Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Rasanya Malam Ni Aku Tidur Luar...

"Ruang tamu ni tak pernah kemas. Kemas sikit sepah. Kemas sikit sepah balik. Zara! Bilik tu dah macam tongkang pecah! Bersepah dengan mainan." bebel si Suri Aku dengan Zara yang tengah leka menonton tivi saling berpandangan. Aku pandang Zara. Zara pandang aku. Zara buat muka mencebik bibir kat aku. "Zara la ni suka sepah-sepah. Kejap lagi pergi kemas bilik." balas aku menambahkan rencah bebelan suri. "Papa la ni tak nak teman Zara kemas bilik." balas Zara pula. Bukan main lagi dia menjawab. Kami berdua pun menyambung kembali menonton tivi. Masing-masing tak bergerak dari tempat duduk. Memecahkan kesunyian aku pun cakap, "nak sentiasa kemas senang je. Ajak la orang datang rumah. Confirm rumah bersih." Suri  menjeling tajam lebih tajam dari sembilu dari jauh bila aku cakap macam tu. Aik. Aku salah cakap ke ni? APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Lawak Hari Ini. Jutawan Melayu Bedah.

Saya mengesyaki ada seorang wanita jutawan Melayu yang mempunyai saham yang besar dalam semua hospital swasta di Malaysia. Kerana kekayaan dan pengaruhnya, dia juga mendapat keistimewaan di semua hospital kerajaan. Kalau kita pergi kesemua hospital di Malaysia, ramai yang tak perasan ada sebuah bilik khas disediakan untuk wanita ini. Siapa namanya? Saya tak pasti nama sebenarnya. Saya rasa namanya mungkin Zubaidah, mungkin juga Zabedah kerana berdasarkan notis di luar biliknya di mana-mana hospital di Malaysia, tertera nama... ~ BILIK BEDAH! ;)

Petua Menghalau Lipas

Petua Menghalau ular

Petua Menghalau Cicak

Hadis Palsu mengenai puasa Tarwiyyah

Hari Tarwiyyah adalah hari yang ke 8 Dzulhijjah. Hari Tarwiyyah TIDAK PALSU. Tarwiyyah bermaksud, hari di mana jama'ah Haji mengambil air atau mempersiapkan bekalan utk meneruskan perjalanan ibadah Haji mereka. Kerana keesokannya hari iaitu 9hb mereka berada di Arafah. Yang PALSU adalah Hadits mengenai puasa Tarwiyyah. WASPADA 👇🏼 " Puasa hari Tarwiyyah (8 DzulHijjah) menghapuskan dosa setahun." HADITS PALSU. Al-Maudhu'at Oleh Ibnu Hibban 2/112; Al-Fawa'id Al-Majmu'ah no. 30;  Tanzihusy-Syari'ah 2/187. PUASA DGN NAMA PUASA TARWIYYAH (8hb DzulHijjah) ITU BERSUMBER HADITS PALSU, seperti yang dinyatakn di atas. Jika berpuasa dari 1hb hingga 9hb, maka termasuk jugalah hari ke8 DzulHijjah. Kelebihan puasa atas nama Tarwiyyah SECARA KHUSUS adalah TIDAK BENAR, kerana Kepalsuan Dalilnya. Apabila seseorang itu tidak dapat memahami Pencerahan, maka ia boleh berlaku fitnah di kalangan masyarakat. Waspada! sedang dan sudah berlalu CnP tentang 'ke

Misi 10,000 langkah sehari.

Misi 10,000 langkah sehari. Tamat 1,000 pertama dah terbayang roti banjir sebagai hadiah untuk diri sendiri sebagai ganjaran. 2,000 langkah terbayang pulak roti sardin + kari kambing... Ok. Tamat disini sahaja. sebelum terbayang sekor kambing golek pulak.

Kemaluan ku Besar.

Alkisahnya tengahari ni... Waktu lunch... Dah tak tau nak makan apa... Pi la McD.. Tak ada kawan teman... Duduk la lepak mcd kesorangan... Tiba tiba... Ada awek cun datang tanya... " hai sorang je ke " Jantung ni berdegup kencang lalu jawapku dgn tenang "Iyaaaa sorang je" Lalu awek tu balas " saya ambik kerusi boleh"? Cis!

