan dan Penerangan Malaysia mendapati mereka yang mengalami monday blues paling teruk adalah mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun... 5. Hanya kira-kira 3 jam 30 minit sahaja tumpuan sepenuhnya terhadap kerja menunjukkan Hari Isnin adalah hari yang paling t

Eh Eh Eh... Lupa lak...

29 May 2014... ---> 30 Tahun dah hidup... NotaKarut: Sebenarnya aku lupa... (Atau buat buat lupa)... Cam mana la... Besday sendiri pun lupa... Nasib baik la ada notification FB...