2009/05/29

SELAMAT MENJADI ORANG TUA

TEPAT PUKUL 7.50 PETANG 29 MAY 1984, LAHIRLAH SEORANG LELAKI YANG KONONNYA MACHO (MUAHAHAHA... BANGGA DIRI) YANG BERNAMA AKU...

MAK AKU CAKAP, AKU LAHIR LEPAS CERITA OSHIN, CERITA YANG POPULAR LA MASA TU. MAK AKU CAKAP AKU NI SENANG JEA NAK KUAR, SEKALI TERAN JEA KUAR DAH. HUHU. XMENYEMPAT KOT NAK TENGOK DUNIA LUAR.

HARI INI, AKU DAH PUN BERUMUR 25 TAHUN, MAKNANYA AKU DAH ABISKAN 2/5 FASA UMUR AKU. ITU PUN KALAU UMUR PANJANG LA. KALAU DICONGAK, PURATA UMUR RAKYAT MALAYSIA UNTUK LELAKI IALAH 65 TAHUN, SO, AKU ADE LEBIH KURANG 40 TAHUN LAGI.. WUAAAA....KEJAB NYE AKU DAH JADI TUA.

RASANYA BARU JEA SEMALAM AKU MASUK TADIKA.HUHU.

TERIMA KASIH LA KEPADA TEMAN2 (HADIS, EDA, BIBI,AIN,ZURA,MAZ,B-TUL,UMMI DAN DAYAH TAPI APSAL SEMUA YANG INGAT NI PEREMPUAN EK????) YANG INGAT TARIKH KERAMAT INI, WALAUPUN AKU TAK SUKA PUN NAK AMBIL TAU SEBAB BAGI AKU HARI2 ADALAH HARI JADI AKU.

AKU JUGA BERKONGSI TARIKH LAHIR YANG SAMA DENGAN TEMAN2, SOFIAH DAN
FIZA. PEREMPUAN LAGI.. ZUM GEBURSTAG VIEL GLUCK.....

MEMANG HIDUP AKU DIKELILINGI PEREMPUAN KOT, ADIK BERADIK PUN PEREMPUAN.

KURSUS PENGENALAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL BARU JKR SESI 8

DATE : 19 MAY - 26 MAY 2009
LOCATION : WRC, COUNTRY HEIGHT, KAJANG
TEMPAT KURSUS NI MEMANG CANTIK. ALA-ALA EROPAH GITU.





19 MAY 2009

LAWATAN TAPAK KE INSPEN, PUTRAJAYA

MAT2 INDON + BANGLA KAT SITE NI TERKEJUT BERUK SEBAB 2 BAS ROMBONGAN DARI JKR NAK TENGOK SITE DIORANG. YANG DATANG PUN BUKAN NYA NAK TENGOK SANGAT PUN. PAKAIAN PUN MACAM NAK PERGI TENGOK WAYANG JEA. HUHUHU.




SESI TAKLIMAT OLEH JURUTERA YANG BERTANGGUNGJAWAB. KOS PROJEK DIANGGARKAN RM 200 JUTA. TAPI KEDEKUT BETUL KONTRAKTOR TU. UNTUNG JUTA2, TAPI JAMU BIHUN GORENG KOSONG JEA NGAN AIR SIRAP.

videoNI VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI2 YANG BERNASIB BAIK DISANDINGKAN SEBELUM WAKTUYA YANG DILAKUKAN DI SEBUAH PULAU YANG TERLETAK DI HUJUNG DUNIA.

2009/05/15

TANAH RUNTUH DI KUALA KLAWANG FT 068 SEC 17.2













LAPORAN AWAL YANG BOLEH AKU BAGI KAT BOS HANYALAH FAILURE DI SEBABKAN OLEH AKTIVITI TAMBAKAN TANAH SEMASA KERJA-KERJA PEMBINAAN JALAN YANG TIDAK DI "COMPACT" DENGAN SEMPURNA DAN JENIS TANAH YANG DI TAMBAK LANGSUNG TIDAK SESUAI. JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN KAT "SITE" IALAH "SANDY SOIL".

TANAH JENIS INI HANYA SESUAI JIKA KECURAMAN CERUN ITU TIDAK MELEBIHI 35 DEGREE DAN TIADA ALIRAN AIR BAWAH TANAH.
JADI, SESIAPA YANG MERANCANG NAK MEMBELI RUMAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN CERUN, SILA PASTIKAN TANAH CERUN ITU BUKAN SANDY SOIL. ITUPUN KALAU NAK HIDUP LAMA LA...


