Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cerita Seram...

Aku sedang menulis cerita seram... Kisah benar seorang sahabat alam maya ... Di dalam keadaan yang sunyi.... Keseorangan... Sedang khusyuk menulis... Aku rasa seperti aku termasuk dalam cerita itu... Tetiba berdiri bulu tengkuk. Owh... Apakah petandanya ini? Sedikit sedutan dari kisah itu... Ceritanya belum tamat... Tapi drafnya dah siap. Akan aku publish bila masanya sesuai... Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh yang perlu dicetak. Dan pabila sudah keseorangan, selamatlah menjadi mangsa. Terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma lengan dan tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh

Ali Punya Tongkat...

6.30pm --> Memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Jelai, Gemas, Negeri Sembilan... 6.45pm --> Mata terasa sangat berat... Seperti ada yang bergayutan... 7.00pm --> Membuat keputusan untuk berhenti mengisi minyak di Shell Gemencheh A.K.A Moncheh... Membeli setin LongJack Tongkat Ali Orang Kampung untuk memberi tenaga dan menghilangkan mengantuk... 7.15pm --> Longjack Tongkat Ali yang diharapkan tidak memberi kesan! Mata terasa sangat berat... Mungkin kerana kepenatan memandu... Radio dibuka sekuat mungkin sambil menyanyi kuat dan SUMBANG! Tapi siapa peduli... Bukan orang lain dengar pun kalau sumbang mambang ke laut dan tak ada orang nak komen... 7.30pm --> Tak boleh tahan... Berhenti di Petronas Tampin... Mengerjakan yang wajib... Mengharapkan air boleh menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat... Setin lagi Tongkat Ali PowerRoot pulak dibeli dan habis dengan sekali teguk... 7.45pm --> Siut betul... Mata terasa seperti digam! Tak jal

Ibarat Tak Tahu Menganyam, Pandan Jua Dipersalahkan...

Tiga orang sahabat akrab menghabiskan waktu senggang petang dengan berjalan jalan mengelilingi kampung... Sejak pencen ini, itulah rutin harian mereka.. Mungkin akibat dimakan usia, pendengaran Si Awang menjadi semakin kurang... Si Aziz pula gagap sejak lahir dan sejak akhir akhir ini mula mengalami tanda tanda nyanyuk... Sejak akhir akhir ini, si Lim juga mengalami masalah akibat proses penuaan... Penglihatannya menjadi kabur akibat anak matanya berselaput katarak tebal... Semasa mereka bersiar siar, banyak perkara yang mereka bualkan... Termasuk la isu isu politik negara... Yang panas yang suam... Semuanya diungkit... Tiba tiba si Lim terlanggar tunggul kayu...  "Cilaka punya tunggui kayu... Apa pasat lu ada sini tingah tingah jalan! Kalau gua ala kuasa, lu tunggui, lu gua kasi habis sampai pangkal...Ini mesti ada orang mau mendengkinya pun gua ni dengan meletakkan tunggui kayu di tingah tingah jalan!" Ngomel si Lim dengan suara yang perlahan... "

Kemenyan Sebesar Lutut Jika Tiada Dibakar Manakan Berbau...

Siang tadi aku kesibukan... Menemani bonda ke Mydin Ayer Keroh Melaka... Katanya nak membeli dan belah barang barang perkahwinan kat sana... Murah katanya... Sebagai anak yang taat kata menurut tanpa ada bantahan... Mak: Ngah... Cantik tak bunga telur ni Ngah? Kalau letak kat pelamin, boleh naik seri pelamin ni... AnakYangTaat: Ha'ah... Cantik... Ambil la... Tak perlu tunggu keputusan aku pun, mak dah masukkan dalam troli dah... Hoho... Tanya sekadar bertanya je... Mak: Eh! Yang ni pun cantik la... Simple je... (dan terus dimasukkan dalam troli tanpa bertanya aku... hoho... Kalau bertanya pun, jawapan standard aku adalah "cantik! Ambil la...") Ye la... Aku mengaku... Aku ni buta kayu fesyen... Mana reti nak main main warna ni... Lepas satu barang mak pilih, mak pilih lagi barang lain... Pilih pilih, belek belek, mak mengomel sendirian dan terus masuk dalam troli... Troli pertama penuh, dicari pula troli kedua... Aku terus membontoti mak tanpa perlu kata apa apa... Hanya s

Kata Kata Profesor Ungku Aziz

Kata Kata Profesor Ungku Aziz. RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA --> BAGUS SEKALI RAJIN BERKERJA, MALAS BERCAKAP --> KENA BULI MALAS BERKERJA, RAJIN BERCAKAP --> WAYANG CINA MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP --> TAK GUNA MALAS BERKERJA, SUKA MENGADU --> NYANYUK MALAS BERKERJA, SELALU PONTENG --> BAIK BERHENTI MALAS BERKERJA, SUKA MENYIBUK --> BAIK MATI NotaKarut: Hoho... Makan dalam ooooo....

Bagai Mengangkut Batu Di Bencah...

8.00 pm --> Tengok berita... Berita yang utama sahaja... Aktiviti wajib setiap malam... 8.15 pm --> Buka tambatan kuda putih... Pakai helmet baru... Memulakan penunggangan menuju ke Maybank di Taman Melawati... Rutin bulanan... Nak bayar sewa rumah... 8.40 pm --> Start si kuda putih terus menuju ke pasar malam... Rutin mingguan... Yang dicari seperti biasa yong tau fu dan fruit iceblended yang sedap... Sambil mata berjalan jalan mencuci mata... Oho... Agaknya panas kot Malaysia ni, itu yang ada perempuan pakai singlet dan ada jugak yang pakai seluar pendek walaupun hari ini hujan dan suasana sejuk... 9.00 pm --> Menapak balik ke rumah... 9.10 pm --> Sampai di rumah... Terkejut!!! ruang letak kuda putih kosong... Ah!!! Sudah... Kuda aku dah hilang! Mula tak tentu arah... Runsing... Otak tak boleh berfikir... Mula gelabah unta... Dalam kepala hanya satu... Mahu membuat report polis secepat mungkin untuk memcari kembali kuda yang hilang... Mencari kunci kuda di dalam rumah(