Susulan Kes Anak Kecil Dibunuh Di Batu Cave.

Susulan kes anak kecil dibunuh pengasuh di Batu Caves: Para suami-suami sekalian, jangan lagi menghantar anak kecil kepada Pengasuh jika isteri berkerja. Lebih baik kahwin seorang isteri yang muda dengan niat untuk membantu orang kampung yang susah. Isteri baru ini akan mendidik dengan kasih sayang dan menjaga baby/anak kecil kat rumah & juga jaga urusan rumah. Daripada bayar rm300-rm500 kepada pengasuh yang tak dikenali,  lebih baik beri kepada isteri sendiri. Dua anak dah kena sedia  RM600-RM1,000 kalau bayar kepada pengasuh. Rumah bersih & terurus,  balik makan-minum dah siap,  lebih mengeratkan kasih sayang sekeluarga Anda boleh .. kita boleh.. mulakan dari sekarang..Malaysia Baru..Keluarga Baru

Hai... Anak... Anak.... Anak....

Hari Sabtu lepas, waktu tengahari... Zara tak puasa... Zara datang dari arah dapur. Ditangan dia ada seketul nugget ayam. Baru keluar dari kuali. Dihulurnya nugget ayam ngam2 depan mulut aku sambil berkata, "papa nak rasa?". Pantas aku buka mulut nak makan. "Eh! Papa puasa la. Mana boleh makan!" Bertuah punya anak... Nasib baik aku sempat sedar diri. Nota Karut: Tak usahlah dikau berduka tatkala lemak ditubuhmu kelihatan kurang.. Ianya pasti kembali selepas 2 hari beraya.

Pesanan Mak - Puasa...

Setiap kali Ramadhan, pasti aku teringat pesanan  mak.. Walaupun pesanan mak tu sudah lebih 30 tahun. Aku tetap pegang sampai ke hari ini.. Pesan mak "Kalau ko tak larat puasa penuh, cuba la puasa separuh hari..." Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa....

Tragedi Kedai Runcit

Ayam separuh. Potong dua je. Yes bos... kata budak kedai yg dah biasa dengan aku. Tiba-tiba... Datang sorang perempuan.... tinggi. Cantiknya.... Putih dan gebunya kulit dia... Aku pandang dia... Manis bertudung... Berbaju putih berlengan pendek.... Ketat melekat........ Cis!!!! Besarnya! Haihhhh... mata ni. Jahat! Bang... nak ayam separuh jugak... Sambil senyum kat aku... Berseluar legging hitam... Melekat... ketat... Sekali dia tonggeng... Aduh... bulat sempurna... Aku telan air liur. Dia pusing... aku tengok daerah setiga dia.. Tembam..... Jahanam! Aku lupa... Aku tak pakai spender.

Pantun Selamat Pagi...

Sejuk dan dingin air perigi Mandi pula diteman si kera Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga hari ini sihat sejahtera. Janggut dan misai rapi dicukur Dagu licin hidung menjadi merah Bangun pagi didahulu ucapan bersyukur Masih bernafas di pagi yang cerah. Pantun Selamat Pagi Indah SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Salah Faham!

Suri: "Abang, tolong call Pizza. Saya tak masak. Air tak ada" Tukang Karut: "Tak dengar!. Apa dia?" Suri : "Call Pizza!" Tukang Karut: "Nak buat apa?" Suri :?"Laa..nak makan la!" Tukang Karut : "Seorang ke satu family?" Suri : "Satu family la!. Takkan seorang kot!. Suruh cepat sikit!! " Tukang Karut : "Ye lah, ye lah. Abang call sekarang!" ........... Tukang Karut : "Hello Fizah! Akak kau ajak datang sini, satu family. Dia buat makan-makan. Jangan lambat tau!!!"

Takut Bini....

