Dulu... Masa zaman zaman hingusan pun belum kering lagi... Dia la teman... Dia la saudara... Dia la abang... Dia la adik... Semua dilakukan bersama...
Dari kerja kerja yang berfaedah menyekodeng kereta kereta rosak di Tanjung Harapan Klang, Lepak mencuci mata di depan Hard Rock Cafe, hanya di depan pintu sahaja sebab tak reti dan tak ada duit nak masuk menari terkinja kinja mencucuk langit di dalam... Hanya mampu melihat dari jauh kelibat "kucing kucing seksi" bermesra dengan harimau jantan tua tak bertaring yang berjalan terhoyong hayang...
Hinggalah kerja kerja yang tak berfaedah bersama sama ke kuliah dan ke masjid untuk bersolat...
Semuanya dilakukan bersama...
Tapi... Hari ni...
Semua dah membawa haluan masing masing... Yang dah berkahwin dengan ragam perkahwinannya... Yang bujang dengan lagak bujangnya... Yang single sibuk mencari pengisi hatinya...
Aduyai... Kera itu... Kera yang sumbang itu adalah aku... Aku dah tak bercampur lagi dengan mereka mereka...