Langkau ke kandungan utama

Template Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Ketidakhadiran sekolah mungkin tidak dapat dielakkan atas alasan-alasan berikut:

  • Ibu bapa sakit
  • Masalah kewangan
  • Kematian
  • … dan pelbagai lagi alasan yang munasabah

Atas apa juga alasannya, ibu bapa digalakkan mengemukakan surat tidak hadir sekolah bagi pihak anak mereka untuk mengelakkan salah faham dengan pihak sekolah yang mungkin menyangka anak-anak sengaja ponteng atau tidak menghadirkan diri.

 

Selain itu, penulisan surat ini mampu memudahkan pihak sekolah menawarkan sebarang bantuan sekiranya keluarga pelajar tersebut mempunyai masalah yang boleh dibantu.

 

Secara umumnya, surat ini mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

Nama

Alamat

Tarikh

Nama guru

Nama dan alamat sekolah

 

Tajuk: KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH / TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA [masukkan sebab ketidakhadiran]

 

Isi surat:

Nyatakan dengan jelas tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran. Contohnya: “Pada tarikh 29 Januari 2022, anak saya (Nama Pelajar)  tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana (berikan alasan seperti menghadiri majlis pengebumian datuknya pada tarikh xx/xx/xxxx)



Template Surat


Abu bin Abi
No 70, Jalan Menora 1,
Taman Bandar Baru,
43650 Bandar Baru, Selangor.


Guru Kelas Darjah 5 Cerdik,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru,
43650 Bandar Baru, Selangor. 23 Mei 2024

Tuan

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 23 Mei 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

 

 2. Untuk makluman tuan, anak saya [NAMA ANAK] tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Jun 2022. Ini adalah kerana keluarga kami perlu menghadiri majlis pengebumian datuknya yang meninggal dunia di Tampin, Negeri Sembilan.

 

Sekian, untuk makluman tuan.

 

Terima kasih.

 

Yang benar,

________________

(Nama Bapa)



P.s: Dapatkan rawatan physio puchong

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...