Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Lemang, resepi dan cara membuatnya dari mula hingga siap

Lemang adalah makan tradisi yang perlu ada setiap kali orang melayu menyambut perayaan. Namun, proses untuk membuatnya yang leceh dan renyeh, kebanyakan orang lebih rela mengeluarkan duit membelinya sahaja. Dibimbangi sekiranya budaya membeli ni berterusan, maka lambat laun akan hilanglah kemahiran membuat lemang ini dan tidak diwarisi generasi berikutnya. Bahan-bahan untuk membuat lemang tidak banyak sebenarnya dan mudah untuk dicari. Bahan asasnya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menghasilkan rasa lemak pada lemang, santan yang digunakan mestilah yang berkualiti daripada kelapa tua tidak dicampur dengan banyak air.  Perkara yang membingungkan kebanyakkan orang yang hendak membuat lemang adalah NISBAH campuran lemang itu sendiri. Resepi orang lama adalah kiraan nisbah berat ''gantang'' dan biji kelapa. Tetapi dengan arus pemodenan kini, nisbah kiraan ini agak membingungkan. Pada asasnya nisbah untuk membuat lemang adalah 1 gantang beras pulut memerlukan santa