2009/08/26

PUASA OH PUASA

ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI YANG WAJIB LAIN XBUAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI BAJU YANG DIPAKAI TAK TUTUP PUSAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MATA DUK TENGOK PUSAT ORANG YANG TAK TUTUP PUSAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI KAT BELAKANG DUK NGUMPAT2...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MULUT TETAP JAHAT...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI MULUT BAU KARI AYAM...
ADA ORANG MENGAKU PUASA TAPI.................
BANYAKNYA KARENAH PUASA.....

BAZAR RAMADAN MEMANG MERIAH...
APATAH LAGI KALAU YANG DATANG TU YANG MENGAKU PUASA....
NAK2 PULAK YANG DATANG TU BAJU YANG JENIS TAK CUKUP KAIN...
SANA TERBONJOL... SINI TERDEDAH...SINUN TERKOYAK...
MATA PUN X IKUT PUASA DAH...
PANDANG KIRI NAMPAK "BETIK", PANDANG KANAN NAMPAK "JAMBU", PANDANG DEPAN NAMPAK "MANGGA"... ADA MACAM2 BUAH ADA LAK TU...
MATA NI PUN JAHAT GAK...
DUK TENUNG BETIK MASAK JEA LA...
SETAN DAH KENE IKAT PUN MATA DUK MELIAR LAGI...
NAMPAK SANGAT TANPA SETAN PUN MATA NI DAH MEMANG JAHAT...
X BOLEH LAH NAK SALAHKAN SETAN NANTI...
HEYYYYY...PUASA APE LA EK YANG DAPAT...
DAPAT PENAT, LAPAR, DAHAGA JEA LA NAMPAKNYA...

2009/08/18

MALAM MESRA CKC....

MALAM MESRA CKC 2009
'BACK TO 60'S'
15 OGOS 2009



2ND BOS DENGAN GAYA ALA-ALA SAMSENG KAMPUNG DUSUN PISANG TANDUK....

ELVIS TERSESAT SALAH MASUK MAJLIS...

BAPAK KEPADA MILAH DALAM SKETSA NASIB UKC....

GENG 6 JAHANAM!!!!

HUHU...SAMSENG TAIK KUCING...
GAMBAR TU MASA BELUM NAIKKAN KOLAR BAJU DAN LIPAT BAJU....
"NAMA PENUH MINAMI...
NAMA KOSONG MI"...
CIK LAN BERLAKON SEBAGAI MI DALAM SKETSA NASIB UKC...
MUNGKIN HAJI TERINGAT ZAMAN MUDA2 KOT...
TERKENANG DAKU KEPADA SI DIA...
SENIOR GEOLOGIST....
GAYA CAM X KENA JEA... NI MACAM DAH 70 AN JEA...

FEWWWIIIIIIIIITTTTTTT.....
SAPE KATE SALOMA DAH MATI???

AMBOI....GEDIK NYA.. JAGA2... ANAK DARA LAGI TU HAJI NAZAN... KANG ADA YANG TIDUR KAT LUAR KANG... ORANG UMAH DUK JELING2 JEA TU...

PULAU LAGENDA...LANGKAWI...

10-12 OGOS 2009...
Aku sampai lagi ke pulau lagenda ini selepas kali terakhir aku datang tahun 2000...
Dah 9 tahun dah...
Tapi kejab nya masa berlalu...

Ini gambar pemandangan dari highest point dekat Pulau Langkawi... Puncak Gunung Raya...
Boleh nampak pemandangan satu pulau...
Gambar masing yang tengah pening sebab jalan nak naik ke puncak ni berpusing2 macam ular kena palu...



Percaya x ada hotel kat atas puncak gunung ni...
Sesiapa yang nak berbulan madu... Memang la sangat sesuai...
Tapi bila dah check in jangan harap la hang pa nak turun... Jauh dan pening ni nak turun...
Memang sesuai la nak berbulan madu... Memang gerenti xkan keluar bilik punya...

Dataran Lang yang masih lagi sama macam dulu gak......

BERPELUH....

08.08.2009, karnival sukan untuk CKC...
Perlawanan untuk pagi ialah bola tampar...
Kalau x salah aku, kali terakhir aku main bola tampar 7,8 tahun dulu... dapat gak jadi naib johan...

My 2nd bos tengah merancang strategi untuk menang dengan merenung pasukan lawan...


Sebelum main kene la bertapa dulu...
Cari ketenangan orang kata...

My Bos memberi kata semangat sebelum masuk ke gelanggang...
Tapi dia xmasuk pun...
Gara2 ada staff yang patah kedua tangan akibat terjatuh sebelum perlawanan kami...
My bos pun jadi kalut x tentu pasal....
Tok bomoh yang tengah menjampi untuk membuatkan pihak lawan x nampak bola...
Geng2 tangan bangku...
Huhu...
Satu2 nya bunga yang ada dalam unit aku....
Dialah intan..
Dialah payung...
Dialah wangi...
Dialah busuk...

