Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa, Ramai orang pasang niat, Nak meluangkan masa, Penuhkan masjid nak beramal ibadat... Malam pertama tarawih, Penuh masjid sampai ke jalan, Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah, Jangan pulak sekerat jalan... Pagi pertama dah muka toya, Nak menunjuk dia puasa, Dah petang baru nampak muka, Waktu rehat ghaib entah ke mana... Tadi toya sekarang ceria, Datang dekat bau rokok, Ape jenis punya manusia, Lebih kurang monyet di atas pokok...

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap Terbanglah burung ke serata benua Tukang karut hanya nak mengucap Selamat berbuka puasa kepada semua NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat Jumpa pulak anak Pak Mat Masa puasa lesu tak bersemangat Bila berbuka hantu raya tabik hormat Resmi si ikan sepat Hujan rintik melompat lompat Sana tangkap sini pun rembat Lepas berbuka mata pun rapat NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...