2014/08/26

Mohon Bantuan, Cadangan, Tips masuk rumah baru..

Assalamualaikum.

Mohon bantuan tuan/puan/cik, jika mengenali kontraktor yang boleh dipercayai dan mempunyai kualiti kerja yang baik untuk mengubahsuai rumah, terutama bahagian kitchen cabinet, plaster ceiling dan sebagainya...

Mohon komen di sini... Saya akan menghubungi terus kepada kontraktor tersebut.

Lokasi rumah: Bandar Saujana Putra, Jenjarom. (Berdekatan Putra Height)

Sekian terima kasih.

Stroller Baby Murah.





Stroller Baby atau Stroller Bayi ini adalah antara barangan yang wajib dibeli. Sebab dengan ada stroller baby ini memudahkan ketika ingin bersiar-siar.

Ok.. kat sini saya ingin kongsi tips membeli stroller baby berdasarkan pengalaman saya. Pertama kita kene tahu jenis, fungsi dan kesesuaian dengan kita.

Budget


Ini paling penting.. Kita kene tahu berapa budget kita. Selalunya kalau jenama mampu milik yang ada dalam pasaran adalah jenama HALFORD. Banyak model dari HALFORD dibawah RM1000 dan ada bawah RM500 juga. Kalau jenama seperti QUINNY harga dia pasti lebih dari RM1000. So... ikut budget anda.

Kalau nak power lagi jenama STOKKE.. memang stylo.

Keselamatan


Kebanyakkan stroller baby memang ada ciri keselamatan seperti 5-point harness yang ada di tempat duduk baby dan boleh dilaraskan.

Satu lagi, pastikan tidak ada sharp or rough edges yang boleh mencederakan baby kita. Pastikan juga stroller kukuh dan cukup kuat dan mempunyai sistem brek pada roda stroller tersebut.

Fungsi Recline


Fungsi ini sangat penting jika anda beli stroller. Saya cadangkan supaya anda hanya membeli stroller yang boleh recline iaitu boleh baring jika bayi anda tertidur.

Tambahan pula jika newborn baby. Sudah pasti stroller anda perlu dibaringkan sebab newborn baby tidak dapat duduk.

Mudah Dilipat


Ini antara perkara yang perlu diambil kira. Pastikan senang untuk dibuka dan dilipat kembali. Paling cantik beli stroller yang ada lipatan yang dinamakan "Umbrella Fold" ... apabila dilipat akan senang disimpan dan kurang makan ruang.

Saiz Stroller


Kebanyakkan yang pertama kali beli stroller pasti akan beli stroller kali kedua. Sebab stroller pertama ibu-bapa akan memilih faktor kecantikkan design stroller dan nampak stylo apabila dibawa jalan-jalan. Kebanyakkan stroller macam ini lelagi stroller yang  beroda 3 apabila dilipat akan sukar dimasukkan di dalam kereta dan seterusnya bonet kereta penuh.

Jadi akan beli stroller yang kedua yang mempunyai lipatan seperti "Umbrella Fold"

Adjustable Handle


Perkara ini tidak kurang penting juga. Jika anda tinggi, pastikan stroller anda mempunyai fungsi ini supaya memberi keselesaan kepada anda ketika menolak stroller anda kerana boleh adjust panjang handle tersebut.

Selain itu, ada juga adjustable handle yg berfungsi untuk foward facing dan rear facing terhadap anak anda. Baby yang dibawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan foward facing sebab baby ini akan rasa lebih selamat apabila melihat wajah ibu bapa sementara baby yang telah 6 bulan keatas sesuai guna rear facing supaya mereka dapat menikmati pemandangan.

Canopy


Yang ini sangat penting.. pastikan canopy dia boleh extend lebih supaya dapat cover baby kita jika kita berjalan tengah panas. Kebanyakkan canopy stroller tidak cover sangat.

Berat dan Material


Berat sesuatu stroller juga penting supaya memudahkan anda mengangkat stroller dari kerata. Material perlulah selesa untuk baby kita dan tahan lasak.


Diatas adalah antara fungsi-fungsi asas yang penting ketika memilih stroller selain fungsi tambahan seperti bakul, tempat letak botol air, umbrella, jaring nyamuk.


Saya rekemen anda untuk memilih stroller baby ini di The Baby Store Malaysia atau www.thebabystore.com.my . Banyak pilihan dengan harga yang terbaik dan anda boleh bertanya terus dan meminta cadangan dan pendapat dekat sales person mereka. Mereka akan layan anda.


