Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH CIKGU

16 May... Siapa yang tidak tahu kepentingan tarikh itu memang orang yang lupa daratan!!
huhu...kasar bunyinya, tapi itulah hakikatnya..

Sama penting dengan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Merdeka, Hari guru untuk mengenang jasa - jasa guru.

Kalau tidak ada cikgu, rasanya aku pun tak dapat jadi manusia yang berguna kot!!

Terima kasih Cikgu Manan, cikgu Math aku masa darjah 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Jelai 3. Kalau tak kerana pemadam papan hitam yang hinggap kat kepala ni sebab selalu mengganggu dalam kelas, buat bising la, aku rasa aku tak pandai math sampai sekarang. Terima kasih cikgu sebab denda aku berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir 7. Terima kasih cikgu sebab merotan aku sebab dapat markah yang rendah dalam math. Padahal tak rendah pun (80markah) minimum tak kena rotan 85 markah. Terima kasih cikgu..

Terima kasih untuk Cikgu Rozana, cikgu sains aku masa tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai. Terima kasih cikgu sebab percayakan aku untuk 3tahun berturut menjadi ketua kelas. Walaupun aku tak sukakannya, sebab tugasnya hanyalah pengambil buku, pengambil buku kehadiran, pemberi salam dan pencatat nama pelajar bising bila cikgu2 ada mesyuarat. Terima kasih cikgu sebab memberi aku gambaran sebenar dunia luar. Terima kasih cikgu sebab mengajar aku dengan berkesan. Terima kasih cikgu sebab memberi galakan. Tak ada lagi rotan2 atau berdiri atas bangku.

Terima kasih cikgu Roslan yang mengajar aku Sejarah tingkatan 3, kalau tidak kerana teknik belajar yang cikgu tonjolkan, aku rasa aku tak tau pun ade teknik belajar yang mudah, senang nak ingat dan senang nak faham.

Terima kasih Cikgu Tan, Cigu Add Math aku masa tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya. Kalau tidak kerana kutukan dan hinaan cikgu, aku rasa aku tak jadi engineer. Masih berlegar lagi hinaan cikgu, " orang melayu pemalas" "orang melayu bodoh". Akan kukenang sampai mati jasa cikgu kerana cikgu pemangkin semangat aku nak berjaya dan akhirnya aku dapat mengalahkan anak murid kesayangan cikgu. Siapa tak bangga dapat A1 dalam add math dalam trial dan SPM sebenar??

Terima kasih juga buat cikgu yang aku dah lupa namanya, tapi aku masih ingat lagi jasa-jasa mereka. Cikgu aku yang mengajar BM masa Tingkatan 5, Cikgu Kelas aku merangkap cikgu Fizik, Cikgu sejarah aku sebab bagi soalan dan jawapan bocor. Dan tak lupa cikgu Biologi aku. cikgu faham yag aku tak minat biologi, terima kasih cikgu sebab tak melaporkan kepada asrama yang aku selalu ponteng kelas dan selalu tidur dalam kelas. Terima kepada Uztazah yang menguruskan biasiswa aku, kalau tak aku pun tak ada duit masa duduk kat asrama.

Dan orang yang tiada kelayakan menjadi cikgu di sekolah, tapi menjadi cikgu dalam mengenal erti hidup. Terima kasih Arwah En Bais, Banyak kenakalan aku masa kat asrama yang En Bais tutup mata. Kalau orang lain, lama dah kena denda. Cik laila dan Cik Ana, walaupun selalu gak kami berkonfrantasi, tapi hubungan tetap baik. huhu.

Terima kasih cikgu.
Kalau tiada nama cikgu-cikgu yang aku tak masukkan, bukanlah bermakna cikgu tak berjasa dalam hidup ini, cikgu tetap ada peratusan dalam pembentukan diri aku sekarang.

SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...