Petang semalam... Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika di parking, langkahku terhenti seketika... Aku nampak sebuah dompet besar betul betul terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. hummmmm.... Agak berat berisi. Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca di dalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik gila. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku pulangkan kepada pemiliknya. Aku bertanya semua jemaah, tak seorang pun yg kenal. Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada di bungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berpe