2010/03/23

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

MEI
Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

Rahsia Lelaki Gemini...

"Gemini Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya"


wuaaa....macam banyak yang x betul jea ni....

2010/03/19

KADANG-KADANG...

KITA TAU ITU BETUL...
TAPI KENAPA KADANG-KADANG KITA TAK NAK IKUT???

KITA TAU ITU SALAH...
TAPI KENAPA KADANG-KADANG KITA NAK IKUT JUGAK???

KITA TAU ITU BAIK...
TAPI KENAPA KADANG-KADANG KITA TAK NAK BUAT BAIK???

KITA TAU ITU BURUK... BUSUK...
TAPI KENAPA KADANG-KADANG KITA BUAT JUGAK???

Percutian Di Sabah. Apa Yang Boleh Dilakukan.

HUH... PENAT BETUL... DARI MIRI, SARAWAK MASUK BANDAR BEGAWAN, BRUNEI, LEPAS TU MASUK BALIK LIMBANG SARAWAK, KEMUDIAN MASUK BALIK BRUNEI MELALUI SEMPADAN LIMBANG, KELUAR BALIK IKUT LAWAS SARAWAK, DAN AKHIRNYA MASUK SABAH...

KENA JUGAK LALU POS IMIGRESEN DAN KASTAM JUGAK WALAUPUN WARGANEGARA MALAYSIA!!!

TAPI APA BOLEH BUAT... DAH ITU SYARAT MEREKA SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA DULU...
WELCOME TO KOTA KINABALU...
DENGAN DISAMBUT MERCU TANDA IKAN LAYAR... DISINARI CAHAJA SENJA... MEMANG CANTIK...
MUTIARA??? AKU PUN DAH BERPINAR2 MATA TENGOK MENATANG NI... TERLAMPAU BANYAK... NASIB LA ADA YANG KIRIM... KALAU TAK JANGAN HARAP AKU NAK BELI... NAK TENGOK PUN DAH TERMUNTAH DAH... SEPANJANG PASAR PHILIPPINES MEMANG MUTIARA JEA YANG DIORANG JUAL...

PART YANG PALING AKU SUKA... MAKAN TIME...

JANGAN TANYA AKU...AKU PUN TAK TAHU NAMA MENATANG NI... YANG PENTING SEDAP... HUHU....


WUUUUUAAAAAA... SEDAP2 MAA...............
SEPANJANG PASAR NI MACAM2 ADA......
TERLIURRRRRRRR MAAA.........
MURAH2 MAAAAA......

Percutian Di Sabah. Apa Yang Boleh Dilakukan.

KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN...


MALAM PASTI AKAN TIBA WALAUPUN KITA TAK PERNAH JEMPUT...

Lawas. Penghujung Negeri Sarawak.

AKHIRNYA... SIAP JUGA KERJA PEMERIKSAAN CERUN DI SEPANJANG JALAN SARAWAK... 1095KM DARI KUCHING SAMPAI LA KE LAWAS...
INI LA SEBAHAGIAN WARGA-WARGA CERUN YANG TELAH MENJELAJAH SATU SARAWAK....

GAMBAR SEBELUM MASUK KE BRUNEI SELEPAS LIMBANG... BRUNEI TERBAHAGI KEPADA 2 TEMPAT YANG DI PISAHKAN HANYA DENGAN SUNGAI...
TAK ADA JAMBATAN UNTUK MENGHUBUNG 2 NEGARA NI... SO... PENGHUBUNG ANTARA 2 NEGARA NI IALAH FERI... YEA... FERI... WALAUPUN JARAK SUNGAI TAK SAMPAI PUN 20M...











WELCOME TO BRUNEI....


AKHIRNYA... SAMPAI JUGA AKU KE NEGARA ORANG...
INI PERTAMA KALI AKU TENGOK DUNIA LUAR...
WALAUPUN SERUMPUN... BAHASA YANG AGAK SAMA... TAPI BAHASA BRUNEI SEDIKIT LEMBUT DARI BAHASA MELAYU...
GAMBAR BARU LEPAS POS PEMERIKSAAN IMIGRESEN DAN KASTAM ANTARA DUA NEGARA...

KEBETULAN PADA HARI PERGI BRUNEI NI, NEGARA BRUNEI MENYAMBUT HARI KEBANGGSAAN MEREKA...
TAPI... KAMI TAK SEMPAT TENGOK PUN... SEBAB MASA SAMPAI MAJLIS DAH HABIS PUNG....
SO... AMACAM???
SAMA TAK DENGAN ORANG YANG BELAKANG TU???



MASJID BERKUBAH EMAS... EMAS BETUL ATAU TAK AKU PUN TAK TAHU...
YANG AKU TAU PERUT DAH LAPAR... DAH BERDONDANG SAYANG MENYAYIKAN LAGU KEBULURAN...

JANGAN FIKIR ORANG BRUNEI DUDUK ATAS TANAH MACAM KITA...
MASIH RAMAI YANG TINGGAL DALAM KAMPUNG TERAPUNG@ KAMPUNG AIR....

BILA.....

BILA YANG SENANG KITA JADIKAN SUSAH...
BILA YANG SUSAH KITA JADIKAN SENANG...
TUNGGANG LANGGANG LA DUNIA NI...

BILA YANG HALAL SUSAH NAK DAPAT...
BILA YANG HARAM SENANG NAK DAPAT...
MAKA BERTAMBAHLAH YANG "TAK SAH TARAF"

BILA YANG KECIL KITA BESAR2KAN...
BILA YANG BESAR KITA KECIL2KAN...
MAKA SAMPAI KIAMAT PUN TAK AKAN CUKUP...

APA YANG NAK HAIRAN...
BUKAN KITA KER YANG MENCORAK HIDUP MACAM TU...