HARI IBU

KOHADAPAN OMAK YANG BERADO KEK JOLAI, DI POTANG INI ANAKANDA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BIAR PUN DAH TERLAMBAT.

JASO OMAK LAHIRKAN ESEY, OMAK BOSAKIT BOSUSAH MEMBOSARKAN, MENYEKOLAHKAN, MENDIDIK TAK KAN SEY LUPO DUNIO DAN DI AKHIRAT.

CAMANO BOSAR SALAH SEY KEK OMAK, OMAK TOTAP MAAF KAN SEY. SETIAP KALI ARI RAYO, SETIAP KALI SEY MENYONGOK OMAK KEK KAMPUNG. BOLUM ADO SEBOSAR ZARAHPUN KURANG EH KASIH SAYANG OMAK KEK SEY DOH.

SETIAP KALI SEY BALIK KAMPONG DAN DAPEK MENATAP WAJAH OMAK TU, SEY SENTIASO BEDOA, AGAR ANAK-ANAK, CUCU-CUCU SEY AKAN AKAN SENTIASO INGAT KAN OMAK EH MACAM MANO SEY SAYANG, CINTO, MERINDUI, MENYANJUNG OMAK.

MAK, APO YANG SEY RISAUKAN KEK SINI, BILO MELIHAT ORANG-ORANG MUDO HARI DAH LUPOKAN NASIHAT OMAK. DAH TAK INGATKAN CAMNO SUSAH EH OMAK AYAH MENCARI DUIT NAK NYEKOLAH DIO ORANG. CAMANO KERAJAAN MEMBANTU DENGAN MACAM BIASISWA. ANTAR DIO ORANG NI KELUAR NEGARO BELAJAR SAMPAI JADI PANDAI-PANDAI.

TAPI ARI NI DIO ORANG MEMANDAI-MANDAI PULAK MENUDUH KERAJAAN ARI NI ZALIM. KEK PERAK TU DIO ORANG TUDUH KERAJAAN HARAM. TAK SODAR DEH YANG IDUNG DIO ORANG TU DAH KONO CUCUK.ONTAHLAH MAK,

TERIMA KASIH CIKGU

16 May... Siapa yang tidak tahu kepentingan tarikh itu memang orang yang lupa daratan!!
huhu...kasar bunyinya, tapi itulah hakikatnya..

Sama penting dengan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Merdeka, Hari guru untuk mengenang jasa - jasa guru.

Kalau tidak ada cikgu, rasanya aku pun tak dapat jadi manusia yang berguna kot!!

Terima kasih Cikgu Manan, cikgu Math aku masa darjah 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Jelai 3. Kalau tak kerana pemadam papan hitam yang hinggap kat kepala ni sebab selalu mengganggu dalam kelas, buat bising la, aku rasa aku tak pandai math sampai sekarang. Terima kasih cikgu sebab denda aku berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir 7. Terima kasih cikgu sebab merotan aku sebab dapat markah yang rendah dalam math. Padahal tak rendah pun (80markah) minimum tak kena rotan 85 markah. Terima kasih cikgu..

Terima kasih untuk Cikgu Rozana, cikgu sains aku masa tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai. Terima kasih cikgu sebab percayakan aku untuk 3tahun berturut menjadi ketua kelas. Walaupun aku tak sukakannya, sebab tugasnya hanyalah pengambil buku, pengambil buku kehadiran, pemberi salam dan pencatat nama pelajar bising bila cikgu2 ada mesyuarat. Terima kasih cikgu sebab memberi aku gambaran sebenar dunia luar. Terima kasih cikgu sebab mengajar aku dengan berkesan. Terima kasih cikgu sebab memberi galakan. Tak ada lagi rotan2 atau berdiri atas bangku.

Terima kasih cikgu Roslan yang mengajar aku Sejarah tingkatan 3, kalau tidak kerana teknik belajar yang cikgu tonjolkan, aku rasa aku tak tau pun ade teknik belajar yang mudah, senang nak ingat dan senang nak faham.

