Langkau ke kandungan utama

Catatan

GROUP WASSAP LORONG 9

Pak Man created group "Jiran-jiran Lorong 9" Pak Man added 0157777897 Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dalam group ni? Pak Man : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni. Sabrani : Hi Leha. Pak Sani : Morning Leha. Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk? Pak Man : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow. Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes? Leha : Tak suka la group ni. Sabrani : Kami nak berukhwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni. Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada. Pak Sani : Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer. Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan. Pak Sani : Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support. Leha : Bagi Leha jadi Admin Pak Man. Leha change to Admin Leha added Kak Siah Pak Sani left Leha added Siti Salamiah Sabrani left Leha added Ustazah Kamariah Pak Man left Abg Jai left

Alam telah lama mengajar kita.

Kalau ingin menangkap ayam, jangan dikejar. Nanti kita akan penat dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dengan mudah ia datang dengan rela. Begitulah Rezeki, Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu. Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. Tetapi tanamlah bunga. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayap-sayapnya yang indah. Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga datang : lebah, pepatung. dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.

TIPS BACAAN AL-QURAN

TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. 3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu. 4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jang