Langkau ke kandungan utama

Catatan

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina?? Penjual kuih : Dua-dua ada... TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2... Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke??? TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak! Penjual kuih : Tepung pelita ni?? TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!

Main Bola Gantung...

Tahniah pasukan bola sepak sukan SEA Malaysia yang erjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1... Dalam kekalutan... Dalam debaran... Terlepas satu dua makian... Kadang-kadang menjerit marah... Sang suri menegur... Suri: Awak ni.... Tengok bola diam diam je la... TK: Eh... Orang Tengah semangat ni... Suri: Tengok bola pandai... Main pandai ke? TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni juara tau... Suri: Iye la tu... Macam la baru semalam baru kenal awak... TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni.... Juara main BOLA GANTUNG...

Khasiat Daun Pisang.

KHASIAT DAUN PISANG Selain dari daun KETUM.. DAUN PISANG juga boleh menyembuhkan pelbagai macam gejala2 penyakit seperti ;               1. Perut pedih 2. Bepeluh 3. Badan ketar 4. Kurang konsentrasi 5. Pening/sakit kepala 6. Mata berkunang-kunang 7. Tidak bertenaga     Caranya : Ambil Dua Helai daun pisang lalu letak berlapis Kemudian letak nasi , ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucok paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek di tambah daging masak gulai atau ayam bakar.... Makan tanpa peduli org disekeliling. Pasti gejala penyakit 1 hingga 7 seperti di atas akan dapat di atasi. SELAMAT MENCUBA