Langkau ke kandungan utama

Cerita Seram...

Aku sedang menulis cerita seram...
Kisah benar seorang sahabat alam maya...
Di dalam keadaan yang sunyi....
Keseorangan...

Sedang khusyuk menulis... Aku rasa seperti aku termasuk dalam cerita itu...
Tetiba berdiri bulu tengkuk.
Owh... Apakah petandanya ini?

Sedikit sedutan dari kisah itu... Ceritanya belum tamat...
Tapi drafnya dah siap. Akan aku publish bila masanya sesuai...



Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh yang perlu dicetak.

Dan pabila sudah keseorangan, selamatlah menjadi mangsa. Terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma lengan dan tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh seseorang. 

Kaku dan terdiam sunyi sepi. Hanya bunyi henyakan kerusi seperti ada beban di atasnya yang menemani suasana sunyi pejabat. Kakinya terasa berat untuk melangkah seperti ada yang memegang dan memakunya ke lantai. Mulutnya mula terkumat kamit gagap membaca Ayat Kursi. Kakinya mula terasa ringan dari belenggu kaku. Dengan perlahan-lahan draughtman itu bangun, turun dan melepak di bawah.

Dikeluarkan sebatang rokok dan dinyalakanya. Dihembus ke udara membentuk kepul kepulan asap memenuhi ruang kaki lima pejabat. Kocek seluar bahagian depan diseluk dan dibawa keluar handphone. Lincah jari jemari menari menaip

"Aku dah tak tahan dah. Asyik kena kacau je. Ini ntah berapa kali ntah aku dikacaunya. Tolong aku." SMS ditulis dan dihantar ke seseorang. 

Bersambung....

NotaKarut: Bulu tengkuk aku dari tadi berdiri tak turun turun lagi ni....

Ulasan

ORLANDO AHMAD berkata…
bulu hidung ape citer?
cik pha berkata…
bersambunggggg
Noor Fatin berkata…
tetiba rasa xnak baca. hahaha
khaifaiz berkata…
owalah,,, bersambung plak
budakijaupendek berkata…
seram lagi.
jgn post waktu lewat malam boleh?
haha
blog-tips-kurus berkata…
jangan buat filem seram ye.. ;)
Ct Aja berkata…
Ini cite pasal jat ni ye...kikikiki.... dekat sape die msg...jeng jeng jeng
Rina Rahamat berkata…
ni citer jatt tu kan..janji tau ending dia jgn ngarut cam citer pondan haritu hehe
abghani berkata…
seram nya..takutttt
zella y berkata…
t.k...cecepat sambung... ;)
lieynanilaz berkata…
jeng...jeng....jeng...haha.
dill berkata…
saye menunggu dengan sabar ^^

dill.
emarieys berkata…
bab engineer dan draughtman konpem citer jat ni...

tak nak bc..rini duk sorang2 ni
bella luna berkata…
sib baik dtg bace petang, nie mesti nk post smbgannye mlm,saje je wat suspen, ye dok?hihi
Unknown berkata…
dh tnjuk skill menulis dh
Izzaty Ishak berkata…
Err bersambung ? Baiklah saya tunggu.
ILA HonEyBuNNy berkata…
chewah...

Tk buat jugak smbungan kisah jat ye...

hehe...cepat smbg...ngeh3

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...