Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017 Berikut adalah isi (intipati) daripada ucapan bajet daripada Menteri Kewangan sebentar tadi: 1) Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, 3.4% lebih tinggi daripada Bajet 2016 sebelum ini. 2) Kerajaan menjangka untuk mencapai 3% defisit fiskal pada tahun 2017. 3) Hanya 2.1 juta pembayar cukai pendapatan daripada 14.6 juta jumlah tenaga kerja negara. 4) Tiada kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk 2017. 5) Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi. Kerana tanpa keyakinan, tidak akan ada pelaburan untuk memacu ekonomi. Untuk menghargai sumbangan penjawat awam, yang berikut telah diumumkan: 1) Untuk memanjangkan tempoh “Fully-Paid Study Leave” dengan biasiswa kepada Kumpulan Sokongan (Support Group), yang pada masa ini terhad kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 2) Cuti kuarantin sehingga 5 hari tanpa rekod untuk penjawat awam yang mempunyai anak yang sakit dan perlu dikuarantinkan. 3) Kemudahan pinjaman kompute

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali Kawan yang pertama Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Kawan kedua Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Kawan yang ketiga Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia ejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancura

Ekonomi Lompong Malaysia

ZINKAN saya berkongsi detik BLINDSPOT di sini; tidak ramai yang memberi perhatian bahawa pada 2014, 29.1% daripada jumlah import Malaysia adalah barangan Elektrik dan Elektronik (E&E). Pada tahun yang sama, 35.7% daripada jumlah eksport Malaysia juga adalah barangan E&E. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku? Bahasa mudah, asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah. Malaysia mengimport komponen-komponen yang murah dari Negara China, memasangnya sebagai produk siap di dalam negara dan mengeksport sebagai barangan untuk dijual. Malangnya, produk akhir yang dieksport kebanyakan adalah jenis Barangan Pembuatan Asli (OEM); dihasilkan menggunakan tenaga buruh murah bagi syarikat asing. Jarang sekali kita mengeluarkan produk sendiri atau mengeksport jenama negara ini. Hasilnya, nilai tambah dalam rangkaian pengeluaran barangan E&E dianggarkan sekitar hanya 15 peratus. Konsep yang sama dilakukan buat industri tekstil Malaysia, yang tidak ubah seperti kedai jahitan murah u

Cara Baiki Blog yang Tak Boleh di Komen.

Maaf Kawan Kawan... Terutama Kawan Kawan Blog Lama... Ada yang Sejak 2009 lagi... Aku baru nak berjinak jinak aktif balik dengan aktiviti penulisan blog ni. Semasa melawat kawan kawan, perasan ada blog yang tak boleh dikomen. Mungkin ada masalah. Bila taip komen di ruangan yang disediakan dan di publish, tiada komen yang dipaparkan. Mungkin ada masalah di blogspot atau akaun google. Kalau itu yang terjadi, cara penyelesaiannya adalah seperti berikut: Setting Post, Comment and sharing Comments Comment Locatian -  Pilih Pop up Window. Save setting. Selesai masalah. Terima kasih.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu. Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller Walaupun jenama stroller  Hauck  masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini).  Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia. Jenama  Hauck  ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik. Apa yang beza dari Model Duett asal? Terdapat beberapa perubahan pada versi baru  Hauck Duett 2  ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama. Pemegang stroller ini juga sudah boleh dil

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki?

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki? Bos aku pernah nasihatkan... Jangan berkira langsung dengan ibu bapa kalau nak murah rezeki! Sebenarnya, untuk memperolehi rezeki yang melimpah ruah banyak... Bukan dengan berkerja sampai tak kenal siang dan malam... Sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua... Berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet... Atau seperti kebudak budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... Berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu. Doa dan keredhaan ibu bapa yang akan membuka pintu pintu rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan insshaAllah mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kita.

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat?

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat? Berkat itu bermaksud "Bertambah dengan kebaikan". Bagaimana pula untuk merasainya? 1. Pendapatan yang sedikit, tapi cukup. Malah dapat memberi kepada yang memerlukan walaupun sedikit. Tabung Masjid tidak pernah dilupakan, zakat tidak pernah diabaikan. Mengukur baju di badan sendiri. Nikmat padanya dengan memberi. Seorang ayah yang miskin, mampu memelihara anaknya. Tiada yang kebuluran. Mengapa? Itulah berkat namanya... 2. Pendapatan yang banyak, lagi mudah untuk menolong. Dirasakan yang banyak itu perlu dikongsi. Mencari ruang untuk berkongsi. Memahami sebahagian kelebihan yang Allah berikan itu, ada bahagian untuk yang memerlukan. Tidak perlu orang datang untuk mengemis! Sombong itu tiada dalam diari hidupnya. 3. Masa yang sangat sibuk, tapi mampu untuk melakukan yang wajib dan membiasakan yang sunat. Subuhnya tetap dalam waktunya. Sedar, kesibukan bukan penghalang untuk selalu sujud kepada Nya. Nabi Yusof a.s juga sibuk meng