Terima kasih Cikgu Tan, Cigu Add Math aku masa tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya. Kalau tidak kerana kutukan dan hinaan cikgu, aku rasa aku tak jadi engineer. Masih berlegar lagi hinaan cikgu, " orang melayu pemalas" "orang melayu bodoh". Akan kukenang sampai mati jasa cikgu kerana cikgu pemangkin semangat aku nak berjaya dan akhirnya aku dapat mengalahkan anak murid kesayangan cikgu. Siapa tak bangga dapat A1 dalam add math dalam trial dan SPM sebenar??

Terima kasih juga buat cikgu yang aku dah lupa namanya, tapi aku masih ingat lagi jasa-jasa mereka. Cikgu aku yang mengajar BM masa Tingkatan 5, Cikgu Kelas aku merangkap cikgu Fizik, Cikgu sejarah aku sebab bagi soalan dan jawapan bocor. Dan tak lupa cikgu Biologi aku. cikgu faham yag aku tak minat biologi, terima kasih cikgu sebab tak melaporkan kepada asrama yang aku selalu ponteng kelas dan selalu tidur dalam kelas. Terima kepada Uztazah yang menguruskan biasiswa aku, kalau tak aku pun tak ada duit masa duduk kat asrama.

Dan orang yang tiada kelayakan menjadi cikgu di sekolah, tapi menjadi cikgu dalam mengenal erti hidup. Terima kasih Arwah En Bais, Banyak kenakalan aku masa kat asrama yang En Bais tutup mata. Kalau orang lain, lama dah kena denda. Cik laila dan Cik Ana, walaupun selalu gak kami berkonfrantasi, tapi hubungan tetap baik. huhu.

Terima kasih cikgu.
Kalau tiada nama cikgu-cikgu yang aku tak masukkan, bukanlah bermakna cikgu tak berjasa dalam hidup ini, cikgu tetap ada peratusan dalam pembentukan diri aku sekarang.

SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU

2009/05/05

MENGALIR MACAM AIR SUNGAI

  • Teringat masa zaman asrama dulu. Masa tu, RM 50 boleh cukup untuk 2 bulan. Makan, asrama dah sediakan.. Mungkin masa tu Kecik lagi.. Tak tau guna duit sangat..
  • Masa zaman diploma lak RM1850 1 sem...boleh gak hidup untuk 5,6 bulan dengan duit banyak tu. Makan pun agak mewah gak.. Walaupun kadang-kadang terliur gak tengok orang lain makan sedap2.
  • Zaman degree, zaman paling menyedihkan, dah la duk rumah sewa, api air nak kena bayar sendiri, makan pun masa ni dah mahal dah. Nak harap duit mak bapak... kecian la pulak.. Adik2 pun nak sekolah lagi..Tapi RM 3500 tu memang cukup untuk hidup 5,6 bulan..
  • La ni.... Pelik tul... Dah keje pun... dapat RM 3ribu sebulan pun rasa tak cukup-cukup lagi.. tiap bulan ada jea yang tak cukup.. Dulu 3ribu boleh hidup 5,6 bulan. la ni,ermm.. Nak sampai hujung bulan pun letih nak menunggu. Nak bayar tu la.. Nak bayar ni la.. Nak beli tu la... Nak beli ni la... Incometax la. Insurance la.. bla.bla.bla..
M. Nasir
Duit!
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!Duit beli duit
Duit!Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

2009/05/04

MEMBEBEL!!!!

Semalam seorang kawan mengadu nasibnya.
Kenapalah payah sangat nak kahwin?
Kenapalah susah sangat nak kahwin?
Kenapalah hantaran beribu-ribu lemon?
Kenapalah orang kita nak memandang pelamin yang cantik?
Kenapalah orang kita nak tengok baju pengantin sampai 6,7 helai macam filem hindustan?
Kenapalah orang kita x nak berkerjasama (bergotong-royong) macam dulu untuk melanggsungkan majlis?masak sama-sama, mendirikan khemah sama-sama, bla..bla.bla..
Kenapalah harga katering makanan mahal sangat sampai RM 40-60 sekepala?

Rukun nikah tu ada lima:
1. Pengantin LELAKI
2. Pengantin PEREMPUAN
3. Wali pengantin Perempuan
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan Kabul.

Takder la pulak dinyatakan berapa ribu hantaran dalam rukun nikah tu.
Tak termasuk pun dalam rukun nikah mesti ada pelamin yang cantik-cantik.
Tak terselit pun dalam rukun nikah mesti tukar baju sampai 6,7 kali.
Tak terlintas pun kena jamu makan mahal-mahal, hadiah, live band, karaoke, joget lambat, kek 3 tingkat bla..bla..bla..