Tukang Karut : Semalam bini aku suruh basuh kain... Pak Kaduk: Abis tu, ko buat la? Tukang Karut: Ishhhh... Ko ni... Kita ni lelaki... Mana buat benda macam tu... Aku tengking dia balik... Pak Kaduk: Wahhh... Hebat... Hebat... Hebat... Aku nak belajar dengan ko la... Apa yang ko tengking dia? Tukang Karut: Aku tengking dia kuat kuat... " Sabun Mana!!!!? Mana Sabun????!!!" Padan muka bini kita tu... ingat kita takut dengan dia ke...

HASIL SURVEY TERHADAP SIFAT LAKI -LAKI DI DUNIA :

HASIL SURVEY TERHADAP SIFAT LAKI -LAKI DI DUNIA : 1. Orang EROPAH : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai isterinya" 2. Orang AMERIKA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai kekasihnya. 3. Orang INDIA :Mereka punya 1 isteri dan 4 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai ibunya. 4. Orang ARAB :Mereka punya 4 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai pembantunya !! 5. Orang CHINA : Mereka punya 1 isteri dan beberapa kekasih, tetapi mereka lebih mencintai wangnya. 6. Orang SINGAPURA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka kerap menangis kerana tidak mampu membayar perbelanjaannya. 7. Orang MALAYSIA : Mereka punya 1 isteri, tidak punya kekasih tetapi selalu berangan-angan untuk mempunyai isteri lebih daripada 1 tetapi takut dengan bininya.. heheh..

Isteri....

Cerita mlam jumaat, Abang: Sayang............mlm ni mlm juma... (xsempat habis cakap) Sayang: Abang, tolonglah faham, saya ni perempuan. Ada waktu2 yg tak boleh diganggu. Abang: Ye lah sayang..... (berlalu pergi, spt selalu) Dek kerana kerap sgt si isteri menghalang, si suami pun mula menanda kalendar isterinya: 1hb: period, xleh ganggu 2hb: period, xleh ganggu 3hb: period, xleh ganggu 4hb: period, xleh ganggu 5hb: period, xleh ganggu 6hb: period, xleh ganggu 7hb: period, xleh ganggu 8hb: habis period, belum mandi 9hb: xmandi lg, rasa mcm ada skit lagi 10hb: baru lepas period, so xleh ganggu 11hb: baru lagi ni, xleh ganggu lagi 12hb: xsedia lagi, xleh ganggu 13hb: kena hati2, xleh ganggu 14hb: waktu subur, xleh ganggu 15hb: waktu subur lagi, xleh ganggu 16hb: masih subur, xleh ganggu 17hb: kurang subur, belum boleh ganggu 18hb: xbrp subur doh tp xdop mood, so xleh ganggu 19hb: xsubur & xdop mood lagi, xleh ganggu 20hb: mood xcomey, xleh ganggu 21hb: mood

GROUP WASSAP LORONG 9

Pak Man created group "Jiran-jiran Lorong 9" Pak Man added 0157777897 Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dalam group ni? Pak Man : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni. Sabrani : Hi Leha. Pak Sani : Morning Leha. Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk? Pak Man : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow. Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes? Leha : Tak suka la group ni. Sabrani : Kami nak berukhwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni. Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada. Pak Sani : Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer. Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan. Pak Sani : Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support. Leha : Bagi Leha jadi Admin Pak Man. Leha change to Admin Leha added Kak Siah Pak Sani left Leha added Siti Salamiah Sabrani left Leha added Ustazah Kamariah Pak Man left Abg Jai left

Alam telah lama mengajar kita.

Kalau ingin menangkap ayam, jangan dikejar. Nanti kita akan penat dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dengan mudah ia datang dengan rela. Begitulah Rezeki, Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu. Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. Tetapi tanamlah bunga. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayap-sayapnya yang indah. Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga datang : lebah, pepatung. dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.

TIPS BACAAN AL-QURAN

TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. 3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu. 4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jang

Sumbangan Anak Kepada Mak Ayah...

Pernah tak, ada dalam situasi ni?? = Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.. = Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.. = Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu.. = Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja... = Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.. = Waktu balik

Anak Lambat boleh bercakap. Lambat boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran.

Teguran dari Allah. Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji. Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambt boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran. Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali. Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya " Tak mengaji kat rumah ke?" Si anak menjawab jujur. " Mengaji ustazah" Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya ad