Nota Penting : 


  • Pastikan stroller baby ini sesuai dengan umur dan berat baby anda.
  • Jangan lupa mengunci roda stroller baby ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller. Akan menyebabkan stroller tidak stabil.


2014/08/25

Aku Terasa Dinodai...

Sambungann Cerita Massage...

TK: Saya mau clean punya massage...

TK: Boleh???

Awek Thai: Boleh bos...

Awek Thai: Sini bos... Bukak baju... Seluar... Pakai towel ini...

TK: Semua?

Awek Thai: Iyea bos...

Cisss... Ni clean ke tak ni? Nak suruh bukak semua lak ni... Sejuk oooo... Pakai towel je lak ni...

Awek Thai: Bos... Buka seluar kecil...

TK: Ayak... Kena bukak ka? Abis semua nampak la???

Awek Thai: Pakai ini bos... (Sambil menunjukkan underwear disposal punya...)

Cisss!!! Dah la underwear disposal murah... Transparent lak tu... Nampak hutan belukar... Sambil menggaya kan ala ala model depan cermin besar... Sambil mengempiskan perut yang terlambak!  Gatal doh pakai underwear tu!

Sesi urut pun mula...

10 minit... Urut belakang... Ok lagi...
Leganya...

20 Minit... Urut kaki... Ok sangat lagi... Penat berjalan kan...
Ahhhh!!! Sedapnya...

40 minit... Oit!!! Oit!!! Apsal uli uli bontot aku!!! ingat doh roti canai ke?

50 minit... Oit!!! Oit!!!!!!! Apsal ko gentel puting tetek aku!!!!!!! Stim tau dak!!!!

Ah... Malas nak sambung lagi daaaaaa....

2014/08/22

MH17

Pertama kali dalam sejarah...
Menonton buletin utama... Sambil menangis...

Sebak...

Betapa beruntungnya mereka...
Disembahyangkan ribuan orang...
Disedekahkan Al-Fatihah oleh orang ramai...
Didoakan ramai orang...

Bertambah sebak melihat si anak kecil berusia 9 bulan...

2014/08/20

Penyambung Nyawa...



NotaKarut: Penyambung nyawa... Nyawa nyawa ikan... Menghitung hari... Detik demi detik...
Lamanya terasa... 5 hari ditunggu ibarat 5 tahun lamanya... Owh... Gaji... 

P palang s: Akibat raya... Dan... Berkerja luar di Pulau bebas cukai... Pokai... Pokai... Ada sesiapa nak bagi sedekah? Sekupang pun jadi la... 

Barangan Bayi Yang Wajib Ada Iaitu Baby Bouncer

Jika anda sudah ada senarai barang bayi yang akan dibeli untuk bayi anda yang akan dilahirkan nanti. Jangan lupa senaraikan juga Produk ini! Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker . Ianya SANGAT BERBALOI untuk dibeli. Boleh digunakan dari bayi hingga 18kg. WOW !!


Ini antara produk SUPER LARIS di The Baby Store Malaysia . Anak anda pasti suka dan selesa.


Harga hanya RM190.00 Sahaja 

Antara Fungsi-fungsi Menarik!


  • Tempat ?istirehat? utk baby comel anda.
  • Boleh diubah untuk pelbagai fungsi (Baring atau Duduk).
  • Lapisan span & fabric cotton yg lembut dan menyejukkan. Anak anda pasti selesa.
  • Alas span & fabric cotton ini boleh dibuka dan dicuci.
  • Mempunyai pemegang khas utk mengelakkan baby dari terjatuh.
  • Fungsi alunan muzik & getaran halus utk memberikan keselesaan buat baby kesayangan anda. Ia juga dpt merangsangkan minda baby. (Warna Biru sahaja)
  • Dilengkapi mainan bunga-bunga & rama-rama utk menceriakan si comel anda.
  • Rekabentuk yg fleksibel & boleh diubah mengikut kesesuaian umur si kecil anda.
  • Boleh menampung bebanan sehingga 18kg !
  • Cara pemasangan toddler portable rocker ini sgt lah mudah. Manual telah disediakan. Tak sampai 5 minit dah siap pasang ..
Terdapat 3 Pilihan Warna


Berminat??

Boleh klik Order Dibawah ini




2014/08/19

Abang Nak Urut Batin...

Alkisah...

Di satu pulau... Pulau bebas cukai...