JURULETIH pasukan...
Tengok la kewibawaan beliau merencana strategi...
Letih betul beliau hari itu walaupun hanya berada di luar gelanggang...

Perlawanan yang ditunggu....
Huhu... Mari membelasah team Dato' Pengarah kanan....
31-10 kene titik...
Alahai lembut nye serve cik kak kite ni....
Akhirnya my boss main jugak....
Serve bola berputar2 bak halilintar memusing alam....

Wajah keriangan selepas boss mendapat satu2 nya mata yang dia dapat hari itu....
Gaya xnak kalah...Persis gaya seorang professional...
No komen la....

Sempat lagi meeting kat dalam gelanggang...

Membelon gak aku serve...huhu
Sedia.........
Satu.......
Dua........
Tiga.........
Serang!!!!!!!!!!

2009/08/17

siot betul la....

Adoi...
Memang kerja gila hari ni...
Ada ke patut aku diarahkan menghadiri bengkel untuk membincangkan dasar Peruntukan Darurat AP55...
Yang datang lak pangkat JUSA2 & PTD2 jea...
Sapa la aku ni yang dikategori semut ni...
Adoi... Bos ni pun satu hal la... Last minute baru bagi tau nak cuti...
2nd bos lak ngelak klu ade bengkel2 cm ni...
Xpasal2 jea aku yang kene...
Adoi...

2009/08/04

erkkkkkkkkkk.....

bp 170/94???
Bior benar doc???

Tinggi nye blood pressure aku...
Saja la gatal gi check H1N1 smlm kat HKL...Tekak ni rasa sakit jea.. Batuk ckit....
Ramai giler orang datang...
Sampai HKL PUN 8.30 malam... Balik???
Eeermmmmmmmm... 12.30 malam...
Muak menunggu nyer...
Memang sah aku clear H1N1...
Tapi lain plak yang aku dapat tau...
Aku ade darah tinggi... Adoi...

2009/08/03

APALAH BODOH SANGAT!!!

SEDIHNYA TENGOK MELAYU BERARAK BERDEMONSTRASI MENENTANG AKTA ISA...
APA???
TAK ADA OTAK KE DEPA NI???
BENGAP SANGAT KER???
ATAUPUN MEMANG BODOH TAHAP PIANG SAMPAI BOLEH DIPIJAK KEPALA DEK DAP DAN PKR???
YANG LAGI SEDIHNYA TENGOK PAKCIK2 YANG DUK PAKAI LEBAI KAT KEPALA...
PATUT GI LA SURAU KER MASJID KER BUAT AMAL IBADAT BANYAK2...
TAK PASAL2 JEA DAPAT MANDI AIR BOMBA PERCUMA...

ISA???
TAU KE MENATANG APE ISA TU???
TAU KER SAPA YANG PERNAH KENE TANGKAP ISA TU???
TAU KER APA SEBAB KENE TANGKAP???

APA PASAL TIME ORANG MELAYU KENE TANGKAP ISA KITA ORANG MELAYU BUAT BODOH JEA???
TAPI BILE ORANG INDIA @CINA (HINDRAF DAN TERESSA KOK) YG KENE TANGKAP.... HA!!! MACAM SOK NAK KIAMAT BRADER KITER YANG KEMPUNAN NAK JADI PM TU MELENTING DAN SAMA BODOH ORANG MELAYU LA... MENYOKONG MENENTANG ISA...

APA PUN SEBAB YANG KENE TANGKAP TU, SEMUA TU UNTUK KEBAIKAN MAJORITI...
BUKAN SEBAB NAK MENAFIKAN MINORITI TAPI KALAU DAH SIKIT TU BUAT LA CARA SIKIT!!!

ADOI LA... RASA AMAN JEA MASA KECIK2 DULU...
X DER MASALAH PUN...
PAGI KELUAR MAIN, DAH LEWAT PETANG BARU BALIK RUMAH....

KENAPA LA SEKARANG NI...
APALAH NAK JADI???

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.

"Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;
DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanyaPerkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:

PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURATPerkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:
(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau
(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja.

Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:Kuasa untuk menahan orang yang disyaki.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai
(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan
(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:Dengan syarat bahawa:
(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).

(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.

(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.

Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.

Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang8 (1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:Nota PesuruhjayaPENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI“5.
(1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja.

Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:
(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;
(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.

Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:Kajian semula13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.
*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".

Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau.

Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.

Pendedahan maklumat16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.

Nota Pesuruhjaya PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITIAkta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu.

Bidang kuasa mahkamah79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Sekatan ke atas pendakwaan80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah
(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan
(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri8B.
(1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.
(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:Tafsiran "kajian semula kehakiman"8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:
(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) Writ habeas corpus; dan
(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.

Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:Representasi terhadap perintah tahanan11.
(1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:
(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-
(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.Laporan Lembaga Penasihat12.
(1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.
(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan74.
(1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:
(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;
(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);
(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau
(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.

(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.

(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.Penerimaan pernyataan sebagai keterangan75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:Dengan syarat bahawa:
(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:
(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan

(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.

(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.Publisiti perintah81.
(1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.
(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.