Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bomoh... Membomoh...

Hai... Menulis di petang Ahad sangat ohsem... Lagi lagi kalau baru bangun selepas pengsan 4 jam selepas membaham nasi 4 pinggan... Opssss... Tajuk... Jangan percaya kepada tajuk... Dan juga, jangan percaya kepada bomoh... Bomoh tu siapa... Manusia biasa jugak yang cuma diberi sedikit kelebihan untuk mengelentong orang... Anugerah Juara Lagu 26... Siapa pilihan kamu? Selaku peminat kipas susah mati Najwa Latif sudah tentunya aku memilih lagu Kekanda & Adinda (Atilia & Monoloque), Beribu Sesalan (3Suara) dan Kisah Hati (Alyah)... Ataupun Penakut (Yuna)... Eh... Lagu Sedetik Lebih (Jac) pun sedap gak... Owh... Aduyai... Kalau aku jadi bomoh nombor ekor ni, confirm kena siat hidup hidup pasal bagi nombor yang asyik tak kena je... NotaKarut: Bubur Kacang Durian dah siap... Boleh la mentong mentong masa tengok Anugerah Juara Lagu malam ni... Hohohohohooho...

Peribahasa Sebenar Vs Peribahasa Karut...

Peribahasa sebenar : Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat... Peribahasa karut :  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana melantak tak ingat dunia sampai nasi dalam pinggan mak mertua pun duk intai gak... Peribahasa sebenar : Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Peribahasa karut : Bara yang digenggam, tapak tangan yang hangus terbakar! Menderita you! Peribahasa sebenar : Bagai kaca terhempas ke batu Peribahasa karut : Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah kaca, confirm mak naik hantu marah... Peribahasa sebenar  : Melentur buluh biarlah dari rebungnya Peribahasa karut : Orang tak ada kerja sahaja melentur buluh... Rebung masak lemak campur dengan ikan kembung pun sedap.... Peribahasa sebenar :  Lembu punya susu, sapi dapat nama... Peribahasa karut: Dah lembu tu bodoh macam lembu, sapi tu pandai, sapi la yang dapat nama... Tapi kan... Dalam dialek sabah atau Indonesia, sapi tu lembu la... lembu tu sapi la... Kalau tak takk

Bila Merajuk...

NotaKarut: Ubat merajuk... Confirm senyum lebar... Tak percaya... Cuba la... Aku cuba dah....