Teguran dari Allah. Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji. Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambt boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran. Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali. Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya " Tak mengaji kat rumah ke?" Si anak menjawab jujur. " Mengaji ustazah" Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya ad