Langkau ke kandungan utama

Catatan

SELAMAT MENJADI ORANG TUA

TEPAT PUKUL 7.50 PETANG 29 MAY 1984, LAHIRLAH SEORANG LELAKI YANG KONONNYA MACHO (MUAHAHAHA... BANGGA DIRI) YANG BERNAMA AKU... MAK AKU CAKAP, AKU LAHIR LEPAS CERITA OSHIN, CERITA YANG POPULAR LA MASA TU. MAK AKU CAKAP AKU NI SENANG JEA NAK KUAR, SEKALI TERAN JEA KUAR DAH. HUHU. XMENYEMPAT KOT NAK TENGOK DUNIA LUAR. HARI INI, AKU DAH PUN BERUMUR 25 TAHUN, MAKNANYA AKU DAH ABISKAN 2/5 FASA UMUR AKU. ITU PUN KALAU UMUR PANJANG LA. KALAU DICONGAK, PURATA UMUR RAKYAT MALAYSIA UNTUK LELAKI IALAH 65 TAHUN, SO, AKU ADE LEBIH KURANG 40 TAHUN LAGI.. WUAAAA....KEJAB NYE AKU DAH JADI TUA. RASANYA BARU JEA SEMALAM AKU MASUK TADIKA.HUHU. TERIMA KASIH LA KEPADA TEMAN2 ( HADIS, EDA, BIBI,AIN,ZURA,MAZ,B-TUL,UMMI DAN DAYAH TAPI APSAL SEMUA YANG INGAT NI PEREMPUAN EK???? ) YANG INGAT TARIKH KERAMAT INI, WALAUPUN AKU TAK SUKA PUN NAK AMBIL TAU SEBAB BAGI AKU HARI2 ADALAH HARI JADI AKU. AKU JUGA BERKONGSI TARIKH LAHIR YANG SAMA DENGAN TEMAN2, SOFIAH DAN FIZA. PEREMPUAN LAGI.. ZUM GEBURSTAG VIEL GLUCK ......

KURSUS PENGENALAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL BARU JKR SESI 8

DATE : 19 MAY - 26 MAY 2009 LOCATION : WRC, COUNTRY HEIGHT, KAJANG TEMPAT KURSUS NI MEMANG CANTIK. ALA-ALA EROPAH GITU. 19 MAY 2009 LAWATAN TAPAK KE INSPEN, PUTRAJAYA MAT2 INDON + BANGLA KAT SITE NI TERKEJUT BERUK SEBAB 2 BAS ROMBONGAN DARI JKR NAK TENGOK SITE DIORANG. YANG DATANG PUN BUKAN NYA NAK TENGOK SANGAT PUN. PAKAIAN PUN MACAM NAK PERGI TENGOK WAYANG JEA. HUHUHU. SESI TAKLIMAT OLEH JURUTERA YANG BERTANGGUNGJAWAB. KOS PROJEK DIANGGARKAN RM 200 JUTA. TAPI KEDEKUT BETUL KONTRAKTOR TU. UNTUNG JUTA2, TAPI JAMU BIHUN GORENG KOSONG JEA NGAN AIR SIRAP. NI VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI2 YANG BERNASIB BAIK DISANDINGKAN SEBELUM WAKTUYA YANG DILAKUKAN DI SEBUAH PULAU YANG TERLETAK DI HUJUNG DUNIA.

TANAH RUNTUH DI KUALA KLAWANG FT 068 SEC 17.2

LAPORAN AWAL YANG BOLEH AKU BAGI KAT BOS HANYALAH FAILURE DI SEBABKAN OLEH AKTIVITI TAMBAKAN TANAH SEMASA KERJA-KERJA PEMBINAAN JALAN YANG TIDAK DI " COMPACT " DENGAN SEMPURNA DAN JENIS TANAH YANG DI TAMBAK LANGSUNG TIDAK SESUAI. JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN KAT " SITE" IALAH "SANDY SOIL". TANAH JENIS INI HANYA SESUAI JIKA KECURAMAN CERUN ITU TIDAK MELEBIHI 35 DEGREE DAN TIADA ALIRAN AIR BAWAH TANAH. JADI, SESIAPA YANG MERANCANG NAK MEMBELI RUMAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN CERUN, SILA PASTIKAN TANAH CERUN ITU BUKAN SANDY SOIL. ITUPUN KALAU NAK HIDUP LAMA LA...