Selepas penat berjalan... Mencuci mata... Sambil sambil menghabiskan sisa sisa baki duit yang ada lepas kemaruk beraya... Terlalu dan termasuk la kedai urut...

Niat di hati nak hilangkan lenguh lenguh kaki...

Awek Thai (Aku pun tak tau dia awek Thai yang sebenar atau tiruan): Abangggg... Massage... Mau...

TK: Berapa sejam...

Awek Thai: 90 Ringgit satu jam bang...

TK: Mahalnya... Apa yang best?

Awek Thai:  Abang penat kan... Sakit sakit badan... Belikat sakit... Boleh kasi kurang... Mana mana urat tegang boleh kasi kendur...

TK: Ermmm... Saya tak mau... Saya mau kasi 'urat yang kendur bagi tegang'... ada??? Boleh???

...........................................................................................................................

Sila buat sambungan sendiri... Sekian...

2014/08/18

Terima Kasih Nuffnang...

Walaupun dah lama tak menulis dengan aktif...

Ada juga iklan yang melekat...

Terima kasih kepada yang memberi... Terima kasih kepada yang meng'klik'... Terima kasih kepada yang membaca...

Bila Lama Sangat Duduk Pulau...

Bila lama sangat duduk kat pulau...

Yang tak sedap jadi sedap...

Yang tak cantik jadi cantik...

Bila lama sangat duduk kat pulau...

Pandang yang ni...

Tapi nampak macam yang ini...

NotaKarut: Air dalam kepala dah meleleh beb!!!

2014/08/13

Saya Berada Di Sini...



2014/08/09

Gambar Hari Raya Saya...


































2014/08/07

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Menukar Nama Di Geran Kenderaan - Urusan JPJ Dan Puspakom.

Prosedur tukar nama kenderaan, buat sendiri

Urusan PUSPAKOM
1) Booking dengan puspakom untuk buat appoitment pemeriksaan kederaan untuk dapatkan sijil B5 ( Sijil Pemeriksaan Tukar Milik )

2) Pergi ke Puspakom pada tarikh dan masa yang telah dibooking;
a. Pastikan yang ada ialah geran asal, duit RM 30.00, tinted xgelap, dan kereta xsambung, tayar botak ke, brake xmakan ke dia tak cek
b. Pergi puspakom isi borang untuk buat cek
c. Ambil appoiment card ( warna merah )
d. Bawak kereta beratur untuk pemeriksaan ( kalo xde kad appoiment tak dibenarkan beratur )
e. Bila kereta beratur dan sampai pondok kutip duit, bayar RM 30.00 kat situ dan serahkan geran asal kereta
f. Tinggal kereta dan kunci. PUSPAKOM akan melakukan pemeriksaan perkara berikut:

  • No chassis kereta sama atau tidak dengan geran
  • No chassis di usik atau tidak 
  • Wujud atau tidak sambungan pada tiang bumbung kereta ( 6 tiang )
  • tinted
  • Eksos kereta ( asap )
  • Sambungan pada kereta ( cek bawah kereta )

g. Sementara pemeriksaan kereta, tunggu di depan sekali, orang jpj akan panggil bila kereta siap di cek untuk anda bawak pergi parking
h. Siap parking kereta pergi ke ruangan menunggu untuk ambil result dan geran kereta balik dan tandatngan akuan penerimaan.


Urusan JPJ
1) Siap dan lulus pemeriksaan puspakom, pergi ke JPJ untuk batalkan roadtax lama kereta
a. Pastikan bawa Roadtax asal kereta
b. Pergi ke kaunter nombor JPJ, kata nak batal roadtax kereta, nanti dia kasi borang untuk isi, dan no giliran
c. Tunggu nombor dipanggil dan JPJ akan cop batal dibahagian roadtax.

2) Settle batal roadtax, pergi syarikat insuran owner lama untuk batalkan insuran kereta owner lama. Yang perlu bawak ialah owner lama itu sendiri  dan covernote insuran owner terbabit

3) Settle batal insuran kereta owner buat pulak insuran kereta baru atas nama sendiri, yang kena ada ialah geran ada senang diorang buat rujukkan. Settle insuran boleh proceed ke JPJ dalam masa 7 hari untuk tukar nama ( orang insurans 2 cakap bila da buat insuran dalam masa 7 hari kene pi jpj tukar nama dan buat roadtax baru, kalau lambat nanti JPJ hanya benarkan buat cukai jalan selama 6 bulan sahaja ).

