Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aktiviti Yang Dilakukan Di Pantai Cherating...

Tarikh: 31 Ogos 2013. Lokasi : Pantai Impiana Resort. Waktu: 7.00pm Aktiviti: Melepaskan anak penyu sebanyak 56 ekor sempena ulang tahun Kemerderkaan Negara yang ke 56. Harga seekor anak penyu yang dilepaskan RM 10.00  Berbaris menunggu giliran pengagihan anak anak penyu... Aku ambil 3 ekor anak penyu untuk dilepaskan... Puteriku dah tak boleh dukung lagi dah... Macam macam stail dah dia buat... Sesi penerangan cara cara pegang, pelepasan  dan tujuan aktiviti... Cara pegang anak penyu yang betul... Pegang di sisi... Jangan pegang di perut, kalau tak, belum sampai gigi pantai dah mati dah!!! Penyu pertama... Sebelum dilepaskan anak anak penyu ini perlu diberi nama... Yang ini Zara...  Yang ni pulak Zulaikha... Dan yang sangat aktif ni pulak Izz... Nampak tak kat situ... Perasan tak? Tu nama anak aku tuh!!! Izz Zara Zulaikha... Acara melepasakan anak penyu pun bermula... Tengok si Izz ni... Lepaskan je terus berlari macam terbang...

Rindu...

Rindu... Rindu sangat... Dengan budak comel ni... Terasa kosong bila tidur berseorangan... Tiada pelukan si kecil... Lambatnya Jumaat, nak balik kampung...

Andainya Aku Pergi Dahulu...

Andainya aku pergi dahulu, Mahukah kamu wahai anak mendoakan aku? Andainya aku pergi dahulu, Bolehkah kamu hidup tanpa ku wahai suriku? Andainya aku pergi dahulu, Apakah akan patah hatimu wahai anak? Andainya aku pergi dahulu, Mampukah kamu menjaga buah hati puteriku wahai suriku? NotaKarut: Bapa mertua masih lagi kritikal di hospital Kuala Pilah. Penyakit tak mengenal siapa... Mungkin hari ni dia, mana tau esok lusa kita?

Chiken McRib McD terbaik...

Terbaik... Betul betul terbaik... Sedap sehingga menjilat ibujarikakikiridankanan... Sangat sedap lagi bila Tukang Masak a.k.a TK gantung kuali... Alasannya... Malas..

Cuti cuti Malaysia...