Kurang 14 hari lagi akan berkahir la tahun 2021. Tahun yang mencabar semua manusia di dunia ini. Dihimpit dengan pelbagai masalah, karenah birokrasi, penyakit berjangkit, kekurangan pendapatan dan kesempitan hidup. Dalam 12 bulan ni, hanya 5-6 bulan sahaja yang ebanr benar bebas untuk kita lakukan apa-apa sahaja. Itu pun bukan la bererti kebebasan sepenuhnya, masih diikit dengan perkara -perkara yang dibataskan SOP terutamanya kita sebagai rakyat marhain ni. Sudah ramai peniaga yang tumbang. Sudah ramai yang dahulunya bergelar pekerja sekarang bertukar gelaran pengganggur! Anak-anak yang dahulu seronok belajar di sekolah, kina hanya mampu memandang kosong skrinskrin sahaja. Ntah masuk pelajaran di otaknya atau tak, ntah la...