Langkau ke kandungan utama

MEREPEK!!!!!!

Dalam dunia ni kita ingat kita paling malang, kita paling miskin dan paling tidak bernasib baik. Tapi adakah kita sedar, orang yang paling malang ialah orang yang tidak mahu berubah dari melakukan kejahatan atau hidup dalam kegelapan. Orang yang paling miskin ialah orang yang buta nikmat Allah dan orang yang paling malang ialah orang yang menerima pujian, nikmat, kekayaan dan gelaran tetapi mengaku semua itu hasil usahanya sendiri!! Tapi bila kelaparan, kemiskinan, kesakitan dan kesengsaraan mereka menggadu pada Allah. Tidakkah kita perasan yang kadang-kadang semua kesengsaaran itu datang disebabkan diri kita sendiri.

Adakah kita perasan bahawa kita (orang melayu) yang menyebabkan orang cina kaya raya?? Kalau orang melayu berniaga dia tidak mengikut resmi orang cina, layanan tidak bagus, PR ”kureng”, dan kebanyakannya nak untung cepat. Peniaga melayu menyalahkan orang melayu kerana tidak menyokong mereka. Salahkah pembeli melayu?? Walaupun begitu, anda orang melayu sebagai pembeli, mengapa anda hendak menambah kekayaan orang cina? Adakah kita perasan? Atau kita terlepas pandang?

Semalam masa saya mengisi minyak di Shell Taman Melati, ada sekumpulan warga Afrika yang kurang ajar. Mereka hanya mencampakkan duit kepada cashier. Apalagi menyumpahlah si cashier tu, ”orang Afrika tidak sedar diri, dah masuk kampung orang, kena la tau adat kampung orang.” Tapi adakah kita sedar, adat apakah yang masih kita pakai sekarang?

Adakah orang dulu mengajar kita hidup mementingkan diri sendiri?
Adakah anda kenal jiran sebelah rumah anda?
Adakah tok moyang kita ajar cara berbahasa seperti sekarang?
Adakah adat kita untuk menunjukkan pusat?
Adakah adat kita untuk menunjukkan peha yang gebu?
Adakah adat kita berpelukan dikhalayak ramai tanpa ikatan yang sah?
Adakah ianya tidak menjatuhkan ekonomi seperti cakap selebriti yang kononnya popular?

Jadi, adat timur yang mana kita banggakan?

Teringat sebahagian lirik lagu Pak Pandir masa kecik-kecik dulu,
”Ada mata pandang, ada mulut diam, ada telinga dengar, ada otak pakai”

M. Nasir
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petangkerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Ulasan

Eda Latiff berkata…
dalam hidup ni kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah..org yg hanya igt Allah pd waktu susah adalah mereka yg tidak bersyukur ketika senang..insyaAllah hidup tidak sengsara walaupun bukan senang..:)

kekayaan bukan datang dengan gaya hidup org lain berniaga..tetapi dengan usaha yg gigih..x boleh menyalahkan melayu 100%..ade 1001 sebab yg boleh menyebabkan mereka ini tidak maju..mgkn berniaga bkn dengan ht yg ikhlas dan mungkin juga tidak mengikut landasan yg betul..

x dinafikan zaman teknologi ni,org ramai lupa tentang adat sopan santu dan berbudi bahasa.. meskipun adat itu la yg menjadi kebanggaan warganegara, namun x semua yg melupakan adat.. hanya mereka yg x mengenal asal usul mgkn akan melupakan adat..di mana bumi di pijak,di situ langit di junjung..:)

menyebuk jerk..hehe..:)

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...