4) Settle insuran proceed ke JPJ untuk tukar nama, apa yang perlu ada sebelum pi tukar nama?
a. Geran asal kereta
b. Sijil B5 (Sijil Pemeriksaan Tukar Milik ) yang dapat di PUSPAKOM
c. Salinan IC owner lama dan owner baru
d. Kedua – dua owner ( lama dan baru sebab JPJ dah tak benarkan isi borang wakil, kedua2 owner wajib pergi ke JPJ untuk membuat pengesahan biomaterik menggunakan MyCard )
e. Borang tukar hah millik secara sukarela, boleh je download kat website JPJ :
i. TM-1 ( Isi dua salinan )
ii. JPJ K3 ( isi dua salinan )
f. Duit RM 100.00 untuk penukaran nama
g. Duit RM 70.00 untuk Roadtax baru ( ikut cc ye )

5) Pergi ke kaunter nombor cakap nak tukar nama, minta borang yang dinyatakan di atas dan nombor giliran, tunggu sampai nombor dipanggil,

6) Sampai nombor giliran, pegawai di kaunter akan menyemak borang yang di isi, pastu dia sahkan cap cari, kemudian pegawai tersebut akan cetak nama baru di belakang geran, dan dia buat skali dengan roadtax, siap semua dia mintak duit RM 170.00 sebagai bayaran semua.

7) Siap semuaya.. sekarang nama dah tukar baru.

NotaKarut: Sekadar perkongsian bagi yang berhajat nak beli kereta terpakai dan nak buat prosedur tukar hak milik sendiri tanpa menggunakan runner yang cekik darah.

2014/08/06

Duit Raya...

Minggu ni... Kalau pi makan mana2... Kalau bayar duit sepuluh... Mesti dapat baki duit seringgit...

Bukan seringgit yang lama... Yang keras... Yang licin...
Nampak sangat... Nampak sangat mak ayah budak korek duit anak...

Tak pun... Guna lebihan duit raya untuk belanja...

NotaKarut: Termasuk la aku ni... Dompet tebal... Tebal sangat... Tapi dengan duit seringgit la... Dah la asyik melekat lekat je duit tu...

2014/08/05

Tips Menangani Anak Eczema @ Ekzema.

ScratchMeNot Logo

ScratchMeNot pernah dengar brand ini? Produk dari USA yang telah berada di Malaysia. Produk yang sangat kualiti dan efektif untuk bayi yang mengalami masalah Eczema atau Ekzema. ScratchMeNot  adalah sarung tangan eczema yang direka khas untuk mengelakkan bayi eczema menggaru muka dari terus cedera serta memberi keselesaan kepada bayi anda ketika memakainya.

Mengubati bayi eczema bukanlah perkara mudah sebab walau menggunakan krim eczema tapi bayi eczema dapat menggaru muka dan mencederakan semula kulit tersebut dan belum sempat sembuh terutama waktu malam ketika kita tidur, tidak sedar dan tidak dapat kawal bayi kita menggaru.

Sarung tangan dwi lapisan ini mempunyai lapisan luar lembut yang menghalang kerosakkan kulit akibat menggaru berlebihan dan menggosok. ScratchMeNot boleh dilipat buka untuk memberi tangan bayi bebas ketika tidak menggaru dan menutup kembali ketika bayi menggaru. Produk ini juga boleh digunakan bersama ubat atau krim jika perlu.

"Produk ini adalah genius dan benar-benar terbaik !! .... ini merupakan penyelamat kehidupan dan keajaiban! Si kecil saya akan menggaru dan mencederakan mukanya kerana gatal yang kronik. Dengan produk anda, mukanya telah sembuh. . dia tidak lagi boleh mencederakan dirinya, tetapi dia masih boleh menghibur dirinya apabila dia gatal-gatal Terima kasih ... terima kasih ... terima kasih ... "- Vivian


Kelebihan Sarung Tangan Eczema
  • Flexible     - Hujung sarung tangan boleh dibuka dan ditutup
  • Fun           - Mempunyai corak yang ceria untuk kanak-kanak
  • Efective     - Dapat menggelakkan bayi dari menggaru.
  • Functional  - Sangat mudah untuk ibu bapa membuka dan memakai tetapi sukar untuk bayi anda                             membukanya.

Produk yang sangat efektif dan kualiti... hentikan derita anak anda. Jika berminat boleh order di The Baby Store Malaysia