Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lawak Malam Jumaat

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. "Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari." Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang ..!" Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!" Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja..

Gambar Perempuan digunakan sebagai bahan lawak...

Sejujurnya aku tak suka lawak-lawak yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Lagi lagi kalau lawak berbaur kelucahan melampau... Cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar-gambar mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak-lawak haram jadah yang diedit oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak  dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp.

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina?? Penjual kuih : Dua-dua ada... TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2... Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke??? TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak! Penjual kuih : Tepung pelita ni?? TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!