Pada kos sebanyak RM91.67 juta bagi setiap kilometer, pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menjadi salah satu daripada laluan kereta api dan kargo antara negeri yang paling mahal yang akan dibina di dunia, menurut pemain industri. "Ia boleh menjadi projek infrastruktur kereta api yang paling mahal di dunia dalam kelasnya...Ia projek yang baik tetapi tidak pada harga yang tidak masuk akal ini," kata seorang eksekutif dari sebuah syarikat pembinaan. Seorang penganalisis yang enggan namanya didedahkan turut bersetuju. "Terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak." Apabila ditanya sama ada harga yang tinggi itu mungkin kerana keperluan untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa, beliau menjawab 'tidak', memetik laporan oleh theedgemarkets.com . - Mkini "Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, in...