Hari Sabtu lepas, waktu tengahari... Zara tak puasa... Zara datang dari arah dapur. Ditangan dia ada seketul nugget ayam. Baru keluar dari kuali. Dihulurnya nugget ayam ngam2 depan mulut aku sambil berkata, "papa nak rasa?". Pantas aku buka mulut nak makan. "Eh! Papa puasa la. Mana boleh makan!" Bertuah punya anak... Nasib baik aku sempat sedar diri. Nota Karut: Tak usahlah dikau berduka tatkala lemak ditubuhmu kelihatan kurang.. Ianya pasti kembali selepas 2 hari beraya.