Kenapalah kita selalu menyusahkan perkara yang mudah?
KENAPALAH KITA TAK IKUT JEA CARA YANG DAH MUDAH. Kalau ada rezeki lebih, boleh la kita nak buat majlis makan-2, meraikan pengantin, bukannya membazir.

Seorang kawan mengadu nasibnya sebulan yang lalu, anak dah sorang, hutang kahwin (pinjaman bank) cikit pun x luak lagi, gaji seribu lebih, nak makan bertiga, rumah sewa RM 500, kereta RM250, hutang kawin RM100 tinggal la baki RM 150. Nak makan apa RM 150? Kerja operator kilang jea, Duduk lak kat Shah Alam. Dia cakap kalau dikira-kira, umur anak dah 20 tahun baru langsai hutang kahwin!!

Lepas tu nak cari duit lebih punya pasal, kerja la lebih masa. Tengah malam baru balik. Balik jea dah penat. Isteri pulak xmandi lagi. Bau masam. Selera pun dah mati dah. Yea la, duit nak makan pun bercatu, ni kan pulak nak belikan barang perhiasan bini. Anak pulak menangis jea tau nyer!! Lepas tu Tidur......sok kerja lagi..balik lambat lagi... bini bau masam lagi.. anak menangis lagi..tidur lagi...berulang perkara yang sama.. nak ker hidup macam tu??

Kenapalah orang kita mementingkan sangat kemewahan semasa berkahwin?
Perlu ke nak menunjuk-nunjuk?
Perlu ke kita pakai baju 7,8 helai??
Perlu ke kita bagi hantaran 10 ribu??
Perlu ke kita berpesta??
Perlu ke kita berkaraoke sampai lewat malam?
Perlu ke kita berpesta makanan?






Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

MEREPEK!!!!!!

Dalam dunia ni kita ingat kita paling malang, kita paling miskin dan paling tidak bernasib baik. Tapi adakah kita sedar, orang yang paling malang ialah orang yang tidak mahu berubah dari melakukan kejahatan atau hidup dalam kegelapan. Orang yang paling miskin ialah orang yang buta nikmat Allah dan orang yang paling malang ialah orang yang menerima pujian, nikmat, kekayaan dan gelaran tetapi mengaku semua itu hasil usahanya sendiri!! Tapi bila kelaparan, kemiskinan, kesakitan dan kesengsaraan mereka menggadu pada Allah. Tidakkah kita perasan yang kadang-kadang semua kesengsaaran itu datang disebabkan diri kita sendiri.

Adakah kita perasan bahawa kita (orang melayu) yang menyebabkan orang cina kaya raya?? Kalau orang melayu berniaga dia tidak mengikut resmi orang cina, layanan tidak bagus, PR ”kureng”, dan kebanyakannya nak untung cepat. Peniaga melayu menyalahkan orang melayu kerana tidak menyokong mereka. Salahkah pembeli melayu?? Walaupun begitu, anda orang melayu sebagai pembeli, mengapa anda hendak menambah kekayaan orang cina? Adakah kita perasan? Atau kita terlepas pandang?

Semalam masa saya mengisi minyak di Shell Taman Melati, ada sekumpulan warga Afrika yang kurang ajar. Mereka hanya mencampakkan duit kepada cashier. Apalagi menyumpahlah si cashier tu, ”orang Afrika tidak sedar diri, dah masuk kampung orang, kena la tau adat kampung orang.” Tapi adakah kita sedar, adat apakah yang masih kita pakai sekarang?

Adakah orang dulu mengajar kita hidup mementingkan diri sendiri?
Adakah anda kenal jiran sebelah rumah anda?
Adakah tok moyang kita ajar cara berbahasa seperti sekarang?
Adakah adat kita untuk menunjukkan pusat?
Adakah adat kita untuk menunjukkan peha yang gebu?
Adakah adat kita berpelukan dikhalayak ramai tanpa ikatan yang sah?
Adakah ianya tidak menjatuhkan ekonomi seperti cakap selebriti yang kononnya popular?

Jadi, adat timur yang mana kita banggakan?

Teringat sebahagian lirik lagu Pak Pandir masa kecik-kecik dulu,
”Ada mata pandang, ada mulut diam, ada telinga dengar, ada otak pakai”

M. Nasir
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petangkerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu