Langkau ke kandungan utama

Stroller Baby Murah.





Stroller Baby atau Stroller Bayi ini adalah antara barangan yang wajib dibeli. Sebab dengan ada stroller baby ini memudahkan ketika ingin bersiar-siar.

Ok.. kat sini saya ingin kongsi tips membeli stroller baby berdasarkan pengalaman saya. Pertama kita kene tahu jenis, fungsi dan kesesuaian dengan kita.

Budget


Ini paling penting.. Kita kene tahu berapa budget kita. Selalunya kalau jenama mampu milik yang ada dalam pasaran adalah jenama HALFORD. Banyak model dari HALFORD dibawah RM1000 dan ada bawah RM500 juga. Kalau jenama seperti QUINNY harga dia pasti lebih dari RM1000. So... ikut budget anda.

Kalau nak power lagi jenama STOKKE.. memang stylo.

Keselamatan


Kebanyakkan stroller baby memang ada ciri keselamatan seperti 5-point harness yang ada di tempat duduk baby dan boleh dilaraskan.

Satu lagi, pastikan tidak ada sharp or rough edges yang boleh mencederakan baby kita. Pastikan juga stroller kukuh dan cukup kuat dan mempunyai sistem brek pada roda stroller tersebut.

Fungsi Recline


Fungsi ini sangat penting jika anda beli stroller. Saya cadangkan supaya anda hanya membeli stroller yang boleh recline iaitu boleh baring jika bayi anda tertidur.

Tambahan pula jika newborn baby. Sudah pasti stroller anda perlu dibaringkan sebab newborn baby tidak dapat duduk.

Mudah Dilipat


Ini antara perkara yang perlu diambil kira. Pastikan senang untuk dibuka dan dilipat kembali. Paling cantik beli stroller yang ada lipatan yang dinamakan "Umbrella Fold" ... apabila dilipat akan senang disimpan dan kurang makan ruang.

Saiz Stroller


Kebanyakkan yang pertama kali beli stroller pasti akan beli stroller kali kedua. Sebab stroller pertama ibu-bapa akan memilih faktor kecantikkan design stroller dan nampak stylo apabila dibawa jalan-jalan. Kebanyakkan stroller macam ini lelagi stroller yang  beroda 3 apabila dilipat akan sukar dimasukkan di dalam kereta dan seterusnya bonet kereta penuh.

Jadi akan beli stroller yang kedua yang mempunyai lipatan seperti "Umbrella Fold"

Adjustable Handle


Perkara ini tidak kurang penting juga. Jika anda tinggi, pastikan stroller anda mempunyai fungsi ini supaya memberi keselesaan kepada anda ketika menolak stroller anda kerana boleh adjust panjang handle tersebut.

Selain itu, ada juga adjustable handle yg berfungsi untuk foward facing dan rear facing terhadap anak anda. Baby yang dibawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan foward facing sebab baby ini akan rasa lebih selamat apabila melihat wajah ibu bapa sementara baby yang telah 6 bulan keatas sesuai guna rear facing supaya mereka dapat menikmati pemandangan.

Canopy


Yang ini sangat penting.. pastikan canopy dia boleh extend lebih supaya dapat cover baby kita jika kita berjalan tengah panas. Kebanyakkan canopy stroller tidak cover sangat.

Berat dan Material


Berat sesuatu stroller juga penting supaya memudahkan anda mengangkat stroller dari kerata. Material perlulah selesa untuk baby kita dan tahan lasak.


Diatas adalah antara fungsi-fungsi asas yang penting ketika memilih stroller selain fungsi tambahan seperti bakul, tempat letak botol air, umbrella, jaring nyamuk.


Saya rekemen anda untuk memilih stroller baby ini di The Baby Store Malaysia atau www.thebabystore.com.my . Banyak pilihan dengan harga yang terbaik dan anda boleh bertanya terus dan meminta cadangan dan pendapat dekat sales person mereka. Mereka akan layan anda.


Nota Penting : 


  • Pastikan stroller baby ini sesuai dengan umur dan berat baby anda.
  • Jangan lupa mengunci roda stroller baby ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller. Akan menyebabkan stroller tidak stabil.


Ulasan

sitirohaida berkata…
beli stroller yang ikut kemampuan je..tapi kalau ada duit lebih y not beli yang bagus sikit kan...
OKje berkata…
Masa zaman anak kecik dulu beli yg murah murah jer..... masa tu kewangan pun limited. Sekarang ni tgk orang punya stroller bukan main canggih lagi....tp nak beli anak pulak dah besar besar hehe
Lea IsNawi berkata…
bila pregnant nanti, baru aku baca balik entry ko ye..

ngeh ngeh ngeh
YunFila berkata…
Nak beli baby stroller dari England dengan harga murah dari Ayuni tak?
Aimacomel berkata…
Lg 5 bulan nk kena siapkn barang2 baby ni, insyaAllah.. hari tu ada jln2 tgk dengan semua. Fuiyooo, harga2 dia semuanya fuhhh

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...