HARI IBU

KOHADAPAN OMAK YANG BERADO KEK JOLAI, DI POTANG INI ANAKANDA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BIAR PUN DAH TERLAMBAT. JASO OMAK LAHIRKAN ESEY, OMAK BOSAKIT BOSUSAH MEMBOSARKAN, MENYEKOLAHKAN, MENDIDIK TAK KAN SEY LUPO DUNIO DAN DI AKHIRAT. CAMANO BOSAR SALAH SEY KEK OMAK, OMAK TOTAP MAAF KAN SEY. SETIAP KALI ARI RAYO, SETIAP KALI SEY MENYONGOK OMAK KEK KAMPUNG. BOLUM ADO SEBOSAR ZARAHPUN KURANG EH KASIH SAYANG OMAK KEK SEY DOH. SETIAP KALI SEY BALIK KAMPONG DAN DAPEK MENATAP WAJAH OMAK TU, SEY SENTIASO BEDOA, AGAR ANAK-ANAK, CUCU-CUCU SEY AKAN AKAN SENTIASO INGAT KAN OMAK EH MACAM MANO SEY SAYANG, CINTO, MERINDUI, MENYANJUNG OMAK. MAK, APO YANG SEY RISAUKAN KEK SINI, BILO MELIHAT ORANG-ORANG MUDO HARI DAH LUPOKAN NASIHAT OMAK. DAH TAK INGATKAN CAMNO SUSAH EH OMAK AYAH MENCARI DUIT NAK NYEKOLAH DIO ORANG. CAMANO KERAJAAN MEMBANTU DENGAN MACAM BIASISWA. ANTAR DIO ORANG NI KELUAR NEGARO BELAJAR SAMPAI JADI PANDAI-PANDAI. TAPI ARI NI DIO ORANG MEMANDAI-MANDAI PULAK MENUDUH KERAJAAN ARI NI ZALI...

TERIMA KASIH CIKGU

16 May... Siapa yang tidak tahu kepentingan tarikh itu memang orang yang lupa daratan!! huhu...kasar bunyinya, tapi itulah hakikatnya.. Sama penting dengan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Merdeka, Hari guru untuk mengenang jasa - jasa guru. Kalau tidak ada cikgu, rasanya aku pun tak dapat jadi manusia yang berguna kot!! Terima kasih Cikgu Manan, cikgu Math aku masa darjah 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Jelai 3. Kalau tak kerana pemadam papan hitam yang hinggap kat kepala ni sebab selalu mengganggu dalam kelas, buat bising la, aku rasa aku tak pandai math sampai sekarang. Terima kasih cikgu sebab denda aku berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir 7. Terima kasih cikgu sebab merotan aku sebab dapat markah yang rendah dalam math. Padahal tak rendah pun (80markah) minimum tak kena rotan 85 markah. Terima kasih cikgu.. Terima kasih untuk Cikgu Rozana, cikgu sains aku masa tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai. Terima kasih cikgu sebab percayakan aku untuk 3tahun berturut menjadi ketua kel...

MENGALIR MACAM AIR SUNGAI

Teringat masa zaman asrama dulu. Masa tu, RM 50 boleh cukup untuk 2 bulan. Makan, asrama dah sediakan.. Mungkin masa tu Kecik lagi.. Tak tau guna duit sangat.. Masa zaman diploma lak RM1850 1 sem...boleh gak hidup untuk 5,6 bulan dengan duit banyak tu. Makan pun agak mewah gak.. Walaupun kadang-kadang terliur gak tengok orang lain makan sedap2. Zaman degree, zaman paling menyedihkan, dah la duk rumah sewa, api air nak kena bayar sendiri, makan pun masa ni dah mahal dah. Nak harap duit mak bapak... kecian la pulak.. Adik2 pun nak sekolah lagi..Tapi RM 3500 tu memang cukup untuk hidup 5,6 bulan.. La ni.... Pelik tul... Dah keje pun... dapat RM 3ribu sebulan pun rasa tak cukup-cukup lagi.. tiap bulan ada jea yang tak cukup.. Dulu 3ribu boleh hidup 5,6 bulan. la ni,ermm.. Nak sampai hujung bulan pun letih nak menunggu. Nak bayar tu la.. Nak bayar ni la.. Nak beli tu la... Nak beli ni la... Incometax la. Insurance la.. bla.bla.bla.. M. Nasir Duit! Ada yang panggil ringgit Ada yang panggil...

MEMBEBEL!!!!

Semalam seorang kawan mengadu nasibnya. Kenapalah payah sangat nak kahwin? Kenapalah susah sangat nak kahwin? Kenapalah hantaran beribu-ribu lemon? Kenapalah orang kita nak memandang pelamin yang cantik? Kenapalah orang kita nak tengok baju pengantin sampai 6,7 helai macam filem hindustan? Kenapalah orang kita x nak berkerjasama (bergotong-royong) macam dulu untuk melanggsungkan majlis?masak sama-sama, mendirikan khemah sama-sama, bla..bla.bla.. Kenapalah harga katering makanan mahal sangat sampai RM 40-60 sekepala? Rukun nikah tu ada lima: 1. Pengantin LELAKI 2. Pengantin PEREMPUAN 3. Wali pengantin Perempuan 4. Dua orang saksi 5. Ijab dan Kabul. Takder la pulak dinyatakan berapa ribu hantaran dalam rukun nikah tu. Tak termasuk pun dalam rukun nikah mesti ada pelamin yang cantik-cantik. Tak terselit pun dalam rukun nikah mesti tukar baju sampai 6,7 kali. Tak terlintas pun kena jamu makan mahal-mahal, hadiah, live band, karaoke, joget lambat, kek 3 tingkat bla..bla..bla.. Kenapalah kit...