Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rawatan Sedut Kahak

Runsing anak batuk berkahak? Bunyi nafas anak macam ketat di dada? Walaupun anak makan ubat seperti yang disarankan doktor tapi batuk berkahak masih lagi belum berkurangan malahan semakin menjadi-jadi sehingga tidur anak pun terganggu. Anak yang berusia di bawah 3 tahun kebiasaannya tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak dengan sendiri. Oleh itu, kaedah penyelesaiannya adalah sedut kahak. Anda sebagai ibubapa boleh lakukan sendiri rawatan sedut kahak sendiri di rumah. GELI!? Ya, memang geli sekiranya teknik sedut kahak anda tidak sesuai. Anda tidak perlu melakukannya sendiri, di Evercare Physiotherapy menawarkan perkhidmatan untuk sedut kahak kanak-kanak. Rawatan Sedut Kahak Apakah kebaikan membuat rawatan sedut kahak? Apabila sesudah rawatan sedut kahak, pernafasan anak akan mula beransur pulih dari sebelumnya. Selain itu, paru-paru juga senang untuk berkembang dan rasa tidak ketat di dada. Berapa kos rawatan sedut kahak? RM40.00 sahaja

Lama dah tak update

Suami : Tadi sayang pergi jumpa doktor.. doktor kata sayang sakit apa? Isteri : Doktor kata sayang tak sakit apa - apa cuma kata nya sayang stress dan perlukan percutian yang menyenangkan contoh nya ke London, Eropah, takpun Korea.. abang rasa kita patut ke mana ya? Suami : Abang rasa kita patut ke klinik lain.

Rasanya Malam Ni Aku Tidur Luar...

"Ruang tamu ni tak pernah kemas. Kemas sikit sepah. Kemas sikit sepah balik. Zara! Bilik tu dah macam tongkang pecah! Bersepah dengan mainan." bebel si Suri Aku dengan Zara yang tengah leka menonton tivi saling berpandangan. Aku pandang Zara. Zara pandang aku. Zara buat muka mencebik bibir kat aku. "Zara la ni suka sepah-sepah. Kejap lagi pergi kemas bilik." balas aku menambahkan rencah bebelan suri. "Papa la ni tak nak teman Zara kemas bilik." balas Zara pula. Bukan main lagi dia menjawab. Kami berdua pun menyambung kembali menonton tivi. Masing-masing tak bergerak dari tempat duduk. Memecahkan kesunyian aku pun cakap, "nak sentiasa kemas senang je. Ajak la orang datang rumah. Confirm rumah bersih." Suri  menjeling tajam lebih tajam dari sembilu dari jauh bila aku cakap macam tu. Aik. Aku salah cakap ke ni? APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.