Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pasca Raya...

Assalamualaikum. 1. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya... Mohon maaf andai ada perkataan yang menyinggung perasaan... 2. Peringatan untuk diri sendiri... Raya memang raya... Tapi jangan dilupakan puasa sunat 6 hari... Tambah 6 hari je lagi... Sebulan ramadhan + 6 hari syawal bersamaan setahun berpuasa... Ko mampu ke jemah nak puasa setahun? Nak puasa setahun ke nak puasa 6 hari syawal? Pandang air tebu berpuluh peluh tun iman dah tak kuat... Ada hati nak puasa setahun... 3. Lepas raya ni, semua rasa dah kembali ke normal... Seluar yang longgar dah ketat balik... Baju yang longgar dah fit ngam ngam... berat pun tambah ' sikit' je dari sebelum puasa... haiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... 4. Mari menghitung hari... Hari ni baru 14/7/2016... Jauh lagi perjalanan... 25/7/2016... Haiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh NotaKarut:Masa ni la serdak serbuk kuih raya nampak sedap!!!!

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,